Pages

Sunday, 18 November 2012

N3 HUJUNG MINGGU: SISTEM ROSAK ATAU ANGKARA HANTU RAYA? PENJALANAN PENDIK YANG MENAKUTKAN.

Bebeberap minggu lepas. Yong ingat hari Khamis. Hari itu Lembah Kelang diserang hujan yang amat lebat. Masa Yong keluar rumah hujan mula turun. Tapi Yong tetap nak keluar juga sebab kena pergi bank. Visibility hampir mencecah zero. Tapi redah jerlah. Takkan nak berenti tepi jalan. Ini jalan bandar. Takde emergency lane. Sampai ke Persiaran Masjid, Yong dah termasuk lorong kanan. Hanya ada peluang untuk ke kanan atau u-turn. Ketika itu Yong mengambil keputusan untuk berpatah balik. Jadi Yong buat u-turn (lihat peta).

Ketika itu juga wiper padam.

Slow, Medium, fast semua dah jam. Yong tak nampak apa-apa lagi.

Kereta banyak di belakang. Mereka bunyi horn kerana Yong tetiba tekan brek untuk memperlahankan kereta.

Apa nak buat ni? Sabar-sabar. Jangan panik. Yong beritahu diri sendiri.

PETA PERJALANAN YANG MENYERAMKAN

Ketika itu juga tulang belakang di bawah pinggang tiba-tiba amat sakit. Tak tau macam mana nak hurai kesakitan ini. Mengikut pengalaman ini bukan sakit biasa. Yong terus baca:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan baca Asmaul Husna "Ya Jabbar dan Ya Salam" untuk mengharmoni pelancaran darah.

Kesakitan hilang dengan serta-merta.

Yong memandu dengan amat perlahan di tepi jalan. Hampir terlanggar tiang tanda jalan kerana tidak nampak. Yong pasang hazard light. Alhamdulillah hidup. Yong cuba berhenti, orang belakang bunyi horn. Kurang asam betul orang di belakang ni! Tak tahu ke orang dah emergensi?

Aztagfirullah! Apa nak buat? Terus sahajalah memandu macam orang separuh buta. Meraba-raba. Ada beberapa kereta memotong. Yong cuba ikut cahaya lampu belakangnya. Tapi semua kereta bergerak begitu laju! Ya Allah, malapetaka apa ni? Yong tawakkal dan terus baca ayat ini:
Akhirnya Yong tiba di roundabout dekat masjid (lihat peta). Ada flyover di atas roundabout itu. Nampak ada dua mamat sedang berteduh. Yong memandu perlahan untuk berhenti di situ. Takut terlanggar mamat tu.

Sampai di bawah jambatan, terasa amat lega. Yong letak gear ke P sambil baca doa tak berhenti. Tapi enjin terus dibiarkan hidup. Takut kalau dimatikan, nanti kojol pulak.

Tak sampai 1 minit, tukar balik gear ke D. Wiper tiba-tiba hidup semula! Alhamdulillah!

Perjalanan dari simpang ke roundabout tidak sampai 500 metre. Tapi Yong rasa teramat lama!

Alhamdullillah aircond okay. Yong tiba di rumah dengan selamat.

Esoknya Yong cek kereta. Takde apa masalah sistemik.

Entah kenapa Yong teringat nak tanya Pakcik Sifu Pekida. Dia tahu benda-benda pelik ni. Yong telefon dia dan ceritakan pengalaman. Dia gelakkan Yong.

"Apesal pakcik gelak ni?"

"Kamu dah kena main."

"Main? Siapa yang main?"

"Hantu raya."

"Mana ada hantu raya. Kejadian di waktu siang. Dekat masjid pulak tu."

"Memang ada hantu raya di situ. Toksah risau. Itu mainan dia."

Cis bedebah punya hantu. Nak main tengok time macam mana. Time krisis nak main pulak.

Kalau jadi lagi camne? Mesti bersedia. Yong beli rain-repellent. Selesaikan masalah secara scentific! Biar hantu raya kecewa tak boleh kacau.

Beberapa hari lepas pasang rain repellant Yong pergi Dengkil tengok ibu di rumah adik. Balik hujan amat lebat. Rain-repellant ini berkesan walaupun tak pasang wiper. 

Tapi Yong masih risau. Bukan takut hantu raya. Tapi kejadian begini mungkin berulang. Mana tau kan? kan?

Ada sesiapa tahu brand rain-repellent yang paling best?

6 comments:

  1. Salam kak Yong.

    Dgn adanya kamera AES kerajaan masalah apa pun akan selesai. Bukan hanya kes kemalangan akan berkurangan secara drastik malah hantu raya, hantu di jalan raya e.g. hantu bonceng, mat rempit akan ditangkap. Ya, ditangkap gambar mereka. Hehehe

    Okay..on serious note... mmm... mungkinkah hantu raya, penunggu, menyakat orang kita hingga terjadi kemalangan tertentu. Bahaya ni. Kita basmi gangguan cenggini. Bila Perkasa, JATI nak repot kat Ghostbusters supaya terselamat akidah umat Islam kita ni? ASAP take action!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kot AES boleh tangkap image hantu raya kat jalanraya tentu syok. Heheheh.

      Apapun Yong taknak paranoid. Hujan tak hujan, kot terpaksa keluar, maka keluar jugak le ke jalan raya. Takkan manusia nak takut dengan hantu? Manusia kan khalifah? Ini termasuk pengundi hantu dan hantu yang gemor spray cat merah kat bas, pejabat dan rumah ahli PR.

      Delete
    2. salam yong AES tuh paling sesuai di letak ditmpt banyak kejadian ragut...tentu ngan kecangihan teknologi dia leh snap muka penyamun ngan cukup jelas...he he

      Delete
    3. Salam PUPPETS

      Satu idea yang baik. Maknanya kamera yang boleh ambik gambr muka orang jahat walaupun disebalik topi keledarnya! Wow!

      Delete
  2. Kes treler yang terbabas di lebuhraya utara selatan sehari dua lalu tu silau dek kamera AES ke? Sampai pekerja propel 4 orang terbunuh. Lain yang melakukan kesalahan jalanraya, orang lain yang mendapat kesan buruk bawa mati pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria,

      Yong belum tau lagi punca tragedi tu. Nanti Yong tanya kawan polis Yong. Sedih betui. Tapi pastinya kat jalanraya ni banyak hantu. Sekarang kita sedang berperang dengan hantu AES yang akan menghisap darah rakyat sampai kerin!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.