Pages

Monday, 16 July 2012

PROJEK RM50 JUTA UNTUK EMAIL 1 MALAYSIA SUDAH GAGAL, SEKARANG PROJEK RM100 JUTA UNTUK IM4U PULA

Semua dah tahu syarikat Tricubes yang dapat projek RM50 juta email 1Malaysia akan ditendang dari Bursa Saham Malaysia selamanya. Ini berita dari the Edge. 

Blogger pencacai pula kata teruk Najib difitnah pembangkang! Ini berita fitnah kah? Projek sambung nyawa kroni in ternyata gagal! Bukan Yong kata projek sambung nyawa. Syarikat Tricubes yang cakap. Tak percaya baca keratan berita berikut:

PROJEK EMAIL 1MALAYSIA GAGAL SELAMATKAN SYARIKAT INI (SUMBER DI SINI)

Kelmarin Najib sambung lagi projek 1Malaysia. RM100 juta akan digunakan untuk menyuntik nyawa projek IM4U dipanggil DRe1M, bla...bla...bla...

Kalau kita kira golongan belia ini berusia antara 14 hingga 34 tahun, maka RM100 juta ini untuk kira-kira 12 juta penduduk Malaysia. Nampak macam hebat kan?

RM100,000,000 / 12,000,000 = RM8.33 bagi setiap belia!

Kalau diturunkan tahap umur, mungkin seorang belia dapat lebih sikit. 

Projek RM100 ni untuk apa? dan untuk manfaat siapa?

Projek ini akan gagal macam projek email 1Malaysia juga. Dana RM100 juta akan hilang tanpa kesan! Kenapa Yong kata projek ini akan gagal? Kerana "gula-gula" sudah diberi dahulu! Kerana projek akan diuruskan oleh kroni yang tidak pandai mengurus tapi pandai menyapu!

SIAPA YANG TAK MAHU TOPI KELEDAR PERCUMA MAA...
Sementara itu pihak pembangkang yang dituduh memfitnah itu tiada memberi apa-apa ganjaran untuk peserta yang hadir di program mereka. Tapi, berpuluh ribu juga yang datang. Hadir kerana fisabilillah! Tengok contoh di bawah ini:

PERHIMPUNAN HIJAU (SUMBER PASPB2)

PERHIMPUNAN OREN (SUMBER TBO)
Rakyat sudah lihat sejarah kegagalan BN mengurus wang negara. Lihat berita yang disimpan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini:

Berita asal dari Reuters boleh baca di sini. Masihkah kita boleh percaya projek RM100 juta ini akan berjaya?

LAWAN TETAP LAWAN!

2 comments:

  1. "Ater ada aku kesah..bukannya duit aku atau mak bapak aku..." begitulah sikap BNjib..dah macam orang gila menghabiskan duit rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puspawangi

      Kesian Yong kat rakyat 1 Malaysia. Tapi demer kata duit cukai judi dan arak. Sebab tu tak kisah. Huhuhu.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.