Pages

Friday, 27 July 2012

KERETA RAKYAT 3: YONG SOKONG PERKASA BANGKANG PENURUNAN HARGA KERETA?

Mula-mula tengok video ini. Khas untuk mamat-mamat yang suka drift, video ni Yong dapat dari blog Toyota!



Sebelum komer marah Yong, baca dulu apa Yong tulis di sini.

Yong tak nak cerita tentang teori ekonomi politik (political economy) Gordon Tollock dan James Buchanan. Gerenti geng PERKASA tak faham. Jadi Yong ringkaskan sahaja.

1. Pandangan PERKASA tentang pekerja Proton hilang pekerjaan amat mengarut. Ini kerana teori asas ekonomi menyebut, jika harga turun, permintaan akan bertambah. Pengeluar mesti menambah output demi memenuhi permintaan. 

2. Tidak dapat dielakkan market share proton akan tercabar kerana pesaing juga mendapat faedah dari penurunan harga kereta. Inilah yang ditakuti oleh PERKASA. Sebenarnya ini berlaku jika Proton tidak ada business intelligence untuk bersaing, tetapi asyik bergantung kepada kerajaan. 

3. Kata PERKASA, orang lebih suka kereta import. Kenapa? Sebab mereka mendengar khabar kereta Proton takde kualiti! Contohnya, sudahkah Proton menangani masalah pintunya? Proton perlu membuat jaminan bahawa kereta keluaran syarikat akan di RECALL jika bermasalah. Ini dilakukan oleh Toyota. Oleh kerena itu Toyota tetap di hati pengguna seluruh dunia walaupun mereka mendengar kabar kereta Toyota juga ada masalah.

Yong jalan-jalan ke blog Toyota di sini dan Proton di sini. berikut hasilnya:

TOYOTA MENGUTAMAKAN KESELAMATAN SEJAGAT

PROTON SYOK SENDIRI

Adakah rakyat Malaysia beli Proton kerana nak berlumba? 

1 Malaysia tahu kereta Formula One 1Malaysia bukan kereta Proton!

Dah tengok video? Itu PEMBELAJARAN yang diselitkan dalam blog Toyota. Sebab itu Toyota tersenarai sebagai "Global Most Admired Knowledge Enterprise" oleh Know Network, Fortune 500 dan sekutu mereka. Jadi kalau orang suka kereta model import jangan le melenting!

4. Satu kajian terperinci perlu dibuat supaya tiada kesan sampingan dan externalities dari polisi penurunan harga kereta di Malaysia. Externalities itu termasuk kesan terhadap alam sekitar, jalan dan parking. Peningkatan kos akan berlaku untuk pengurusan, menampung kerosakan dan penyelengaraan.

5. PERKASA perlu baca baik-baik kenyataan PKR. Target mereka ialah rakyat yang berpendapatan di bawah RM3000 sebulan yang ingin membeli kereta yang harganya tidak membebankan. Mereka bukan dari kalangan yang akan membeli kereta mewah dari luar negara! 

Walau bagaimanapun Yong bangkang jika penurunan harga kereta ini dibuat dengan sewenang-wenangnya tanpa kajian terperinci tentang kesan sampingan dan externalities yang mungkin timbul  akibat pelaksanaan polisi ini. Tapi Yong percaya puak-puak belah sana saja yang akan buat polisi bodoh.

Lepas ni Yong akan berhenti berceloteh tentang Kereta Rakyat. Heheheh. Boleh caya ke?

UNTUK MAKLUMAT, YONG TIDAK MEMILIKI TOYOTA! 

8 comments:

  1. tak penatker menaip pasai nak citer NGOk yg paling biul abad ini, ketua dahlah katak ahlinya berudu kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi,
      Sebab tu Yong tak komen banyok pasei demer. Sebenornya Yong kesian kat demer tu, sebab ada Yong kenali baik orangnya. Yong doa yang baik2 tu tinggalkan PERKASA. Meh join PEH (PAS) kot tak gemor PKR dan DAP.

      Delete
  2. saya takde la sepandai yong..tapi tak la sebengap team perkasa,,wah ha ha...teori no 1 tu pun kalau cerita kat Perkasa pun diaorang takkan faham..benda paling simple..perkasa mmg suka bangkang membuta tuli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dAn,
      Terima kasih kerana anggap Yong pandai. Sebenornya Yong tau sikit jer. Masing2 umat Nabi Muhammad (SAW) ni ada kelebihan. Tapi kalau dah jumud, kelebihan tu Allah tutup. Nauzubillah!

      Delete
  3. Salam Yong;

    Proton..???
    Nak buat kereta pergi pasar pun rasanya tak berbaloi.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isa,
      Sampai hati! Agak2 madey naik kereta aper erk?

      Delete
  4. alahai yong!! kome macam kaklong jugak janji tak mengomel tapi terkadang kadang terlanjur jugak lidah tu nak berkata kata.kah!!kah!!kah!!!tapikan yong kita berkata benar kan!!kan!!, tu yang kaklong suka sangat ngan yong nulih ni.yang bebeno tu amatlah pahit tapi ianya adalah penawar bagi orang yang nak bepekior.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maw,
      Isy, orang pompuan kot tak kuat mengomel macam tak lengkap pulok. Heheheh. Tapi mujor Yong tak reti nagging kat rumah. Kot idak tentu sumer 1 rumah lagi dan sedara tak sior datang rumah Yong!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.