Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 6 October 2012

JENAYAH TAK NAMPAK: BETULKAH ADA JIN "TARIK DUIT"?

RM50.00 DIGEMARI JIN TARIK DUIT

Selalu kita dengar nasib malang orang yang ditipu bomoh yang kononnya pandai "tarik duit." Jarang kita baca tentang apa yang berlaku apabila kaedah "tarik duit" ini "berjaya" mencapai matlamatnya.

Terpulang komer nak percaya atau tidak. Tapi ini pengalaman peribadi Yong yang amat menyakitkan hati dan badan. Yong masih dalam proses recovery setelah trauma mengalaminya. Yong ingin kongsi pengalaman ini sebagai pengajaran. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan.

Setelah menamatkan pengajian di luar negara, Yong ditugaskan di Semenanjung, bukan lagi di Sabah. Yong pun mula mengenali kawan-kawan baru. Tapi sesuatu yang pelik berlaku setelah beberapa bulan Yong pulang. Yong perasan duit gaji begitu cepat habis.

Mula-mula Yong sangka, ini fenomina cuai. Jadi Yong mula berkira bila berbelanja. Tapi kesusutan wang terus berlaku. Ada masanya dekat gaji Yong dah takde duit. Kekawan yang baik hati sering belanja makan kerana faham Yong selalu kehilangan wang. Beberapa kejadian pelik berlaku pada Yong menyebabkan Yong fikir ada yang tak kena. Contohnya:

Kejadian 1:

Satu pagi sekumpulan pelajar memohon derma untuk program mereka. Yong keluarkan wallet dan beri mereka RM50.00. Salah seorang nampak duit dalam wallet Yong dan menegur secara bergurau:

"Nampak macam ada lagi...tambah le..."

Jawab Yong: "Ini nak bayar duit kutu."

Kami pun gelak jer. Yong main kutu dengan kawan. Seorang bayar RM200 sebulan. Saja seronok-seronok jer.

Waktu rehat tengah hari Yong pergi ke pejabat kawan untuk menyerahkan duit kutu. Alangkah terkejutnya wang RM200 telah ghaib!

Kejadian 2:

Seorang kawan memberi RM80.00 pada Yong untuk bayaran barang yang dia beli dari adik ipar. Yong dah dahulukan dengan duit Yong. Jadi duit itu sebagai mengganti le. Lepas terima duit Yong ikut anak sedara pergi melihat rumah kawan yang nak dijual. Baliknya kami singgah di sebuah gerai buah durian. Anak sedara Yong kata dia takde duit. Yong kata, no problem. Kami pun pilih buah durian untuk bawa balik. Time nak bayor, Yong tengok dalam beg tangan RM50.00 sudah ghaib! Mujur masih ada RM30.00 untuk bayor harga durian. Kalau tak jadi beli, malunyer!

Kejadian 3:

Satu hari Yong bawa not RM50.00 untuk beli kek harijadi anak sedara yang belum sekolah. Yong dah janji nak beli kek cokelat kegemarannya. Sampai ke kedai kek, Yong tengok dalam beg, duit dah ghaib! Mujur Yong belum order. Sedih! Itulah RM50.00 Yong yang terakhir untuk bulan itu. Yong terpaksa selongkar dari bilik, laci, dll. Dapatle RM65.00 ++ dalam bentuk RM1.00, RM 5.00 dan siling! Yong beli kek cokelat yang murah dari kedai lain untuk jimat duit.

Ada banyak lagi kejadian kehilangan wang yang pelik. Semuanya kehilangan not RM50.00. Duit hilang waktu malam, siang, dalam wallet, dalam kocek seluar, dalam beg mahupun dalam laci. Paling kerap duit hilang ketika Yong pergi shopping! Duit short bila dikira balik dengan barang yang dibeli!

Oleh kerana Yong dah selalu hilang duit, Yong tak bawa banyak cash lagi. Sampai tahap ini Yong hanya keluarkan RM40.00 sahaja dari ATM. Yong juga guna kad kredit bila beli barang. Tapi cara ini tak berkesan juga, kerana duit hilang dalam perjalanan ke bank untuk bayar kad kredit!

Akhirnya Yong tak tahan lagi dan mengadu pada abang sulung. Dia bawa Yong jumpa Pak Wahab. Di kalangan ahli silat Gayong Ghaib Perak, Pak Wahab amat dikenali. Kami pergi bertiga, dengan anak abang yang sulung. Yong panggil dia Akak.

Yong bukan jenis suka jumpa bomoh. Tapi ini dikira sudah kritikal.

Pak Wahab boleh berkomunikasi dengan makhluk halus. Dia berjaya berkomunikasi dengan makhluk halus yang mengaku mengambil duit Yong.

