Pages

Sunday, 18 November 2012

PEMIMPIN PERUT JANGAN BOROI BOLEH TAK?

Kekadang Yong hot juga dengan jantan-jantan ni. Bila cari awak, nak yang come-lote. Slim mlim. Tapi diri sendiri...Mak oi...Ada tengok ceromen tak?

Yong maksudkan yang cam ni:

MACAM TUNGGU MASA JER

Yong tak larat nak blow up gambor ni. Buruk bebenor! Kot pakai jubah pun tak dapat nak sorok yang menggelembung kat tengah tu.

SHEIK HAMAD, PEMIMPIN QATAR

Qatar adalah negara terkaya di dunia. Tapi ia juga negara yang mempunyai rakyat tergemuk di atas planet ini. Separuh daripada rakyatnya obese.  17% mengidap penyakit diabetes (kencing manis).

Yong berpendapat, kalau mahu rakyat sihat, ia wajib dimulakan oleh pemimpinnya. Tak kira pemimpin BN atau PR. Ini wajib!

Yong perhatikan, dari pemimpin pemuda sampai ke petua, segan nak tengok! Masa jalan berlenggang naik pentas, perut jalan dahulu. Alahai....

Kecuali ada sorang pemimpin tu...Dia diselamatkan oleh perutnya. Mati-mati Datuk T kata pemimpin itulah yang dalam video dengan cina doll! Tapi bila perati, perut tak sama! Patutnya pemimpin lain ambil iktibar dari kes ini. Sebab nak cari pelakon porno yang berusia, tapi perut tak boroi, payah!

KALAU KETUA PEMUDA CAMNI, GERENTI RAMAI PEMINAT

Takkan kita nak jadi macam Qatar kot?

Jangan marah!

Ingat! Rakyat sentiasa perhatikan komer.

Rakyat kurus sebab tak cukup zat dan banyak tanggungan. Harga minyak naik. Harga barangan harian naik. Hutang pinjaman kereta kena bayor. Hutang rumah. Hutang PTPN anak-anak. Alahai....

Pemimpin pulak boroi sebab apa?

P.S: Masa tengah buat N3 ni tetiba kucing Yong melompat ke atas riba, sebab minta makan. Yong terkejut langsung tertekan entah apa. N3 jadi huru-hara. Sorry erk. Kena delete dan buat semula. Kucing Yong obese, tapi taknak diet. Takpele. Demer tu kucing.

6 comments:

  1. adoi yong bab ni sensitif... teman dulu 6 pax juge tapi skrg udoh tingga seketoi.. wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Bukan apa. Gemuk ni ada kaitan dengan kesihatan dan ketangkasan bergerak.

      Delete
  2. yong mohon dilinkkan belog teman di sini buleh ye! http://wasukalu.blogspot.com/
    belog yong udah lame teman linkkan.. kat blog hardcore abu 2.. yong scroll le tengok..terime kasih.. teman ni keluwo aje di kg sadang, parit. tapi beso di kolumpo.. wakaka. I org key ell uuuu!
    loghat kite lain kot, di parit pasir disebut 'semba', kume (kumer), kome (komer),

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Yong udah linkkan. Betul sebutan tak same. Yong orang belah Perak Hilior (elior). Kami sebut pasir = pasior.

      Delete
  3. Salam Yong, teman setuju tu. Ramai penulis politik hairan camana DSAI boleh berpidato di 2-3 tempat dalam sehari, hadir bermacam-macam program...macam orang tak reti penat...tapi orang tak perasan keadaan fizikal dia lah yang membolehkan dia bergerak aktif... nasib baik temanpun tak suka gemuk, apatah lagi boroi... teman tahu isteri teman tak selera tengok... hehehehe...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Yong pun heran jugak. Kat mana dia dapat energi tu?

      Mungkin ada yang salah faham. Yong bukan menghina orang gemuk. Tak pernah Yong mencemuk FLOM kerana keadaan fisikal dia.

      Cuma Yong kesal yang muda lagi dah gemuk semacam. Takut dah tua nanti macam2 penyakit!

      Baguih le miker control badan jangan mengembang. Aduhai...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.