Pages

Saturday, 23 March 2013

KERAJAAN TIDAK GUNA FINSPY MENGINTIP RAKYAT SENDIRI TIDAK BERMAKNA BN TIDAK MENGINTIP PR

NEGARA YANG FINSPY DI KESAN (CITIZENLAB)

Baru-baru ini heboh cerita kerajaan mengintip rakyat sendiri dengan menggunakan Finspy. Ada percaya dan ada yang tidak percaya. 

Kerajaan Singapura pula menafikan ia menggunakan software tersebut untuk mengintip rakyatnya. Berita ini dimuatnaik oleh Yahoo. Berikut cut and paste sebahagian dari berita tersebut:

BERITA PENAFIAN SUMBER YAHOO NEWS

Menurut pakar dalam bidang ini yang pernah bekerja membina sistem siber (ICT) untuk agensi kerajaan dan swasta; tidak mungkin MKN menggunakan cara itu untuk mengintip rakyat Malaysia kerana ia mudah kantoi.

Walau bagaimanapun, MKN memang memiliki sistem surveilance yang digunakan untuk memantau keselamatan dalam negeri. Ini termasuk memantau aktiviti NGO dan parti-parti politik, sama ada PR atau BN. Sistem intranet ini melibatkan banyak kementerian dan agensi kerajaan yang bertindak sebagai pemberi/pengumpul maklumat.

Logiknya semua negara harus memiliki sistem surveilance, demi mengawasi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Kementerian Pertahanan juga mempunyai sistemnya yang tersendiri. Ini tidak membuktikan MKN memintas email pemimpin PR untuk tujuan mengintip bagi pihak BN.

Jika BN telah salahguna sistem MKN itu untuk memantau PR, ini melibatkan soal integriti. BN tidak boleh menggunakan sistem yang dibina atas duit pembayar cukai untuk kepentingan partinya!

MKN bukan agensi BN.

Namun, kita tetap berasa aneh. Ulang: Aneh kerana dengan sistem surveilance yang ada kenapa kerajaan tidak dapat mengesan pergerakan musuh (baca: pengganas Suluk) di Sabah?

Jadi, adakah salah kalau rakyat terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem surveilance yang digunakan oleh kerajaan? Jika rakyat mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin BN dalam menangani masalah perairan negara, khasnya dalam tanggungjawab menjaga kedaulatan negara?

Apapun, sehingga kini, kita tidak mendengar penafian BN mengenani penggunaan spyware ini.

Jika kerajaan tidak menggunakan Finspy pun, kerajaan masih boleh mengintip pergerakan rakyatnya melalui berbagai-bagai kaedah lain.

BEKAS SB INI TENTU TAHU BANYAK RAHSIA (MALAYSIAKINI)

Kesimpulannya, kita tetap perlu waspada kerana profil kita memang boleh dicuri ketika on-line.

TAKNAK TERUS DIPERBODOHKAN
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.