Pages

Thursday, 28 June 2012

AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI SAKIT KERANA ANDA AKAN MATI TANPA MENDAPAT RAWATAN!

Yong balik kampung untuk pergi ke klinik pakar mata swasta. Yong nak konfim betoi ke Yong ada cataract. Ini kerana 3 tahun sudah seorang doktor pakar mata swasta di Bandaraya kata Yong ada masalah cataract. Yong disyorkan menjalani pembedahan. Kosnya RM12,000. Huh? Mana nak cekau duit?

Yong pergi ke klinik ini kerana kosnya paling murah. Ibu Yong dan adik ipar telah menjalani pembedahan di sini dengan selamat. Bila periksa, doktor ini sahkan tahap cataract baru 20%. Jadi Yong tak perlu pembedahan lagi (Celaka! Rupanya doktor mata di Bandaraya tu nak duit je). Dia minta supaya Yong kurangkan mengadap komputer. Aduuuuh! Satu permintaan yang mustahil boleh dilakukan.

Ketika duduk menunggu, Yong berborak dengan seorang nyonya tua yang telah menjalani pembedahan. Nyonya itu menceritakan pengalamannya cuba mendapat perkhidmatan di hospital gomen. Katanya begini:

"Wa pergi itu gomen hospital. Mata sudah kurang nampak. Doktor bilang wa punya katarak belum masak. Tak boleh operate. Ayoooo!...kalau mau tunggu itu katarak masak, wa sudah buta lo.."

Nyonya ni bernasib baik. Anaknya mendapatkan pinjaman untuk pembedahan matanya. Bagi orang yang tiada langsung sumber kewangan, sama ada pinjam atau pajak, bagaimana? Tunggu buta je kah?

Kononnya beberapa hospital telah hampir kehabisan wang untuk membeli ubat dan peralatan rawatan perubatan. Sebab tu kot demer minta tambah budget. Dalam senarai peruntukan perbekalan tambahan (Baca blog AnwarIbrahim di sini), Kementerian Kesihatan mendapat tambahan RM40 juta. Tambahan ini sedikit jika dibandingkan dengan Kementerian Kerja Raya, RM445.8 juta. Jabatan Perdana menteri pula mendapat tambahan RM112.9 juta! Perkhidmatan Am Perbendaharaan pula sampai RM11.232 billion. Untuk apa tambahan budget nih? (tengok jadual 1)

Tapi ini bukan soal pokok!.

Soal pokoknya ialah:

Kenapa peruntukan untuk tujuan kesihatan sedikit berbanding dengan SPR?

Politik didahulukan kesihatan dibiarkankah?

Untuk apa dan kemana perginya peruntukan perbekalan tambahan itu?

Kementerian Kesihatan! Kenapa sekarang payah nak dapat rawatan yang terbaik?

KLIK JADUAL UNTUK BESARKAN
Dalam perjalanan pulang Yong singgah di rumah abang nak tanya kabor. Kakak ipar Yong sakit tangan dan bahu. Setelah berkali-kali merayu kat doktor gomen, akhirnya dia dapat fisioterapi. Setelah pergi 4 kali buat fisioterapi, tiada apa perubahanpun. Abang bawa kakak ipar jumpa sinseh (ubat Cina). Yong tanya kabor sakit dia dah ok ke? Katanya "Alhamdulillah!" Ubat Cina tu berkesan! Kalah ubat gomen yang kakak ipar ambik selama ni.

Kenapa kos perubatan kat Malaysia ni mahal sangat? Kenapa pesakit susah nak sihat? Siapakah pembekal ubat kat Malaysia ni? 

Liow, lu tolong jelaskan! Jangan asyik sedih merintih disebabkan kantoi bid lab-u, lab-u, lab-u 15 sahaja.


1 comment:

  1. As salam. Mohon buat pautan blog:
    suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.