Pages

Sunday, 10 March 2013

SUBHANALLAH! DEMI SURVIVAL GENERASI AKAN DATANG!

Ini penghijrahan beramai-ramai tanpa visa!

Yong pergi ke Tanjung Tuan tujuan nak sekoding pendatang. Nasib malang kamera canggih bermasalah. Tak sempat buat apa-apa. Terpaksa guna Lumix. Huhuhu.

Yong sekoding pendatang ini...

WAJAH ENCIK HELANG INI DARI INTERNET

Yong ciluk sekeping dari Internet sebab nak tunjuk camne rupa pendatang yang dinanti-nanti yang sanggup terbang beribu-ribu kilometer, demi survival species demer....

Mujur ada teropong yang tak berapa canggih. Yong dapat tengok melaluinya, untuk diri sendiri jer. Yang di bawah ini Yong shoot guna kamera yang tak canggih tu...Jam 1.00 petang!







Helang-helang ini terbang sejauh 12,000km melalui Tanjung Tuan untuk kembali membiak di Siberia, China, Mongolia, Korea Selatan, Japan dan Indochina.

Sehebat mana kekuatan manusia, dia amat kerdil berbanding helang-helang ini. Kita memerlukan alat-alat yang perlu kita reka demi survival kita. Helang-helang ini cuma ada tenaga fisikal, anugerah Allah.

Haiwan pun sanggup berkorban menempuh segala halangan demi survival keturunan demer! Bagaimana kita insan yang punya akal fikiran?

Demikian kebesaran Allah!

SUBHANALLAH!

4 comments:

  1. A'kum Yong

    Sekurang-kurangnya makhluk ini tidak meyusahkan makhluk lain di tempat persinggahannya.
    Malangnya ada makhluk yang bukan saja menyusahkan penghuni tempat dia singgah dan mengaut kekayaan tetapi menjual maruah dan kedaulatan negara persinggahannya demi mengekalkan kuasa dan tamakkan dunia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller,

      Bagi peminat macam Yong, kedatangan demer sentiasa dinanti2kan.

      Delete
  2. Hamboi-hamboi weh!
    Makan angin demer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Berpaneh lebih tepat dari makan angin!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.