Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 27 October 2012

JANGAN TERUS MELENTING BILA TUAN GURU NIK AZIZ NASIHAT AWEK-AWEK TENTANG GINCU.


Semua awek nak cantik. Satu bahan kecantikan yang digemari awek ialah lipstik (gincu). Beratus-ratus brand gincu di pasaran Malaysia. Yang mengaku halal pun ada.

Tahukah anda, satu analisis dibuat oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA, USA) ke atas 400 produk gincu popular menemui kandungan plumbum yang tinggi pada 380 produk gincu yang diuji. Kandungan ini adalah lebih besar daripada maksimum yaitu pada 0.1 bahagian per juta (ppm).

Walaupun, gincu bukan bertujuan untuk dimakan, tetapi ia akan tertelan semasa kita meminum air atau makan. Biasanya kita akan menyapu gincu baru dan menggunakannya secara berterusan. Oleh itu gincu yang ada kandungan plumbum yang tinggi akan memudaratkan si pemakai.

Lima gincu yang dibuat oleh L'Oreal dan Maybelline, milik L'Oreal USA, disenaraikan di kalangan 10 kosmetik teratas yang paling tercemar, mengikut ujian FDA. Produk ini amat mudah dibeli di kaunter dengan harga yang murah.

FDA tidak menguji produk dari China dan Jepun. Oleh kerana itu produk berkenaan tiada di dalam senarai. Ini tidak bermakna produk tersebut selamat. Produk seperti LDM (China), SKII (Jepun) boleh di dapati di Malaysia.

Plumbum adalah sejenis "heavy metals" dan juga "pollutant" (racun).

Berikut 10 brand gincu yang mempunyai kadar plumbum yang merbahaya.

SENARAI PENUH ADA DI SINI

Selain terdedah pada bahan plumbum, gincu juga mengandungi bahan yang dipanggil triclosan, yang digunakan sebagai pengawet. Penyelidikan menunjukkan bahan triclosan dikaitkan kepada masalah otot dan jantung. Bahan kimia ini mungkin boleh menyebabkan bakteria menjadi kebal terhadap antibiotik dan bertukar menjadi superbugs.

Cowok jangan ingat komer selamat yer...Tau-tau saja jika komer ber-ehem2 dengan awek, komer juga akan tertelan plumbum dan triclosan itu!

Jika kita sayang pada diri dan tersayang, sama-samalah kita berhati-hati apabila memilih gincu.

2 comments:

  1. Kalau cewek gune gincu pasor malam, belemoih ler pipi cowok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lee

      Takat belemoih takpe. Jangan kena penyakit sudoh.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.