Pages

Saturday, 1 September 2012

APA AKU HERAN WALAU 100,000 PERGI KE BUKIT JALIL MENYAMBUT KEMERDEKAAN DENGAN PM?

SIAPA NAK PERCAYA JANJI INI?

Semalam seorang sedara (kaitan kerana perkahwinan) bertandang ke rumah pagi-pagi buta. Heran jugak Yong, apekehe budak ni? Bukan rumahnya dekat dengan rumah Yong. Ropernya budak ni sedang melarikan diri dari dipaksa hadir program "Janji Ditepati!" Yong tanya, tidakkah dia takut kena marah? Atau kena tindakan? Dia jawab dengan selamba: "Nak marah, marah ler." Dia tak takut hukuman, juga tak heran duit dan imbuhan!

Sebab itu Yong pun tak heran kot ada 100,000 yang hadir di Bukit Jalil. Sikitpun Yong tak heran. Nak hadir, tak hadir, komer punya hak. Ini negara demokrasi! Oops! Apa pula cerita bas kena belasah dalam negara demokrasi ni? Heran! Heran apabila membuka blog dan membaca berita ini:

BAS PUN DEMER GERAM DAN BANTAI

Macam mana bas pun kena belasah? Bukankah piem dah janji terus kekal kestabilan, kemakmuran dan kedaulatan negara? Ini bukan Yong cakap. Ini tercatat dalam Berita Hairan demer.

Apa erti janji kestabilan dan keamanan jika bas yang tidak boleh berkata-kata pun demer hentam?

BOLEHKAH ADA KESTABILAN KALAU TIADA KEADILAN?

Bab janji kemakmuran pula lagi menghairankan. Langsung tak masuk akal! Harga getah turun. Kononnya sebab permintaan kurang. Saham Felda turun. Sebab apa pulak? Harga minyak naik kenapa pulak?

SIAPA YANG MAKMUR? SIAPA YANG MAMAI? (SUMBER GB)

Siapa yang aman makmur? Peneroka? Penoreh getah? Pemilik Beg Birkin? Bakal menantu dari Kazakhstan? Pengusaha NFC dan anak-pinaknya? Pengerusi Felda? APCO? PATI?

Siapa nak hormat kita, berniaga dengan kita, atau beli getah dan kelapa sawit kita kalau demokrasi yang kita sendiri cipta pun pemimpin kita tak reti menghormatinya?

 ADA OTAK FIKIR!

3 comments:

  1. Betoi tu Yong....
    Teman ikut juga ucapan piem kat Bukit Jalil semalam. Ingat kot ada la apa-apa maklumat, ilmu dan panduan yang boleh diikut. Tapi hampeh... Hapah pun takde... Teman heran la macam mana dema buleh terpesona lagi dengan ucapan meneran-neran tu... Kalu nak banding dengan ucapan piem Singapura macam langit dengan bumi.

    Harap mengkomer dalam umnu tu cepat-cepat la tukor presiden mengkomer... Buat malu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pcbahar

      Yong cuma nampak janji yang tidak ditepati. Noktah.

      Yong paling menyampah pemimpin yang mungkir janji. Pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Orang biasa mungkir janji kita boleh maaf, sebab mungkin ada kesukaran.

      Sama-sama kita kempen tukar pemimpin Malaysia.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Malaysia masih lagi selamat... selamat dibawah pengaruh Syaitan???? hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.