Pages

Thursday, 26 July 2012

KERETA RAKYAT 2: CONTOHI NEGARA INI (VIDEO)

Seorang rakan menceritakan tentang 3 jenama kereta hebat yang popular di Jerman, iaitu BMW, VW dan Merc. Katanya setiap kereta ader peminat tertentu. BMW diminati golongan professional seperti jurutera, peguam etc. VW (people's car) diminati oleh orang biasa, guru, profesor etc. Merc pula diminati golongan peniaga dan kontraktor. Kat Malaysia orang politik suka Merc. Teksi Merc pun ader. Sebab tu ada ahli politik yang perangai macam dreba teksi yang enggan guna meter! Huhuhu.

Di Jerman the German autobahn (Bundesautobahn) atau BAB tiada hadlaju. Tetapi pengguna dinasihati memanddu tidak lebih dari 130 kmj dan tidak kurang dari 80 kmj. Si kawan menceritakan suaminya (seorang profesor) pernah kena saman kerana membawa kereta VWnya kurang dari 80 kmj. Suaminya membawa kes itu ke mahkamah dan menang! Hahaha.

Dalam tahun 2011, panjang autoban di Jerman menjangkau 12,800 km. Tiada toll di Jerman. Yang kena toll cuma kenderaan yang beratnya lebih 12 ton. Toll dilaksanakan secara elektronik (Takde mamat dan minah toll). Bagi setiap 100 km toll yang dikenakan ialah antara 10 – 30 EUR (RM38 –RM115.8). Bayaran ini dikira murah kerana seorang kerani di Jerman mendapat gaji 2622 EUR sebulan (RM10,118.2). Lebih tinggi dari gaji seorang Professor Madya di Malaysia! Gaji kerani di Risda plantation yang baru mula kerja ialah RM1000 sebulan. Sah dia takkan mampu beli kereta, walaupun PKR turunkan harga kereta!

Parking di Jerman juga amat hebat. Tak caya tengok gambor ni:



SUMBER GAMBOR DISINI
Ini videonya. Agak-agak pemerintahan PR boleh buat ini untuk setiap taman tak? Yong bukan tak sokong penurunan harga kereta. Tapi sebelum kita kebanjiran kereta baik pikiorkan hal parking dan jalan. Dasar "kereta mampu beli" tidak boleh berdiri sendiri tanpa sokongan dasar-dasar "mesra rakyat" yang seiringan tanpa konflik.




10 comments:

  1. wah!! ini parking kereta baru dalam kilang kereta VW. lebih hebat kalau kerajaan dapat buat selepas menurunkan harga kereta. di Kuala Terengganu ada satu tapi taklah bulat camni dan ada cermin sekeliling. hohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mayang,

      Kalau projek bagi kat kroni, seram Yong nak parking kereta. takut runtuh.

      Delete
  2. InsyaAllah...bila ada masalah, ada lah jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alfreedino,

      Yong suka pemikiran miker yang positif.

      Delete
  3. Kalau nak dibanding negara kita dengan negara maju macam langit dengan bumi. Selalu orang politik pergi balik shopping dsb di luar negeri takde ke dema rasa malu dengan keadaan negara kita... Hapah tak guna kalau keluar negara mengabihkan boreh... Tapi kan, umporno memang suka rakyat bodoh, senang diperkudakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar,
      Sebabnya banyak bebenor korupsi. Memang malu kat negara kapior Jerman yang kalah teruk dalm perang dunia kedua dulu. Jom, kita ubah!

      Delete
  4. DeeDee Yong...

    Kat Kuala Terengganu nih ader satu automatik parking nih... kat tengah bandar... nanti kalu ader maser gua amik gambar dier... The one and only di Malaysia...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong belum pernah tengok lagi. kat Jepun demer buat depan rumah teres je. Masuk parking, kereta naik first floor. Ada dua lift untuk 2 kereta. Ground floor free. Tak macam rumah kita. kereta duduk di porch menyusahkan orang keluar masuk. Mungkin boleh buat di malaysia.

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Bestnyer kat Jepun tue... rasa kalo ader duit nak pi nyongket ker saner...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    3. Salam C++
      Memang hebat. Dari luar nampak macam kereta parking kat balkoni. Kawan Yong (akitek) ada ambik banyak gambar untuk kerje dialah. Nanti Yong tanya sama ada dia simpan gambar rumah orang jepun ni atau tidak.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.