Pages

Friday, 29 June 2012

KABINET NEGARA BERKEBAJIKAN DIJAMIN TIDAK MERAPU - CADANGAN SEORANG RAKYAT PRIHATIN


Beberapa hari sudah timbul cerita kabinet bayangan PR. Tidak ramai blogger PR ambil pot tentang kabinet bayangan ini. Mungkin kerana ia mengarut. Itulah juga pandangan Yong. Jadi, Yong tak upload kabinet bayangan tu di sini. Buka mana-mana blog yang telah siarkan saja lah. Yong percaya kabinet bayangan ini bukan yang ori dari pejabat PR.

Walau bagaimanapun Yong nak cadang juga senarai baru di sini. Cadangan Yong ini dijamin tak mengarut. Tapi tiada siapa yang mengesahkannya, sebab siapalah Yong nak buat kabinet, kan? Kabinet pasang siap boleh ler... Hahaha.

Cadangan ini berdasarkan profile ahli-ahli politik yang telah Yong study. Kita juga tidak perlu kementerian yang banyak, kerana membazir duit dan masa, serta tugas akan bertindih antara satu sama lain. Nama-nama kementerian pun tak perlu ikut nama sekarang. Ini demi mengelak redundancy dan pembaziran sumber kewangan negara. 

Yong tidak percaya sesebuah kementerian mesti ada wakil parti sebagai menteri atau timbalan menteri. Bagi Yong ia mengarut kerana adalah menjadi kewajipan semua menteri bertindak untuk rakyat, tak kira dia undi siapa, bukan kerana partinya sahaja. Kalau dia bertindak atas nama parti dia sahaja, dia serupalah macam BN sekarang. Bagi setengah kementerian Yong tidak cadang nama menteri kerana tiada profil diperolehi.

Kabinet ini berdasarkan konsep Negara Berkebajikan yang sedang dipertengahkan oleh Pakatan Rakyat. Sila baca dan komen.

A. KEMENTERIAN

1. Perdana Menteri (Prime Minister):

ANWAR IBRAHIM (PKR)

Yong tiada masalah. Memang layakpun. Beliau berani, berpengalaman mentadbir dulu dan memiliki network sedunia yang luas. PM sekarang adalah menteri kewangan.

a. Timbalan Perdana Menteri 1 (Deputy Prime Minister 1):

MAT SABU (PAS)

Mengapa Yong tak letak nama Haji Hadi? Sebabnya Haji Hadi lebih sesuai jadi MB Terengganu untuk menyiapkan tugas dahulu yang belum selesai. MAT SABU adalah TP PAS. Beliau lebih sesuai. Walaupun takde ijazah bergulung-gulung macam FLOM, tapi beliau juga seorang yang tegas, berani dan popular.

b. Timbalan Perdana Menteri 2 (Deputy Prime Minister 2):

???

Ramai orang Melayu kata Lim Kit Siang seorang yang racist! Letak beliau kat sini, PR akan buat kerajaan satu penggal je. Memang ini idea mengarut. Kalau nak letak Timbalan Perdana Menteri 2 juga, letak calon dari Sabah atau Sarawak secara silih berganti.

2. Kementerian Kewangan (Minister of Finance):

Menteri: HUSAM MUSA (PAS)
Timbalan Menteri: RAFIZI RAMLI (PKR)

Dari segi pentadbiran Husam lebih berpengalaman dari dua orang muda (Rafizi dan Tony Pua), walaupun keduanya amat vokal dan intelligence. Husam patut jadi Menteri Kewangan. Rafizi nombor 2. Apa pasei ada nama Tony Pua kat sini. Betoi, Tony Pua tu cerdik juga. Tapi dia agak terburu-buru.

Dalam senarai lama ada nama Nizar. Apekehe nama Nizar Jamaludin Menteri Kewangan? Ada ura-ura nak letak MatNur Manuty jadi MB Perak ke? PKR jangan cari pasal ye. Memang komer sangat teruja nak jadi MB Perak sejak tahun 2008 lagi. Tapi rakyat Perak tak sior. Komer faham tak? Rakyat Perak nak Nizar Jamaluddin jadi MB Perak. Period!