Menurut Pak Wahab, makhluk yang mengambil duit Yong ialah jin kafir. Dalang (tuan jin ini) menggunakan kaedah tarik duit melalui jin kafir sebagai kadam. Kata Pak Wahab, makhluk ini bukan toyol, tapi konsep sama, mencuri jugak. Jin kafir ini akan mengenalpasti beberapa orang kenalan si dalang lalu menarik duit mereka. Maknanya dalang adalah kenalan Yong sendiri!

Kecurian bukan one-off. Tapi berulang. Dalam setiap RM1000.00 Yong pegang, RM400 akan diambilnya. Maximum sekali ambik ialah RM200 supaya Yong tak sedar tentang kehilangan itu. Minimum RM50.00. Ia dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Astagfirullah! Entah sudah berapa ribu dia ambil duit Yong!

Jin kafir itu minta Yong halalkan duit yang telah diambil dan menganggapnya macam zakat jer! Dia ingat ini lawak ke? Yong enggan bertolak ansur. Yong kata Yong tetap akan dakwa dia dan dalang (tuannya) di akhirat!

Anehnya jin kafir ni masih nak negotiate, dari RM50.00 sekali ambil, dia minta RM1.00. Tapi Yong berkeras tak akan beri dia ambil walaupun satu sen! 

Menurut jin itu dia terpaksa ikut arahan tuannya. Dia perlu mengambil duit dari sumber yang halal. Bukan duit hasil judi atau jual dadah dan babi! Hah!

Akak nampak jin itu duduk di antara Yong dengan abang. Wajahnya mirip seorang perempuan Melayu... (Akak memang ada "third eye." Akak bukak cerita setelah kami pulang. Akak tak kenal seorang pun kawan-kawan Yong, walaupun masa itu dia dapat perincikan wajah yang dilihatnya. Yong pun tak mahu tuduh sesiapa).

Pak Wahab pun potong line jin kafir itu supaya tidak dapat lagi mengambil duit Yong. Selepas itu Yong dihinggapi berbagai-bagai penyakit! Antaranya, sakit mata yang tak sembuh-sembuh, gatal-gatal dari kaki sampai ke pinggang, terjaga di waktu malam dan sakit kepala. Yong guna ubat doktor tapi tak berkesan.

Abang bawa Yong jumpa ramai bomoh selepas Pak Wahab untuk mengubat penyakit pelik ini. Ada bomoh  kata puncanya Yong enggan bertolak ansur dengan jin tarik duit dan dalangnya. Apa punya kepala otak jahat! Sudah curi duit orang, buat orang sakit pulak!

Yong anggap itu semua dugaan dari Allah. Syukur Alhamdulillah, walaupun Yong mengambil masa bertahun-tahun baru sembuh, akhirnya Yong berjaya mengalahkan energy jahat ini.

Nasihat Yong pada komer semua! Jangan percaya kepada jampi serapah untuk "TARIK DUIT" yang menjanjikan kekayaan segera. Komer sebenarnya ditipu bomoh dan menganiaya orang lain!

INGAT! DUIT ITU BUKAN "DITARIK" DARI LANGIT, ATAU DARI ALAM JIN, TAPI DARI PENCARI REZEKI HALAL. YAKNI KAWAN-KAWAN KOMER SENDIRI!

Tidak kira sama ada jin yang hendak memberi kekayaan itu mengaku dia Islam, berjanggut sampai ke pusat dan pegang tasbih! Itu semua tipu muslihat syaitan sahaja.

JANGAN PERCAYA!

JIKA INGIN KAYA, BERUSAHALAH MENCARI REZEKI YANG HALAL!

24 comments:

  1. ingatkan toyol saja buleh curi duit
    tak sangka jin pon ada jenis ni
    siap nak tawar-menawar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Taufik

      Memang susah nak percaya. Mulanyer Yong ingat toyol. Yong tentule hot bila dia minta RM1.00. Pandai pulak cakap bagi duit kat dia macam zakat!

      Delete
  2. hahaha...kelakor ler citer Yong kali ni....
    Yong pun kena tipu ngan jin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pengembara

      Sekarang boleh ler gelak. Tapi bila duit asyik hilang sampai nak bankrap, boleh gelak ke? Sekarang mungkin boleh buat movie kalahkan Hantu mak Limah kot!

      Delete
  3. Dulu duit mak pun selalu hilang. Lepas mak simpan duit tu dlm tin susu tepung, dah x hilang lagi. Gamaknya jin tu x gheti buka tin kot ... he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wachak,

      Dalam tin ada susu tepung lagi tak? Mungkin jin tak suka bau susu tepung kot? Heheheh. Ada yang kata letak duit dalam baju dalam. Itupun Yong dah buat!

      Delete
  4. salam yong... he he petua mcm mcm yong... cuma bukan semua org mengalami menda neh...jd ada ler yg anggap menda nih tak logik... yg lebih tak selesa bila keliling kita kena..kita tak plak... agak agak berdetik tidak hati orang he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS

      Mulanya Yong tak percaya jugak ada jin boleh ambik duit kita. Tentu tak logik duit boleh ghaib. Yong ingat mungkin tercicir, seluk saku atau sesapa masuk rumah Yong tak sedor. Tapi semua kemungkinan telah dikaji. Takde pencuri dalam bentuk fisikal. Mungkin CSI pun boleh penin.

