Pages

Saturday, 21 December 2013

ISU UiTM: MITASA DAN UTIMAS SUDAH JADI KUCING GEMUK YANG BERGAYA TETAPI TIDUR?



JANGAN TIRU SAYA

 Wahai Ibu bapa, Tuan-Tuan dan Puan-Puan!

Semalam Yong mendapat maklumat daripada sumber dalaman UiTM. Khabarnya pemindahan besar-besaran beberapa fakulti dari Kampus Shah Alam ke Kampus Seremban 3 akan dilaksanakan pada bulan Januari 2014.

Tarikh itu sudah muktamad walaupun ada banyak masalah site kampus yang telah dikenalpasti dan belum diperbaiki.

Bukan hanya UiTM gagal memberi tempat tinggal kepada 2,500 pelajar-pelajar yang akan berpindah ke Seremban 3; UiTM juga gagal menjawab panggilan telefon dari ibu-bapa yang bimbang tentang kehidupan anak-anak yang akan berhijrah tanpa tempat tinggal di Seremban 3.

Mangsa banjirpun ada penempatan sementara. Nasib budak-budak ini nampaknya lebih teruk dari mangsa banjir!

Patutkah kita tak kisah kepada nasib 2,500 pelajar ini yang terkapai-kapai mencari perlindungan di Seremban 3?

Ini belum lagi yang lebih dahsyat!

Khabarnya, Seremban 3 tidak dilengkapi dengan sistem LCD projector dan line Internet! Infra struktutur belum siap tapi staff sudah dipaksa pindah.

“Pensyarah tidak perlu guna PowerPoint untuk mengajar ke?” Tanya sumber Yong.

“Adakah pensyarah-pensyarah yang mengajar di sana yang rata-rata masih baru mampu memiliki projektor LCD  sendiri?” Tambahnya.

Ketiadaan Internet adalah isu besar. Pembelajaran di UiTM mengunakan kaedah Blended Learning (online, i-Learn dan e-PJJ) yang begitu hebat diwar-warkan. Kini nampaknya sudah jadi seperti indah khabar dari rupa sahaja.

Mengapa MITASA dan UTIMAS diam membisu?

Mengapa biarkan Dekan dan Fakulti berhempas pulas sendirian menghadapi segala persoalan ini?

“Kalau beginilah sikap pengurusan UiTM dan Kesatuan akademiknya, alamat QS Ranking UiTM akan jatuh lagi…” Keluh sumber tersebut.

Ingin Yong jentik minda tuan-tuan dan puan-puan yang duduk dalam Jawatankuasa MITASA dan UTIMAS tentang apakah matlamat kedua Kesatuan ini:

PERJUANGAN DEMI KEADILAN DAN KEBAJIKAN AHLI ITU ADALAH KEWAJIPAN

APA ITU HAK AKADEMIK?

Yong jentik sebab Yong sayang.

Yong tidak mahu melihat tuan-tuan dan puan-puan yang memegang jawatan dalam MITASA dan UTIMAS ini berdosa kerana gagal menjalankan amanah sebagaimana yang ditentukan dan dipersetujui besama oleh ahli-ahli yang melantik tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Lepas Yong ingatkan ini, masih nak sambung tidurkah?

Wahai Ibu bapa, Tuan-Tuan dan Puan-Puan!

Dengarlah apa kata seorang pensyarah kanan, lebih kurang begini:

“Kita bayar yuran keahlian yang dipotong dari gaji setahun demi setahun. Tetapi apa kita dapat apabila staff akademik dianiaya? Adakah UTIMAS dan MITASA bangun demi mempertahankan dan memperjuangkan kebajikan kami? Kalau tak sanggup, letak jawatan lah.”

Sebelum ini Yong ada mencadangkan supaya MITASA dan UTIMAS diajak bersama dalam Jawatankuasa Khas yang dicadangkan oleh Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Tetapi kalau sikap MITASA dan UTIMAS hanya seperti kucing gemuk yang bergaya sambil membiarkan tikus-tikus bermahajaraja lela, alamatlah rosak semua padi di kepuk. Tiada apa yang tinggal hanya hampas sahaja.

Tuan-tuan dan puan-puan fikirlah sendiri.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    betul ke kat uitm seremban 3 takde kemudahan asrama lagi? saya pun ada call pihak uitm, tapi depa kata lom ada line untuk call kampus kat sseremban 3 tu. Sabtu ni saya akan masuk belajar di situ. Saya sangat risau, mohon penerangan serba sedikit.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.