Seorang Profesor Matematik bosan melihat ramai pelajarnya tidur dalam kelas. Dia pun menyoal:
PENSYARAH: Kalau sekiranya kontraktor menggunakan 10 orang dan 43 hari untuk mengorek sebuah lubang ukuran keliling 20 meter, berapa orang dan berapa hari diperlukan untuk mengorek setengah lubang?
PELAJAR A: Kalau 5 orang, kerja itu akan memakan masa yang sama. Kalau 10 orang ia memakan masa 21 hari dan 12 jam.
Ramai rakannya bertepuk tangan kerana "jawapan" yang begitu terperinci. Pensyarah senyum je.
PELAJAR B: Tidak ada sesiapa dalam dunia ini yang dapat melakukannya.
Rakan pelajar-pelajar pun "boooo!" dan gelak sakan.
PENSYARAH: Kenapa kamu kata begitu?
PELAJAR B: Kerana lubang tidak boleh dikorek untuk buat setengah sahaja. Ia tetap menjadi sebuah lubang.
Rakan-rakan yang bising mengeboo tadi terus senyap. Pensyarah pulak gelak sakan.
PENSYARAH: Betul jawapan kamu. Dan kamu yang lain, kalau nak jadi pemimpin, cakap kena pakai otak. Matematik kena pandai. Jangan tidur! Sebelum jawab soalan, dengar dulu apa soalan itu!
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.