Pages

Saturday, 28 July 2012

BAZAR RAMADHAN CEKIK DARAH

GAMBAR HIASAN
Beberapa hari sudah Yong suruh bodyguard beli lauk. Yong kurang sihat. Jadi malas masak. Bodyguard balik bawa 2 ketul ayam percik, kerabu mangga dan kerabu kacang botol. Jumlah kos RM20.00. Katanya dia beli kat bazar Ramadhan. Ikut istilah omputih, "I hit the ceiling" apabila mendengar harga makanan tersebut!

Sebelum puasa dulu Yong beli lauk untuk 3 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Jumlah kos RM23.00 sahaja. Yong beli kat restoran.

Takpe juga jika ayam percik tu sedap! Sudahlah ayam tu rasa macam tepung mentah, di bahagian tertentu terasa tidak segar. Mungkin ayam tu telah direbus setengah masak dulu sebelum dibakar, kerana tak terasa langsung rempah-ratusnya. Yong terus berhenti makan. Yong raser macam nak buang jer. Tapi teringat orang Somalia, tak jadi. Tapi nak makan tak lalu. Kalau keracunan makanan dalam bulan puasa kan haru! Yong basuh ayam tu dan bagi pada kucing je. Yong pikior, takpe kot, tikuih pun demer ngap! Mujur demer tak keracunan!

Yong nak tanya le pada komer yang buka bazar Ramadhan ni. Komer tahu masak tak? Kalau komer tak tahu, toksah le masak. Komer ambik komisyen jual jer okay?

Kenapa harga makanan di bazar Ramadhan lebih mahal dari di restoran sedangkan di restoran ada tukang masak pro? Tokeh restoran bayor cukai. Kat bazar Ramadhan mungkin amatur jer. Dah tu ada bayor cukai pendapatan? Mungkin sewa tapak jer. Ini amat menghairankan Yong. Mungkin kekawan boleh bagi tip kat mana bazar Ramadhan yang harga makanannya reasonable sekitar Lembah Kelang nih!

Nak minta pihak yang berkuasa pantau kualiti makanan kat bazar Ramadhan ni mungkin sukar. Tapi bagi pihak peniaga, sendiri kena ingat le. Sebagai umat Islam, kejujuran dituntut dalam sebarang urus niaga. Jika tidak rezeki tidak halal weh!

12 comments:

  1. Cerita Yong macam cerita teman...
    Hari pertama posa teman pergi le pasar Ramadan di Batu 2 1/2, Tepen.. beli ayam golek sekor reganya RM20.00... Mahal dah sepasal, balik rumah hairan awat baunya menyengit semacam... Dah dekat nak berbuka bau dah macam bangkai... Sah le rupanya dema juai bangkai ayam... Teman pun bagi kucin je la..

    Lepas tu teman tobat dah nak ke pasar ramadan... Kalu orang rumah rajin dia masak... Kalu maleh kema goren telur dengan ikan bilih saja...

    Takde ke yang meniaga tu rasa berdosa menipu orang.. Teman takde nak mahapkan dia, sebab teman tobat tak pergi dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar,
      Ropernyer penyakit tamak Ramadhan nih di merata tempat ye. Padanle orang Islam payoh benor nak kayer kat Malaysia ni. Kot kayer pun banyok problem. Ropernyer rezeki tak barokah.

      Delete
  2. Kebanyakan yg berniaga di pasar ramadhan nih adalah peniaga setahun sekali. Mahal jgn ckp la. Sekali pegi melayang 20 hengget mcm yg yong ckp td...ayam percek 2 ketul plus kuih 2 jenis. Tahun ni byk masak sendiri je. Baru sekali pegi pasar ramadhan beli ikan patin bakar asam tempoyak di satu-satu gerai yg menjual ikan bakar patin nih. Pelanggan dia dr sekitar Temerloh, Negeri sembilan dan KL...hahaha...Kl sekali askar sg Besi order...80 ekor yong wehhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rismanizam
      Betul tu. Cuba pikior kalau hari-hari pergi pasar ramadhan, berapa sebulan? RM20x30 = RM600 sebulan. Itu jika makan 2 orang. Kalau 4 orang berapa pulok. Belum lagi makan untuk sahur. Aduhai...teruknya rakyat Malaysia. Itupun nak pangkah BN jugak!

