Pages

Saturday, 30 June 2012

N3 HUJUNG MINGGU: TUA TETAP JELITA - SUAMI TOLONG FAHAM YE...

WANITA JEPUN YANG COMEI

Tulisan Yong hari ni  takde kena mengena dengan FLOM dan keluarganya!

Beberapa tahun yang lepas Yong pernah ditanya oleh seorang kakak. "Macam mana nak jaga badan jangan jadi gemuk?" 

Sampai sekarang Yong tiada jawapan yang konkrit untuk persoalan yang menghantui kaum wanita ini. Semua wanita mahu "aged gracefully." Maknanya menjadi tua tetapi tetap jelita. Masalahnya macam mana?

Kakak itu berkata, "Macan mana nak kurang makan? Tiap kali budak tak habis makan, kakak lah yang terpaksa habiskannya. Tak kira, nasi, kueh, semua kakak kena habiskan. Kalau tidak kesian makanan tu. Nak bagi ayam, takde ayam. Orang jantan (maksudnya suami dia) mana peduli..."

Kesian Yong mendengar keluhan kakak ni. Agaknya tentu ramai ibu-ibu yang jadi gemuk kerana terpaksa menghabiskan makanan anak-anak mereka. 

Exercise? Jangan harap! Yong dah beli basikal untuk exercise. Tapi dah jadi gajah putih dekat tangga. 

Sekarang Yong tak makan malam. Tabiat tak makan malam ni Yong mula apabila dah terasa bila beli baju siap, ia muat di atas, ketat di bontot. Bila muat bontot, bahu pulak jatuh dan lengan dah jadi panjang. Hmm...maknanya dah bukan saiz kita ler. Hahaha.

Yong jumpa satu blog disini yang menceritakan bagaimana wanita Jepun boleh awet muda! Menurut blog itu wanita Jepun mengamalkan 10 cara pemakanan yang berasaskan daripada bahan-bahan berikut:

1. Makanan Jepun:
  • Ikan
  • Rumpai laut
  • Sayur
  • Soya
  • Nasi
  • Buah-buahan
  • Teh hijau.
2. Makanan orang Melayu pula:
  • Ayam goreng
  • Kari/rendang/kurma daging
  • Sayur masak lemak
  • Sambal belacan
  • Nasi
  • kueh-mueh
  • Air sirap
Jangan tuduh Yong buat perbandingan yang extreme, kerana itulah yang komer makan setiap hari, di rumah atau di restoran! Jadi tak hairan kalau badan menggelembung!

Yong tak dapat nak terjemah satu persatu 10 kaedah tersebut. Komer pergi sendiri ke blog care2.com yang telah Yong bagi link itu untuk mengetahui rahsia wanita Jepun.

Pada sang suami, Yong minta tolong fahami keadaan isteri. Jangan gater mencari yang slim sebab isteri dah naik badan. Ini semua salah komer jugak.

BOIKOT RESTORAN MAMAK!!!

7 comments:

  1. Salam Yong,
    nasib teman memang slim sejak azali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Moh Kembara
      Alhamdulillah! Semoga sentiasa sihat wal afiat!

      Delete
  2. Yong, mohon bertukar pautan. Blog yong ni teman dah listkan di http://rojakpasembor.blogspot.com/ di bawah Briged Umrotul Qada.
    Terima kasih yer yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman orang Peghak juga Yong. Dok di Selatan sekali.

      Delete
  3. Salam Yong;

    Buat para suami hantar isteri ke spa and beauty saloon. hehehe.. pramugari saya maintain slim... kah.. kah.. kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Baguihnyer ada suami mithali sponsor isteri pergi spa. Kekawan Yong semuanyer pergi spa duit sendiri. Huhuhu.

      Yong tak pergi spa sebab ada Low Blood Pressure.

      Delete
  4. Terima kaseh yong!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.