Pages

Sunday, 29 December 2013

BAGAIMANA NAK KEJAR JIKA PENGGUNA NAIK BASIKAL, HARGA BARANG PULA NAIK JET, DATUK NADZIM?

NAK PEKERJA MOONLIGHTING KE?

Selama ini Yong tak pernah komen tentang PPIM ini. Yong tahu, bukan tak tahu apa demer buat. Anak buah pernah bekerja dengan syarikat yang ada kaitan dengan PPIM. Banyak dia cerita. Tapi Yong biarkan sahaja. Yang penting PPIM mewar-warkan tentang mana produk halal dan halal. Mana perkhidmatan halal dan haram. Perjuangkan hak pengguna Islam. Itu tanggungjawab hakiki. Itu amanah.

Yong taknak "belasah" Datuk. Tapi adakah Datuk Nadzim ingat lagi apa manifesto BN?

Dah lupa? Okay, Yong bagi ingat:

BERAPA DIA KATA AMAUN BR1M?

Ada dalam manifesto BN janji beri BR1M sebanyak RM1200 pada tahun 2014 untuk mengimbangi kos sara hidup yang meningkat. Tapi berapa dia nak bagi?

MUNGKIR JANJI YANG JELAS!

Bolehkah mungkir janji ini diterima dengan bekerja kuat bagi rakyat Marhaen yang sudah sampai ke penghujung kudrat?

Rakyat Marhaen faham, kenaikan harga barang didorong oleh kenaikan harga minyak. Situasi ini akan menjadi spiral yang lebih teruk kerana tol juga dijangka naik.

TURUN TOL ATAU NAIK TOL?

Apa yang Datuk Nadzim ingin syorkan kepada kami? Haruskah kami moonlight setiap hari kerana ingin menambah pendapatan dan mengabaikan tugas hakiki? Datuk tentu maklum, bagi kakitangan yang makan gaji (awam dan swasta), upah yang dibawa pulang bukan ditentukan oleh pekerja tapi oleh majikan.

PENSTRUKTURAN CUKAI ITU MAKNANYA GST?

Selepas ini pula rakyat Marhaen akan dikenakan GST sebagai sebahagian daripada skim pembaharuan struktur cukai yang lebih terbuka. 

Ini lawak atau penghinaan?

PPIM adalah sebuah pertubuhan yang berlandaskan Islam. Oleh kerana itu sikap kepimpinannya haruslah sealiran dengan falsafah pertubuhannya. 

Bukankah Nabi Muhammad (s.a.w) itu digelar Al-Amin kerana amanah Baginda? Tapi di mana amanahnya PPIM dalam memperjuangkan hak pengguna Islam? Kenapa masih mempertahankan kepimpinan yang mungkir janji dengan jelas?

Bagaimana kita hendak mengatasi kenaikan harga barang jika kudrat rakyat Marhein hanya dibantu sebuah basikal buruk, sedangkan harga barang naik sepantas jet yang terbang sambil memuntahkan bomb?

YANG TIDAK MAMPU HANYA MENUNGGU MAUT

Mengapa membunuh sekelumit harapan yang kami miliki sementara anak Rosmah dikhabarkan sedang bermewah-mewah di New York?

Beginilah apabila pemimpin Islam sudah kehilangan Nur Islamnya. Menyedihkan! Pathetic!

5 comments:

  1. Di negara china , makan harta negara hukum tembak!!! Di M'sia di sanjung dan pertahankan sampai titisan darah yg.terakhir kata ngo2 pro umgok pembela islam & melayu. Silap lah tok nenek aku ajar akhlak muslim mungkin kena rujuk kitab umno yg.haram jadi halal baru patriotik tapi aku tetap dgn.quran & hadith
    walaupun di cincang lumat oleh panglima umgok namun menyerah tidak sekali untuk menjadi munafik yg.hanya ada mulut tapi tak punya hati ...ada faham ka wahai ngo yg.dok propaganda dlm. Tv 123
    Suku. Jangan dok hebat dlm.tv!!!!

    ReplyDelete
  2. akhirnya, "Islam" menjadi benteng terakhir untuk menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu ulama ulama hebat pernah dan selalu berkata antara kata kata yang terkenal adalah; jangan kau hampiri istana.Membawa maksud bekerja dengan pemerintah kerana akan mudah diperbudakkan oleh pemerintah sehingga mencari cari pelbagai alasan untuk menghalalkan cara.Tapi sekarang tak bekerja dengan pemerintah malah ada syarikat sendiri dan NGO pembela ummah lagi.Telah menghalalkan dan bersekongkol dengan pemerintah yang membohongi rakyat dan menindas rakyat.Inilah rupa dan suasana akhir zaman yang hampir kiamat.Sikap nafsi nafsi telah terjadi didunia lagi.Yang amat malangnya PPIM yang mereka menganggap pejuang Islam tetapi sebaliknya perjuangan perut.Intelek intelek barat pernah menyatakan bahawa orang orang barat, sarjana sarjana barat memeluk agama Islam kerana ilmu sementara orang Islam menukar agama mereka kerana perut.Walaupun anologi ini bertentangan tetapi tidak jauh bezanya.Tima kasih la Yong.

    ReplyDelete
  4. Salam Yong,

    Banyak teman baca kenyataan-kenyataan cerdik pandai mengenai isu naik harga ni. Tapi amat menyedihkan apabila ada kenyataan yg dikeluarkan seolah-olah datang dari orang yg tak cerdik. ( mulia sikit drpd perkataan "bodoh").

    Ada yg tetap berasa kasihan dgn orang yg memarahi mereka berbanding memohon maaf. Ada yg beri cadangan utk buat benda yg bertentangan dengan polisi am tempat kerja.

    Turun sangatkah standard orang cerdik pandai sekarang ni?? Kalau dulu masa teman belajar kat ITM, bila ada orang tanya, teman kabor ITM je...... Terasa rendah drii sebab masa tu bukan U macam hari ni.

    Tapi ada skali tu teman present paper kat seminar antarabangsa menyangkal pandangan yg diterima ramai tetapi merugikan Malaysia apabila bersaing dengan Singapura. Komen Presiden Tribunal Timbangtara Antarabangsa, "your professor must be proud of you".

    Teman bukan ada master, PhD. Tapi teman rasa waras lagi utk tidak buat statement macam tu. Walaupun teman graduate ITM jer, bukan UiTM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabor aje le yob. Sabar kita eloknya tak bertepian tapi apakan daya kita ada lemah kita, ate mesti le terasa hati, marah sikit sebanyak.

      Ada tu yang bodoh tak bertepian. Those bonkers who extenuate such a crime to our own people mana mungkin kita boleh temper our anger, like nothing happened, right?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.