      Delete
  3. Sekarang ni nak mencari seekor ayam yang sudah di sembelih secara halal adalah tersangat sukar dan saya pernah menerima hidangan semangkuk kecil ayam yang telah di masak jiran, ayam yang sudah di masak, tetapi selang beberapa jam, baunya amat menyengat seakan akan bau bangkai walaupun ayam itu masih elok. Saya terima dan tidak tergamak nak makan di sebabkan merasa was was tentang kehalalan nya. Cara penyembelihan nya yang saya pertikaikan. Makan ikan je la jawabnya atau kdaging kambing atau daging lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria
      Mungkin juga ada masalah sembelihan. Tak tahu le sebab tiada pemantauan dari Jakim. Kekadang jemu gak makan ikan, teringin makan ayam. Nak makan daging kambing dan lembu takut kolesterol naik pulok.

      Delete
  4. DeeDee Yong...

    Gua ader dua citer..

    1. Kat Kemaman nih harga barangan makanan sejak sekian lama memang lagi mahal dari KL atau JB... alasan diorang bagi.. kat sini orang kerja syarikat Oil and Gas... hehehe... Yer la... memang la orang kerja Oil and Gas kaya-kaya.. gaji paling cikai 5 - 6 ribu sebulan keatas... tapi ramai lagi yang kerja kampung dan nelayan... macam mana tue...

    2. Dulu masa gua duduk kat Shah Alam.. gua ader berniaga Pasar Ramadhan kat Sunway.. ala.. kat kawasan masjid depan Kucing Batu Piramid tue... hehehe.. gua berniaga "Boisson Au Soja", "Boisson De Chrysanthemum" dan "Boisson De Cathira" ... hehehe... nama komersial kan... hahaha.... nama melayu dier.. Air Kacang Soya, Air Teh Bunga dan Air Kathira .... hahahaha .... Kitorang jual satu plastik besar dalam RM2 jer... orang lain jual RM3 .. saiz plastik kitorang 2 kali lebih besar dari orang lain... hehehe... berniaga LillahiTaala.... 15 hari jer berniaga... berniaga 2 orang.... untung bersih setiap sorang dapat RM3000 ... jadi kitorang berniaga 15 hari jer la... rasa dan kualiti jualan.. gua cukup jaga.. sebab berniaga bukan setakat nak untung... tapi barakah.... 6.30 petang kitorang dah solosai berniaga... boleh kemas.. sedekah skit kat jiran-jiran yang berniaga benda lain... sempat berbuka kat Masjid dan solat lagie...

    Kesimpulannyer.... ramai orang Melayu yang berniaga Pasar Ramadhan nih sobonarnya... depa berniaga kerana RM (bukan Rosmah Mansor).... dan bukannyer kerana mencari barakah Allah Taala...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++
      Kesian pulok dengor cerita nalayan Kemanan ni. Demer jual ikan muroh kat peraih, tapi demer sendiri makan nasi dengan kicap. Aduhai...
      Bab niaga ayor ni, sekarang tak buat lagi ke?

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      W'salam....

      Skarang nih teman dah tak berniaga Pasar Ramadhan dah... dah insaf.. lagipon sibuk ngan kerja... cuma sesekali tue kalu ader kenduri mender jiran-jiran nih... bab air diorang pass kat gua kasi hendel...

      Yang pasti... kenduri sanak sedara... memang gua jadi tokey air... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  5. Salam, Hurmm saya pn tkena beli kt bazaar shah Alam kt stadium tu, memg byk pilihan.. Tp ngk harga beza Dari tahun lpas. sy pn beli la kerang dan lauk2 yg lain.. smp je waktu bbuka excited pny fasal nk mkn kerang, bila buka je bau busuk, rupenyer sume da x elok, isk2... Serik da nk beli kt bazaar lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur Sue,
      Rasernyer demer ni takde freezer untuk simpan stok. Haraf demer insaf. Tahun depan jangan harap nak untung lagi kalau terus buat camni.

      Delete
  6. salam ..nak mencelah sikitla..
    makanan jadi basi mngkin kerana;
    1) bahan mentah tidak dibersihkan dan disimpan dengan cara yang betul
    2) bahan mentah yang tidak berkualiti
    3) tukang masak tidak menjaga kebrsihan diri dan kebersihan bahan masakan
    4) memasak terlalu awal
    5) makanan yang telah dimasak tidak betrutup dan terdedah kepada lalat, habuk dna sebagainya
    6) pengendali makanan ada penyakit tertentu (tb, batuk selsema etc)
    7) pengendali makanan tidak memakai sarung tangan dan tidak menjaga keberihan di tempat berniaga...
    dan seterusnya....boleh cari 1001 sebab tetapi bila terpaksa sekalipun kena perhatikan peniaga makanan dan berhati2lah..kuku panjang, ambil makan guna tangan saja..

    tapi bab kebersihan ni bukan setakat kat bazar ramadhan dan masa bulan puasa saja, kita yang masak kat rumah pun kena jaga2 jugak...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.