Pages

Sunday, 15 July 2012

ADA KONDOM DALAM BEG TANGAN ANAKKU

BANTERAS GEJALA KEROSAKAN MORAL ALA K-POP
Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes. 

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM. 

Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). 

Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Sumber: Berita Hairan


MELAYU TERSANGKUT DI SYARIKAT KHAS BUAT PEMABUK: GUINNES ANCHOR BERHAD
Buat anak haram ni bukan seorang diri. Betina dan Jantan sama-sama terlibat. Jantan pandai pujuk rayu. Jantan pandai lari. Betina selalu kena. Betina mengandung, dapat malu dan buang anak. Memang betina bodoh! 

Yong sebut jantan dan betina sebab perangai demer lebih teruk dari binatang. Kita selalu baca dan tengok berita binatang pun sayang anak.

Sudah disebut berkali-kali. Dalam Islam, arak, judi dan zina adalah adik beradik haram jadah yang wajib dijauhi oleh umat Islam. Tetapi bagaimana boleh kita mengelakkannya jika pemimpin asyik mendekatkan diri dan membawa rakyat mendekatkan diri kepada ketiga-tiga haram jadah itu?

Seorang VIP pernah berkata kepada rakan-rakannya mengenai anak gadisnya. Dia orang Melayu. Tapi agama Yong tak tahu. Katanya begini:

Aku sudah beri dia pendidikan. Aku beri juga kebebasan. Dia harus pandai menguasai kebebasan yang aku beri itu mengikut pendidikan yang aku beri. Di rumah aku boleh tengok apa dia buat. Aku kenal teman lelakinya. Di luar aku tidak tahu. Aku tahu dia bawa kondom dalam beg tangannya.

Betulkah perbuatan sang ayah ini?

Dia tidak dapat kawal apa anak gadisnya buat setelah keluar dari rumah. Persediaannya hanyalah kondom dalam beg tangan.

Remaja bunuh bayi. Kerajaan bunuh remaja (melalui undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan). Selesaikah masalah ini?

Hukuman yang berat tidak akan menghalang gejala kerosakan moral ini  jika suku-sakat yang meransang kerosakan moral ini masih bermaharajalela.  Siapa? Tak lain tak bukan mereka yang menguasai pembikinan polisi menggalakkan dan membenarkan .JUDI, ARAK, AKTIVITI HIBURAN ALA K-POP, CERITA SEX dan VIDEO LUCAH. 

Dapatkah Islam dan Melayu teguh di atas kehancuran moral remaja?
Sampai bila kita harus membiarkan pemimpin terus-menerus menggalakkan kegiatan menjurus ke arah kehancuran moral remaja?
Atau anda nak jadi ayah yang membekal kondom untuk si anak gadis?

Baca sini untuk lebih jelas tentang moral pemimpin BN dan kaitannya dengan arak.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.