Pages

Sunday, 29 December 2013

N3 HUJUNG MINGGU: TIP MENANGANI MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG (VIDEO INSIDE)

Yong tulis N3 ini untuk mengingatkan diri sendiri. Tapi kalau dah singgah ke rumah Yong, bacalah.

Kita mahu kerajaan yang diteraju BN ini menurunkan harga barang. Kita sebagai rakyat marhein sudah tidak terdaya lagi menghadapinya. Tetapi, walau macam manapun kita harus meneruskan kehidupan kita. 

Salah satu masalah kita ialah pembaziran. Maksud Yong bukan pembaziran projek macam yang dibuat oleh Najib dan pasangannya yang suka bermewah-mewah naik jet eksekutif itu. Tetapi pembaziran kita sendiri.

Kita sering membeli bahan makanan harian lebih dari yang kita perlukan. Mungkin kita melakukannya kerana tak ingin kerap pergi ke pasar. Mungkin kerana kesuntukan masa atau pasar/pasaraya jauh dari rumah. Kena naik kereta. Harga minyak dah naik. Jadi, kita beli banyak bahan masakan. Mungkin untuk seminggu. Atau mungkin untuk 2 minggu.

Bila kita pergi pasar kita beli banyak bahan untuk dimasak. Dari sayur, buah-buahan sampai le ikan atau daging. Ikut selera. 

Tetapi bagaimana dengan storage? Sayur dan buah-buahan ini sebenarnya masih hidup ketika di pasar. Cuba ikut tip ini untuk memanjangkan hayat sayuran sebelum sampai ke kuali:
  1. Sebaik sahaja pulang dari pasar, asingkan bahan masakan yang dibeli.
  2. Sebelum sayur-sayuran hijau dibasuh, buang mana-mana daun atau bahagian yang lebam atau rosak. Bahagian yang busuk ini jika dibiarka akan merosakkan daun lain yang segar.
  3. Rendamkan sekejap (dalam 5 – 10 minit) sayuran hijau itu dengan air sejuk (kalau boleh berais) yang dicampur dengan sedikit cuka atau jus lemon untuk menambah kesegaran. 
  4. Biarkan kotoran tenggelam ke bawah. Keringkan sayur dengan mengelapnya pada tuala kertas. Kemudian, balut dengan kertas dan simpan dalam beg plastik yang berlubang di bahagian crisper (tempat simpan sayur) peti sejuk.
  5. Bagi sayur-sayuran salad yang basah, lap sehingga kering dengan tuala kertas sebelum bungkus dalam beg plastik dan diletakkan di bahagian crisper peti sejuk.
  6. Sayur berasal dari ubi, seperti kentang dan bawang, jangan dibasuh. Periksa bahagian yang rosak atau berkulat dan buang. Ubi perlu disimpan dalam tempat yang gelap, sejuk dan pengudaraan yang baik. Kalau tempat ada cahaya matahari dia akan tumbuh. 
  7. Sayuran akar seperti lobak, boleh disimpan dalam crisper atau di dalam beg plastik.
  8. Tomato tidak perlu disimpan dalam peti ais. Letakkan dalam beg kertas dan simpan pada suhu bilik.
  9. Cendawan (jika tidak dalam bungkusan plastiknya) perlu dibersihkan dengan mengelapnya menggunakan tuala kertas lembap. Keringkan dengan teliti, dan simpan dalam beg kertas - juga tidak perlu memasukkannya ke dalam crisper, sebab ia terlalu sejuk. Letak atas rak peti sejuk sahaja.
  10. Salad yang dibeli di dalam plastik yang dikedap, biarkan dia dalam plastik itu dan simpan dalam peti sejuk jika belum hendak dihidangkan. Jika plastik boleh dibuka, masukkan kertas tuala di dalam plastik untuk menyerap air bersama-sama salad dan simpan dalam peti ais.
Yong tidak rekomen menggunakan kertas surat khabar. Kita tidak tahu dakwat tulisan pada surat khabar itu dari bahan apa. Takut jadi toksik. Guna tuala kertas. Asalkan kertas tidak koyak rabak, kita boleh guna banyak kali. Kalau dah koyak, kita gunakan dia untuk mengelap counter top atau meja. Kertas jangan buang sahaja. Kita gunakan sepenuhnya kerana asalnya dari pokok. 

TOWEL KERTAS BUKAN KERTAS TOILET

Mengenai buah-buahan Yong akan cerita kemudian. InsyAllah.

Dengan kaedah ini bahan masakan tahan lama. Jadi kita dapat mengelakkannya dari menjadi busuk dan membazir. Sedikit sebanyak dapat kita mengurangkan impak/kesan kenaikan harga barang kepada keluarga kita. 

Jika kita berjimat, usaha kerajaan zalim ini mencekik rakyat melalui GST akan gagal.

Yang boleh/faham bahasa Inggeris, saksikan video ini: 



Jika ada yang ingan menambah tip, Yong amat mengalu-alukannya.

Walau bagaimanapun, tidak bermakna kita diam saja jadi seperti orang bodoh dan tidak mahu menuntut kerajaan menurunkan harga barang.

TURUN TETAP TURUN!


No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.