3. Kementerian Pendidikan (Ministry of Education)

Menteri: DR DZULKIFLEY AHMAD (PAS)
Timbalan Menteri 1: CHONG ENG (DAP)
Timbalan Menteri2: DR MOHD NUR MANUTY

Nampaknya Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi akan digabungkan menjadi Kementerian Pendidikan. Takpe. Ini idea yang baik supaya kesinambungan itu wujud antara pendidikan sekolah rendah hingga ke IPT. Mungkin perlu 3 orang, seorang menteri dan 2 orang timbalan menteri, sebab ia melibatkan kementerian yang agak besar.

Dr Dzulkefli Yong sokong sebab beliau pernah jadi pensyarah IPT. Apapun, kementerian ini memerlukan seorang yang pernah terlibat dalam pendidikan. Ini kerana Kementerian Pendidikan memerlukan "great overhaul" dari kurikulum tadika sampai ke IPT.
M Kulasegaran dan Chong Eng keduanya wakil DAP dah tentu mengarut! Kulasegaran peguam, sementara Chong Eng memiliki ijazah Human Development. Mungkin Chong Eng lebih sesuai. Seorang lagi dari PKR, mungkin Dr Mohd Nur Manuty.

4. Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs)

Menteri: AZMIN ALI (PKR)
Timbalan Menteri: HANIPA MAIDIN (PAS)

Ini kementerian yang dekat dengan PM. Yong cadang Azmin sebab kedudukannya dalam PKR. Hanifa Maidin pula adalah peguam yang sentiasa mengendali kes PR, termasuk kes yang ditahan kerana aktiviti politik. Kalau dia bertanding, tapi tak menang, masih boleh lantik jadi senator.

5. Kementerian Pertahanan (Ministry of Defense)

Menteri: Patut dipegang oleh TPM1
Timbalan Menteri: ??

Ini nak pertahankan negara weh! Kita kena elak kes scorpene dan skandal-skandal haramjadah yang berlaku dahulu. Kena orang yang bersih. Tak lain tak bukan orang tu ialah Mat Sabu.

6. Kementerian Perundangan (Ministry of Law)

Menteri: DR ABDUL AZIZ BARI (PKR)
Timbalan Menteri 1: GOBIND SINGH (DAP)
Timbalan Menteri 2: (PAS)

Senarai lama memang paling mengarut! Adeke anak beranak (Karpal Singh dan Gobind Singh) duduk dalam satu kementerian? Ini macam sengaja nak cari pasal supaya dikutuk oleh pencacai. Semua orang tahu Karpal Singh seorang peguam yang hebat, tapi bermulut tempayan bila sebut hukum hudud. Yong letak nama Dr Abdul Aziz Bari. Biar beliau bertanding dalam PRU13. William Leong letak kat Alam Sekitar. Kita perlu seorang yang faham undang-undang di situ. Lagipun beliau nampaknya peka dengan isu rare earth.

7. Kementerian Kesihatan dan Kualiti Kehidupan (Ministry of Health and Quality of Life):

Menteri: DR TAN SENG GIAW (DAP)
Timbalan Menteri: DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS)

Dalam senarai lama ada 4 orang, Nak buat apa ramai kat sini? Saja nak ramaikan human resource ke? Letak je Dr Lee Boon Chye dan Dr Micheal Jayakumar tu di tempat lain. Kementerian ini ditambah peranan untuk Quality of life supaya benar-benar menjaga kepentingan rakyat dari segi kualiti hidup.

8. Kementerian Pengangkutan dan Pelancongan (Ministry of Transport and Tourism):

Menteri: TAN KOK WAI (DAP)
Timbalan Menteri: BARU BIAN (PKR)

Kementerian pengangkutan ini perlu orang yang duduk tengah Bandar dan orang yang duduk di ceruk. Baru kedua masalah boleh diselesaikan. Tan Kok Wai orang KL. Baru Bian orang Sarawak. Boleh tambah dari Sabah jika ada yang menang nanti. Sekarang kementerian ini tidak berfungsi sebagai sebuah kementerian yang penting. Biar ia menjaga pelancongan kerana pelancongan amat memerlukan sistem pengangkutan yang efisyen.

