Pages

Wednesday, 27 June 2012

35 TAHUN BERKHIDMAT DENGAN GOMEN DAPAT HADIAH OMEGA STANDAT PASAR MALAM (UPDATE)

GAMBOR SAHIH OMEGA TIPU SEBAGAI HARGA PERKHIDMATAN
Kali ni Yong cerita tentang nasib seorang pegawai kerajaan yang baru je pencen. Beliau mendapat "penghargaan" sebuah jam tangan Omega! Jangan komer jeles! Inilah nilai penghargaan gomen bagi pekerja yang telah bertungkus-lumus selama 35 tahun!
 
Komer tengok gambor jam "omega" model unlisted yang diterima pegawai berkenaan. Jam tu sekarang udah mampoos!
 
Pegawai berkenaan menyatakan rasa kecewa kerana jabatannya menghadiahkan jam tangan "omega' palsu kepadanya sebagai penghargaan setelah 35 tahun bertugas.
 
Inikah caranya majikan menghargai pekerja yang dedikasi?

Patutkah kerajaan menggalakkan pembelian barangan tiruan? 

Komer tentu pikior ini mungkin berlaku di Zimbabwe atau di Bangladesh!

Oh tidak! Ini terjadi di Malaysia.

Jabatan ada peruntukan beli cenderahati untuk pegawai yang nak bersara sebanyak RM200.00. Diberitakan harga omega palsu itu RM80.00. Macam mana jabatan dapat reset untuk omega pasar malam tu jangan tanya Yong.

Patutle PAC kata sistem kewangan kita bermasalah! 

Hahaha... Ini bukan salah KSN. Bukan salah SSM. Bukan salah BN. Kakitangan kerajaan! Teruskan mengundi parti yang dah tak tahu urus kewangan negara ini, dan anda akan dapat jam tangan omega, rolex, tag heur dan sebagainya bila pencen nanti. Tapi semuanya palsu! Sepalsu janji demer dekat-dekat PRU13 ini.

10 comments:

  1. Assalam Yong... Nak gelak dulu...ha..ha..ha..
    saya ingat saya je dapat jam..waktu ambil keputusan untuk bersara awal dulu...servis pun tak sampai 25 tahun (kerja 23 tahun je)...dapatlah seutas jam...saya bagi je kat anak..agaknya ini hadiah 'standard' untuk orang Gomen. ha..ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amy
      Kalau ori takpe le murah pun. Ini palsu! Macam le pegawai tu buat keroje palsu selama ni.

      Delete
  2. Tahanlah, dapat juga jam jenis Omega pasar malam. Di Felda, khidmat lebih daripada 30 tahun, bulu pun tak dapat.Ada pegawai Felda, tukang bodek Pengerusi Rasuah komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wonder Why
      Iyeke? Kononnya Felda banyok duit!

      Delete
  3. Replies
    1. Salam Moh Kembara
      Nak tergelak pun ada. Marah pun ada. Sampai hati demer bagi kat pegawai tu jam tiruan! Ingat pegawai tu tak tahu ke?

      Delete
    2. Itulah jasamu dikenang.... semoga yg belum bersara tu... ingat2lah sikit.....jgnlah jadi selipar buruk.. faham ajelah maksud aku ni... heheheeheheheee

      Delete
    3. Salam Safiee Ali
      Itule masalahnya. Ramai yang masih takut nak mengundi PR. Takut tak naik pangkat dsb. Demer sendiri begitahu Yong.

      Delete
  4. wahhhhh OMEGA 3 nih he he he...SALAM YONG he he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS
      Hehehe...itule demer masih tak sedor! Masih setia nak gomen jugak.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.