Pages

Saturday, 23 March 2013

KISAH TELUR TERBANG, TELUR DI DAHI DAN TELUR HILANG


Dilarang salah faham!

N3 ini tiada kaitan dengan kelucahan. Baca dulu.

********************

Heboh di seluruh negara pengganas Sulu mengamalkan ilmu hitam atau sihir ketika menceroboh Malaysia.

Apa kaitan dengan telur?

Ya, telur adalah sinonim dengan kegiatan sihir. Ok. Yong jelaskan bab telur ini satu-pesatu.

TELUR TERBANG

Telur terbang secara literal adalah telur yang boleh terbang.

Bagaimana telur boleh terbang sedangkan ia tiada sayap? 

Semasa Yong di Sabah, kekawan local menceritakan kehebatan suku kaum tertentu dalam bab sihir. Antaranya membuat telur terbang. 

Tapi menurut seorang rakan pula, telur terbang ini takde kena mengenai dengan sihir. Katanya, telur itu dikeluarkan isinya. Lepas itu ganti dengan air embun. Sumbat lubang dengan lilin. Letak telur tengah padang. Tunggu waktu tengahari yang panas. Air akan jadi gas ringan. Wala-wala, telur akan terbang!

Yong tak pernah cuba sebab susah nak cari embun di tengah bandaraya nih. Tak tahu kalau guna air reverse-osmosis entah jadi ke tidak. 

Tetapi, jika dilihat dari sudut ilmu hitam (bukan sihir untuk pertunjukan), telur terbang ini adalah sejenis alat “tuju” khas untuk "mengenakan" seseorang musuh. Jika telur terbang ini jatuh di tempat musuh, maka musuh akan jatuh sakit. Lebih kurang macam peluru misile ler. 

Yong tidak pernah melihat telur terbang. Tetapi seorang anak muda yang baru membuka bengkel mendapati ada telur pecah dalam bengkelnya. Ia berlaku beberapa kali. Budak itu mengadu, tangannya lenguh dan pelanggan tiba-tiba kurang. Staffnya yang maco-maco jadi takut. Yong bawa dia jumpa Pakcik Sifu Pekida. Lepas itu semua jadi ok. 

Tapi Perkasa pula lain ceritanya. Demerpun buat telur terbang jugak. Tujuannya nak melepaskan geram pada Tian Chua. Telur-telur itu landing kat Pejabat Keadilan. 

TELUR TERBANG INI MENDARAT DI PEJABAT KEADILAN DALAN KEADAAN HANCUR BERKECAI

TELUR DI DAHI 

Bila orang sebut telur di dahi, atau dahi bertelur, maksudnya, benjol di dahi kerana kena penumbuk atau jatuh sendiri.  Contohnya, masa BERSIH 0.2 dan BERSIH 0.3 dahulu ramai pendemo yang bertelur di dahi. 

Tetapi tak semua orang yang dahinya benjol bermakna ada telur di dahi. Kadang-kadang benjol di dahi menunjukkan kebodohan. 

Menurut kawan-kawan Sabah, orang yang salah mengorat – mungkin termengorat tunang orang, atau isteri orang, silap-silap boleh tumbuh telur di dahi. Maksud di sini bukan kena belasah, yerk. Tapi, telur = anu (untuk lelaki jer) betul-betul tumbuh di dahi. Kekadang siap dengan batang sekali. Seram! Jika ini berlaku boleh membawa maut. 

Yang peliknya, bila si malang itu mati, serta-merta wajahnya kembali kepada keadaan asal. Telur hilang dari dahi dan tumbuh di tempat biasa. 

Suami rakan mengaku dalam tahun 1970an, kejadian ini pernah dialami oleh rakan karibnya yang mulut tiada penapis dan pantang nampak dahi licin. Satu hari dia termengorat bini orang. Huru–hara rumah tangga orang tu. Mujur dapat diubati dalam tempuh 24 jam. Kalau tidak jadi arwah ler.

PAKCIK INI BERTELUR DI DAHI KERANA TERKENA BATU

DAHI JENDUL BUKAN CONTOH TELUR DI DAHI (GREENBOC)

TELUR HILANG

Dalam ilmu sihir, telur hilang kadang-kadang seiring dengan telur tumbuh di dahi. Tetapi kadang-kadang ia hilang entah kemana. Kekadang pula, telur hilang dengan batang sekali. 

Cerita ini pernah dikabarkan oleh seorang ustaz yang kebetulan pandai ilmu perubatan Islam. Ustaz ini dipanggil ke rumah sakit di Kota Kinabalu kerana pesakit mengidap penyakit yang aneh ini. Perut pesakit telah ditebuk oleh doktor untuk memudahkan dia membuang air kencing. Dengar ceritanya pesakit disihir oleh orang yang dengki, berebut perempuan. Kesian! 

Bagi kaum Adam yang maco-maco pula, telur hilang atau hilang telur bermaksud hilang kejantanan = penakut. Agaknya macam yang dilakar dalam kartun Zunar:

KARTUN ZUNAR

MUNGKIN INI MAKSUD ZUNAR? (MALAYSIANINSIDER)

Kalau dah hebat sangat dalam ilmu sihir, kenapa pengganas Suluk itu tidak guna telur "tuju" saja sebagai misiles mengganti mortar untuk menyerang Malaysia? Jimat kos.

Mengapa perlu datang menyusahkan diri di Lahad Datu? 

Atau...telur "tuju" tiada dalam skrip?

Atau...telur tok dalang dah hilang?

Apapun, wahai hero-hero maco semua; Awas! Penyakit telur hilang ini berjangkit!

Ramai yang dah dijangkiti penyakit ini...

********************

Apa kaitan antara telur terbang, telur di dahi dan telur hilang?

SIASAT PROJEK IC EXPRESS DI SELURUH NEGARA!
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahahaha... gua rasa boleh buat thesis tentang telur lepas nih.... hahaha... buat kajian terperinci... buat soalselidik... amik data... plot graf dan pola..... hahaha.... mesti kalu hantar kat CALTECH ... boleh dapat PhD ni..... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih!

      Gelak dulu baru salam.

      Tak salah Yong Amran Kasimin (YB BN) ada buat tesis bab jampi serapah nih. Tak ingat pulak dia ada masukkan kisah telur atau tidak.

      Bagi tahu Yong saper miker nak lantik jadi supervisor? "Dr" Satim Diman? Kahkahkah.

      Delete
    2. DeeDee Yong....

      Satim Diman maner layak jadi supervisor PhD.... errr.. takder kelayakan... mana jurnal dan kajian yang dier pernah terbitkan... itu hari gua survey dalam listing... even Zahid Hamidi pon takder terbitkan jurnal dan kajian.... cuma ader thesis jer...

      Rais Yatim.... hahahaha... itu lagi satu PhD cap ayam..... takder rekod langsung tentang jurnal dan kajian dier.... hahahaha...

      At least gua yang takder PhD nih pon ader tiga jurnal scientific dan research paper yang orang boleh semak kat dalam listing.....

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    3. Salam C++

      Jangan Kutuk! Demer sumer doktor yang hebat. Kalau tak nak sumer tu, mungkin Rosmah boleh. Kata Deepak dia pandai bab jampi-jampi ni. Permata pun ada. Famous di seluruh dunia. Hahahah

      Delete
  2. A'kum Yong

    Itulah di Malaysia yang diperintah BN. Semua ada.
    Bertelor di dahi, biasa. Telor terbang, jarang-jarang. Hilang telor, banyak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai MountDweller...

      Hahahaha... sebijik macam dalam citer P.Ramlee.... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.