9. Kementerian Perusahaan Utama dan Perdagangan (Ministry of Primary Industry and Trade):

Menteri: Kalau ada TPM2, kementerian ini wajar dia pegang.

Dua orang Timbalan Menteri diperlukan:

Timbalan Menteri 1: TONY PUA (DAP)
Timbalan Menteri 2: SIVARASA RASIAH (PKR)

Dalam senarai asal macam melepas batok di tangga. Nak tolak Khalid Ibrahim dari Selangor ke? Nak ganti dengan siapa? Kenapa pulak industri dipisahkan dengan industri ladang dan asas tani? Adakah industri asas tani tiada potensi antarabangsa? Jadi industri di sini termasuk yang asas tani, ladang, teknologi dan sebagainya. Kenapa perdagangan dalam negeri dan luar negeri dipisahkan sedangkan ia saling berkaitan. Misalnya, minyak masak dijual dalam negeri dan luar negara.

10. Kementerian Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar (Ministry of Agriculture and Rural Development):

Menteri: SAIFUDDIN NASUTION (PKR)
Timbalan Menteri: MAZLAN ALIMAN (PAS)

Nama kementerian di tukar supaya ia ada kuasa untuk pembangunan luar Bandar. Ini untuk mengelakkan pertindihan peranan FAMA, LPP dan Jabatan Pertanian. Salahuddin kan nak jadi MB Johor. Saya letak nama Saifuddin kerana beliau lebih banyak pengalaman. Mazlan Aliman tu sesuai sangat lah jadi timbalan di sini.

11. Kementerian Luar (Ministry of Foreign Affairs)

Menteri: KAMARUDDIN JAAFAR (PAS)
Timbalan Menteri: TIAN CHUA (PKR)

Senarai lama hanyalah satu lagi senarai saja-saja nak ramaikan orang. Macam nak menghina Lim Guan Eng pun ada. Ada ke nak baling Lim Guan Eng ke luar negara? Yong cadang Lim Guan Eng kekal sebagai KM Pulau Pinang. Jadi tak perlu nama dia ada kat sini. Jadi cadangan Yong seperti dia atas. Kamaruddin Jaafar seorang yang banyak pengalaman. Elizabeth Wong Yong tak nampak kehebatannya di Selangor. Biar dia duduk dalam Selangor jer.

12. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Tadbir Urus Tempatan:

Menteri: Di pegang terus oleh PM
Timbalan menteri 1: LIM LIP ENG (DAP)
Timbalan Menteri 2: CALON PAS TITIWANGSA

Jangan lupa Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan selain Kuala Lumpur. Yong cadang ia dipegang oleh PM dengan bantuan 2 orang timbalan menteri. Ini akan mendekatkan PM secara terus dengan kerajaan tempatan.

13. Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Tenaga (Ministry of Environment, Natural Resource and Energy):

Menteri: FUZIAH SALLEH (PKR)
Timbalan Menteri 1: WILLIAM LEONG (PKR)
Timbalan Menteri 2: DR HATTA RAMLI (PAS)

Senarai asal memang lucu. Adeke Mat Sabu letak di sini? Menteri untuk kementerian ini mestilah seorang yang ada pendidikan sains, undang-undang atau sekurang-kurangnya seorang environmentalist. Nga Kor Ming ni apa kelayakan dia?

Sumber Asli, Tenaga dan Alam sekitar hendaklah dilihat dalam perspektif baru, khususnya sudut moral, etika global dan perundangan, bukan hanya utilitarian. Teknologi dan innovasi pula berada di mana-mana, kerana innovasi tak semestinya teknologi! Contohnya innovasi proses.

Kementerian ini gabungan kementerian sumber asli dan alam sekitar dengan kementerian sains, teknologi dan innovasi serta kementerian tenaga, teknologi hijau dan air. Gabungan ini akan memantapkan lagi penjagaan air di Malaysia. Air tu sumber asli juga. Tak percaya tanya orang arab.

