Pages

Sunday, 2 September 2012

BERAPA RAMAI YANG JADI GELANDANGAN GARA-GARA DIPAKSA HADIR DI BUKIT JALIL?

Berapa ramai yang tidak dapat pulang dengan selamat setelah dipaksa hadir di Bukil Jalil untuk menyambut kemerdekaan bersama PM dan Rais Yatim? Adakah mereka yang terpaksa bergelandangan ini masih terpesona dengan retorik PM 1Malaysia tentang betapa stabil, aman dan makmurnya Malaysia selama 55 tahun di bawah pemerintahan parti syaitan?

CONTOH GELANDANGAN - GAMBAR HIASAN

Inilah aduan seorang anak muda yang tidak dapat pulang ke rumah selepas program selesai. Anak muda ini menjadi gelandangan jam 2 pagi. Tiada kenderaan. Tiada tempat bermalam. Akhirnya dia terpaksa tidur mengerekot kesejukan di masjid kerana merasa malu-alah nak bangunkan kawan untuk datang menjemputnya! Esoknya, dengan pakaian yang lusuh dan busuk, barulah dia dapat pulang ke rumah sewanya di Shah Alam. 

Menyesal! Itu saja yang dapat diluahkan oleh anak muda atas pagar ini!

Kita tahu ada yang tidak solat Jumaat kerana bertugas di Bukit Jalil. Tapi tahukah kita beberapa ramai yang terkandas dan terpaksa menjadikan masjid tempat tidur kerana tiada kenderaan untuk pulang? Inilah dia amalan "maqasid syariah" PM 1Malaysia! Penjawat awam dipaksa hadir mendengar jerit pekik PM yang menyuruh rakyatnya "wasatiyyah" sambil bermegah-megah untuk mencatat rekod twitter yang "bohong" belaka. PM yang kononnya mengamalkan "maqasid syariah" yang entah apa maknanya kerana tiada inti Islam di dalamnya.

Ketika menteri-menteri dan VVIP sudah selamat sampai ke rumah dan berehat, ada rakyat jelata yang masih di Bukit Jalil berebut naik keretapi dan ada yang menjadi geladangan kerana tiada perkhidmatan kenderaan awam untuk pulang! Semuanya tanpa rela kerana pemergian ke Bukit Jalil pun atas dasar dipaksa!

Sambutan kemerdekaan paling hampeh tetapi penuh kemegahan dan riak dalam sejarah Malaysia berlaku di zaman ekonomi merudum!

Inilah hakikat kehidupan antara dua darjat di Malaysia yang stabil, aman dan makmur!

10 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Pelik aaa... kenapa pengangkutan awam tak disediakan seperti biasa... sampai pukul 2 hingga 3 pagi.... Memang menyusahkan... tinggal solat... tetapi terpaksa melepak kat masjid untuk bermalam....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Itule dia. Yong kesian jugak kat budak betul bendul yang mengadu tu. Dia takut kena tindakan, terus pergi jer ke Bukit Jalil tanpa fikir panjang. Yong tak tanya pulak dia solat ke tidak.

      Delete
  2. Teman dah kabor piem yang ini tak buleh pakai.. Hari ni teman terbaca pulak di fb yang orang Johor dah tak tahan dah dengan piem yang ini. Dema nak Muhyidin jadi piem sebelum PRU13.. Gamaknya bukan teman je yang nampak piem ini macam badot, orang umnu sendiri nampak macam itu... Kepada sesiapa yang tak nampak lagi tu bubuh eye mo bebanyak kat mata tu supaya jelas...

    Tukor tetap tukor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pcbahar,

      Eye mo tak berkesan yob. Simbah ayaq yassin kat satu kepala agaknya baru bangun. Tak tahu ler. Orang ameno ni taat tak tengok orang.

      Delete
  3. Salam Yong

    Kesian pulok dengor citer anak mude ataih pagor tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pengembara,

      Ini ler contoh orang mude yang tak faham, masih nak duduk ataih pagor. Gate dah bukak, tapi masih nak duduk ataih pagor gak.

      Delete
  4. maklumat yg saya perolehi dari sumber yg sangat dipercayai, pegawai dan kakitangan kerajaan sendiri sudah muak dgn PM dan barisan kabinet ..... mereka cuma menanti hari pilihan raya sahaja utk membuat perubahan
    saya mempunyai ramai kenalan bangsa cina, mereka telah lama memahat di hati utk menukar kerajaan. ahli2 MCA, DAP, Gerakan telah lama memilih kerajaan baru cuma menunggu masa utk PRU13. diluar sahaja mereka nampak bkecuali tetapi yg hakikatnya mereka bencikan BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wellness

      Alhamdulillah jika ia benar. Sama-sama kita usaha untuk tumbangkan kerajaan zalim yang suka buat fitnah, riak dan boros!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.