      Mula-mula Yong sorang asyik hilang duit. Tapi bila Yong mula berubat, Yong dengor satu jabatan lain di tempat Yong kerja, heboh orang hilang duit. Demer panggil ostad, baca yasin ramai-ramai.


      Delete
    2. Salam Yong, ditempat saya pun dah banyak berlaku sepertimana yang Yong ceritakan tu..Pak Haji serta orang alim pun turut jadi mangsa..Apa sudah jadi?

      Delete
    3. Salam Alba

      Masalahnya ramai makhluk yang mengaku manusia dalam dunia ini yang tamak. Yong cadang ketip duit dengan peniti. Ia berkesan!

      Delete
  5. Jin lahanat tu termasuk dalam kelompok asnaf ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aljo,

      Jin itu ingat kita ni bodoh!

      Delete
  6. As-Salam,

    ermm...benda yg sama terjadi pada mak saya...dia hilang rm100~rm 300 sebulan..dah berlarutan selama 3 bulan...sehingga sekarang ni.

    duit satu bundle around rm 2000 diletakkan sekali, tapi cuma sekeping atau 2 note rm50 yg hilang...ikut logik, kalau manusia yg ambik...mmg hilang semua sekali..

    ada orang suruh mak saya cucuk jarum kat duit tu...tp masih hilang

    mohon kalau ada sapa2 yg ada petua untuk avoid masalah setan curi duit ni...

    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Atikah

      Nasihat Yong, jangan bawa banyak duit! Tukar duit kepada denomination kecil. Misalnya RM10.00 dan RM5.00. Nantikan N3 Yong seterusnya untuk kaedah menghalang kecurian oleh setan.

      Delete
  7. salam yong..

    just nak share pengalaman hilang duit..

    mak saya dah lebih 3 bulan kerap hilang duit..semalam hilang rm21..hari ni hilang rm28..tu belum kira yang sebelum2 ni hilang..dah beribu! saya pun ada hilang duit..mula2 rm20..lepas tu rm50..adik pun beratus ringgit sudah hilang..stress sangat..bila cerita kat orang lain semua gelak..diorang kata kami salah letak..terguna duit tu..tak pun ada dari kalangan family yang curi duit tu..tak mungkin ada yang curi sebab sebelum tidur saya dah kira duit..pintu bilik sentiasa berkunci..tup2 tengok duit hilang..

    yang herannya time bulan puasa ni pon hilang duit..duit letak dalam Al-Quran pun hilang!! sekarang ni kami sentiasa pasang surah ruqyah..tapi makin menjadi2 duit hilang..sorok macam mana pun tetap duit hilang..malam ni Insyallah nak buat yasin 7 mubin..semoga segala masalah akan selesai..aamiin..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Yong ada tk no tel pak wahab...klu ada email ayanamfm@yahoo.com...dah pening dgn kes duit hilang ni....

    ReplyDelete
  10. Doa apa yg yong amalkan...boleh kongsi tak...tengah alami masalah yg sama...

    ReplyDelete
  11. Salam saya pun asyik hilang duit jer.tiap x dlm wallet mesti hilang 50 atau 100.duit 10 atau 20 x pulak hilang.mula2 ingat cuai.tapi walaupun hari2 nyorokkan wallet duit tetap hilang.buntu memikirkan masalah yg berlarutan ni.tadi ni pun baru hilang rm50 dlm wallet.buntu dh ni

    ReplyDelete
  12. huaaaargghh...tolong lah saye..duit sy kalau x hilg x sah dalam dompet je..sy dah bayak kali tuko dompet ...tapi tetap hilang jugak...dah la duit bukan senang nak dapat..ape ea boleh drpd amik..ha yg lg 1 sye pelik time bulan pose lak tu plik r bukan segala mkbapak jin kne ikat ke..xkan si toyol ni telepas dr ikatan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fiona dan Yatie.

      Antara kaedah yang berkesan ialah dengan menyepit duit menggunakan peniti.

      Ada juga yang kata simpan duit dalam coli boleh halang duit dari hilang.

      Cubalah sementara mencari cara paling berkesan.

      Delete
  13. Saya sedang mengalaminya duit hilang hampir 3kali hampir Rm1500..belum termasuk duit isteri saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong pernah hilang RM700 yang disimpan dalam poket. Memang ada kehilangan seperti itu. Polis kata mungkin juga pukau. Berhati-hatilah. Jangan pergi ATM sendirian.

      Delete
  14. As salam..sejak sy berpindah ke kuantan asyik hilang note 50 shj dlm dompet atau tmpt yg disorokkan. Dah beribu jin laknat ne ambik..mmg aku tak halalkan dunia dan akhirat..ada cadangan tak kawan2 utk masalah ini.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.