14. Kementerian Kemajuan Wanita dan Komuniti (Ministry of Women and Community Advancement):

Menteri: ZURAIDA KAMARUDDIN (PKR)
Timbalan Menteri: FONG PO KUAN (DAP)

Yong berpendapat Kementerian Pembangunan Wanita sekarang sudah outdated. Wanita tidak boleh berfungsi sendirian. Kementerian wanita menyempitkan peranan wanita, kerana wanita ada di mana-mana. Oleh kerana itu Yong upgrade menjadi Kementerian Kemajuan Wanita dan Komuniti.

15. Kementerian Penerangan dan Komunikasi (Ministry of Information and Communication):

Menteri: TUAN IBRAHIM TUAN MAN (PAS)
Timbalan menteri 1: Wakil dari Sarawak (DAP)
Timbalan menteri 2: Wakil dari Sabah (PKR)

Yong cadang kementerian Penerangan dikongsi berdasarkan wilayah. Ini untuk memastikan kelestarian komunikasi antara tiga wilayah terbesar Malaysia. Tuan Ibrahim Tuan Man perlu menang dalam PRU13. Beliau telah memegang portfolio Penerangan PAS. Jadi amat sesuai untuk harmonise program TV yang penuh dengan siaran menjurus kepada khurafat, maksiat dan gejala kerosakan moral yang lain. Kementerian ini memerlukan orang yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan diterima oleh masyarakat Melayu luar bandar yang sekarang penyokong UMNO!

16. Kementerian Belia dan Pembinaan Kapasiti (Ministry of Youth and Capacity Building):

Menteri: DR LEE BOON CHYE (PKR)
Timbalan Menteri: ??

Kementerian Belia dan Sukan tanpa kemajuan untuk apa? Jadi Yong tukar kepada Belia dan Pembinaan Kapasiti. Doktor perubatan diletakkan di sini untuk mengurus/memantau gejala salahguna dadah, kerosakan moral di kalangan belia. Kementerian juga perlu seorang muda. Buat masa ini Yong tak dapat kenalpasti lagi.

17. Kementerian Kerjaraya dan Infrastruktur (Ministry of Works and Infrastructure):

Menteri: KHALID SAMAD (PAS)
Timbalan Menteri: NURUL IZZAH ANWAR (PKR)

Jika PR hendak menghapuskan tol, maka Kementerian Kerjaraya hendaklah diperkasakan. Ini untuk memastikan kerja-kerja pengawasan lebuhraya dan sebagainya dilaksanakan dengan berkesan. Oleh kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak diperlukan, sebab kebanyakan kerjanya dibuat oleh kerajaan negeri (decentralization) maka sebahagian kerjanya boleh diambil oleh kementerian kerjaraya. Yong cadang Khalid Samad sebab dia jurutera. Orangnya mesti dari bidang yang berkaitan. Misalnya kejuruteraan, pembinaan dan ekonomi.

18. Kementerian Modal Insan dan Kesejahteraan Pengguna (Ministry of Human Capital and Consumer Well-Being)

Menteri: TERESA KOK (DAP)
Timbalan Menteri: DR MICHEAL JEYAKUMAR (PSM)

Kita hanya melihat manusia sebagai sumber ekonomi. Lalu kita jadikan mereka separa hamba. Kementerian ini hendaklah melihat manusia sebagai modal insan dan pada masa yang sama sebagai pemegang taruh (stakeholders). Kementerian bukan hanya untuk memenuhi kehendak majikan, tapi juga pekerja dan pengguna. Ini wajib kerana PR mementingkan negara berkebajikan. Cuba letak perempuan di sini, misalnya Teresa Kok, kerana modal insan sekarang ramai perempuan!

19. Kementerian Warisan, Kebudayaan dan Kesenian (Ministry of Heritage, Culture and Arts)

Menteri: SITI ZAILAH (PAS)
Timbalan Menteri: Wakil dari Malaysia Timur (DAP/PKR).

Kalau tiada kementerian ini Pak Samad akan marah Yong. Kementerian ini diperluaskan bidangkuasanya termasuk bahasa, penulisan, kraftangan, warisan seni, indigenous knowledge, environmental anthropology dan archeology. Kementerian ini mengimbangi kepesatan sains dan teknologi. Dengan ini kita kembali kepada kebudayaan demi kebudayaan. Bukan kebudayaan yang dilencongkan sehingga terjadi k-pop dan sebagainya. Siapa pulak nak jaga kementerian ni?

