Pages

Monday, 11 March 2013

YONG TAK KISAH BAPA SAIFUL NAK CAKAP APA TENTANG . . .

Sama ada bapa Saiful nak mengaku atau tak mengaku Liwat II itu rekaan, Yong tak kisah. Bukannya kerana Yong tak kisah pada PR atau PKR atau Anwar Ibrahim dan keluarga. Tapi kerana Yong percaya Liwat II itu sememangnya rekaan semata-mata adanya.

Dulu, semasa kes ini sedang hot di mahkamah, seorang rakan Yong buka cerita tentang DNA Anwar Ibrahim. Rakan Yong ini seorang doktor, bersuamikan seorang VIP ameno. Jadi, inside story ameno dia tahu. Dia sendiri masih memegang kad keahlian ameno for business purpose. Tapi hatinya tiada pada parti itu, kerana tak tahan dengan perangai Khir Toyo dan isteri.

Okay, Yong tak nak melencong ke Khir Toyo. Ini bab Anwar Ibrahim.


Cerita doktor itu tentang DNA Anwar Ibrahim buat Yong yakin, Liwat II ini sandiwara jer. Yong tak nak implicate doktor ini atau rakan doktornya yang terpaksa menguji DNA Anwar Ibrahim. Kesian!

Lalu, siapa Yong cari untuk mendapat kepastian?

Yong tanya Pakcik Sifu Pekida!

Kenapa Pakcik Sifu Pekida?

Kerana Pakcik Sifu Pekida rapat dengan orang yang bersama Saiful dalam gambar di atas.

Kerana Pakcik Sifu Pekida rapat dengan ramai orang ameno, lebih-lebih lagi penaung Pekida Abdullah Badawi. Masa Abdullah Badawilah Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Pakcik Sifu Pekida juga kenal Najib Razak dan Zahid Hamidi!

Pakcik Sifu Pekida juga rapat dengan bekas orang ameno seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan lain-lain yang dah duduk dalam PKR.

Pakcik Sifu Pekida juga kenal orang ameno yang dah mati, bunuh diri atau yang merogol budak bawah umur.

Pendiknya Pakcik Sifu Pekida sangat terkenal di kalangan pemimpin ameno dan tokoh korporat dari Pulau Pinang sampai ke Johor Bahru. 

Yong tanya soalan direct jer:

"Betulke kes Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bokhari?"

"Hisy! Iu semua fitnah!" Jawabnya.

Okay. Cerita-ceriti seterusnya, maaf yer,  "They are for my ears only."

Sebab itu Yong tak kisah apa orang nak cakap tentang Liwat II. Lagipun, kalau takde bukti, namanya fitnah juga. Jangan nak kata Yong pulak buat fitnah sedangkan fitnah besar duduk di depan mata.

JOM FOKUS TAWAN PUTRAJAYA
TOLAK UMNO TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.