Kalau takde orang sangat bagi je pada Yong. Hahaha. Yong terror bab indigenous knowledge dan environmental anthropology. Tapi Yong tak bertanding dalam pilihanraya. Melawak je. Kihkihkih.

Yong cadangkan 19 kementerian sahaja. Oleh kerana kerajaan Malaysia sekarang mempunyai kementerian yang sangat banyak, maka pekerja sektor awam juga menjadi sangat ramai (1.4 juta). Sedangkan tujuan utama penswastaan ialah untuk mengurangkan tanggungan kewangan sektor awam (public sector financial burden). Penswastaan di Malaysia sebenarnya GAGAL.

Kementerian boleh wujudkan institute atau perbadanan yang memiliki autonomi tadbir-urus dan boleh mencari sumber kewangan sendiri. Untuk mengurangkan bilangan pekerja dalam sektor awam, itulah cara yang terbaik. Harus diingat, Yong tidak melihat dari segi bangsa, tetapi profile kelayakan sahaja.

B. MAJLIS

Yong cadangkan ditubuhkan 3 buah majlis rasmi untuk tujuan mencapai matlamat Negara Berkebajikan. Berikut cadangan Yong:

1. Majlis Keselamatan dan Keamanan Negara (Peace and Security Council)

Pengerusi: PM
Ahli: MB /KM/KETUA POLIS/KETUA TURUS TENTERA

Sekarang ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) penuh dengan orang UMNO je. Majlis ini mengganti Majlis keselamatan Negara yang ada sekarang. Tidak guna selamat tetapi tidak aman  dan sentiasa dilanda kerisauan.

2. Majlis Perhubungan Bangsa (Ethnic Relation Council)

Pengerusi: DR MUJAHID YUSUF RAWA

Ahli: PRESIDEN PARTI POLITIK, WAKIL NGO BERKAITAN DAN LANTIKAN DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG

Nama kementerian dan senarai asal dalam kabinet bayangan juga pelik. Perlukah Kementerian Perhubungan Bangsa dan Dialog Antara Agama? Sampai bila nak berdailog? Bunyinya macam satu program sahaja. Dalam kabinet bayangan asal, ada nama Nik Aziz. Bukankah beliau MB Kelantan? Ada nama dua orang DAP juga. Yong fikir elok kedua pemimpin DAP ini kekal di Perak. Jadi elok  diwujudkan majlis sahaja yang berada di bawah pemantauan Yang di Pertuan Agong. Majlis ini diketuai oleh seorang yang bertaraf menteri.

Kalau ditubuhkan sebuah Majlis, Presiden parti boleh menjadi ahli, tak kira dia parti apa jika memiliki kerusi di Parlimen. Ketua-Ketua Pengarah seperti Bomba, Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Tenaga, Kementerian Kesihatan boleh dipanggil dalam mesyuarat jika berkaitan.

3. Majlis Keadilan Ekonomi, Social dan Alam Sekitar (Economic, Social and Environmental Justice Council)

Pengerusi: Tokoh Berkaitan
Ahli: Wakil NGO berkaitan

Di Malaysia ada Majlis Tindakan Ekonomi dan Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Adakah kualiti hidup kita hanya ditentukan oleh pihak kapitalis sahaja? Pada pendapat Yong kita perlu menubuhkan satu Majlis yang melihat jauh kehadapan - ekonomi ekologi, bukan ekonomi utilitarian (guna selagi ada).

Yong harap sesiapa kenal orang atasan, sila panjangkan kepada mereka. 

P.S. Nama Dr Che Rosli takde ye.

2 comments:

  1. sama banyak ke dengan menteri yang ada sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob,
      18 orang menteri penuh sahaja termasuk perdana menteri dan 2 orang timbalan. Tak salah Yong menteri penuh di Malaysia ada 30. Tak termasuk timbalan menteri. Lihat
      http://www.pmo.gov.my/?menu=cabinet&page=1797

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.