Pages

Friday, 24 January 2014

CIS! BEDEBAH SUNGGUH SI YAHUDI TAKNAK CALONKAN ANAK ROSMAH UNTUK DAPAT OSCAR!

Terus terang! Ini bukan berita hiburan.

YAHUDI TAK HERAN DUIT DI HOLLYWOOD?

Menurut berita di atas, menamaan calon anugerah OSCAR untuk producer (s) hanya layak diberi kepada orang yang benar-benar terlibat dalam industri perfileman, yang expert dalam industri itu, bukan yang memberi duit kepada industri tersebut!

Baca seterusnya di DEADLINE

Pendiknya duit tidak dapat membeli Oscar.

Sebelum ini begitu bersungguh macai pengampu mencanang betapa hebatnya anak muda ini berusaha  sendiri dalam industri perfilemen, menumpaskan penguasaan Yahudi di Hollywood, dan bakal memenangi oscar!

ADA PENERBIT MELAYU ISLAM YANG TERINGIN BUAT FILEM LUCAH DI HOLLYWOOD? (MALAYSIA GAZETTE)

Adakah lepas ini ada universiti yang akan bagi ijazah kedoktoran kehormat pula?

Sebenarnya Yong langsung tak hairan jika dapat Oscar pun. Tiada apa yang rakyat Malaysia patut banggapun. Sebabnya? Sebab filem itu filem porno. 

Mungkin ada yang kata cuma 40% porno. Tak kira 1% porno atau 40% porno. Dalam Islam, perbuatan menggalakkan aktiviti lucah tetap tak boleh diterima. 

Orang Islam dapat Oscar kerana membikin filem yang penuh adegan lucah? Apa yang nak dibanggakan? Duit dia, atau duit emak dia, Yong tak kisah. Tapi akhlak penerbit Islam yang sanggup buat filem seperti ini sudah cukup buat Yong rasa nak muntah. 

Yong sangat menyokong anak muda Malaysia yang nak buat filem. Tapi filem apa? Tak salah nak buat filem pasal broker saham atau budak kampung. Tapi yang lebih penting proses, bukan matlamat. Kalau matlamat itu pendidikan, tapi prosesnya haram, boleh kita terima?

Kalau kita nak buat filem gangster yang menunjukkan kejahatan itu perbuatan yang dikeji, tapi filem penuh dengan adegan ganas yang kemudiannya boleh ditiru oleh penjahat, tercapaikah matlamat baik kita?

Untuk ingatan buat anak-anak muda yang ingin mencebur dalam industri filem dan hiburan:

Sabda Nabi Muhammad (S.A.W.):

Barang siapa tidak peduli dari mana ia memperolehi harta, maka Allah pun tidak akan peduli dari pintu mana akan memasukkan ia ke neraka. (Hadis Riwayat Ad-Dailamy). 

Dan sabda Nabi Muhammad (S.A.W.): 

Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah tempat yang layak baginya. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi). 

Banyak lagi ruang untuk kita berjuang dalam Islam, tanpa berebut Oscar dengan Yahudi demi filem lucah.

Firman Allah (S.W.T.) yang bermaksud: 

Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya juga. (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Waulahualam.

12 comments:

  1. Salam..

    Apa lah yang nak dibanggakan. Mampuih nanti takde Munkar Nakir nak tanya "Hang ada dapat oscar ke...kalau dapat aku nak tibai pelan sikit..." Takde soalan macam tu punya. Yang akan ditanya mungkin macam ni... "Betui ka hang ada buat filem porno?....Kalau dia jawab "TAKDAK AIH......!!!" Tangan dia akan berkata...'Ishhkk boss nii..dah lupa ke , saya yang sign cek bagi pada yahudi tu untuk buat filem mencarut-carut tu kan..."

    Spesis lembu-lembu jahil UMNGOK saja yang berbangga kepada perkara-perkara maksiat kerana mereka ternyata sesat dan cuba menyesatkan umat Melayu. Melayu UMNGOK juga sedang diaibkan oleh keturunan "eeee" pungkok hitam yang banyak membuat onar dimuka bumi ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Sebelah tangan kata wasatiyyah, maqasid syariah, pertahan kalimah Allah...bal...bla... Sebelah tangan lagi buat apa?

      Delete
    2. saja curious ttg filem ni , amber download. pastu tgk. dari mula je dah mencarut setiap 3 sa'at. pastu lompat, penuh dgn kelucahan . mmg teruk, tak tegamak nak tgk terus delete. sekian dimaklumkan

      Delete
    3. Salam mangchikla

      Yong tengok clip yang mencarut2 tu ajer... Tak tahu camne orang Islam boleh tahan buat filem macam tu...

      Delete
  2. Salam Yong,

    Saya berpendapat Yong tok sah lah layan sgt benda2 mcm ni sbb saya suka blog Yong sbb ada credibility jd cerita2 sampah mcm ni tak payah lah masuk.

    Ok Yong/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anak selangor

      Terima kasih kerana mengkomen. Baca ayat pertama Yong: Ini bukan berita hiburan.

      Yong takkan buat cerita tentang Hal-hal berkait dengan masalh cerai-berai artis. Tapi soal akhlak artis/penerbit filem dan yang terlibat dalam industri hiburan itu penting. Kumpulan ini kekadang dijadikan ikon oleh anak muda yang tak faham agama Islam. Ingat perbuatan okay kerana itu hanya lakonan. Lebih-lebih lagi bila watak utama itu anak FLOM dan anak tiri PM, yang 47% dari rakyat Malaysia kagum.

      Jadi, Yong tetap akan tulis jika ia berkaitan akhlak anak muda (baik atau buruk). Yang lain - artis/penggiat dunia hiburan nak tunggang langgang, Yong tak ambik tau.

      Delete
    2. Yong,
      Saya setuju Yong patut juga siarkan apa juak-juak macai ni berfikiran waras ke tidak dalam isu mencapai pengikhtirafan ALLAH atas apa jua akibat perbuatan setiap insan smasa hidupnya. Jika bangga dengan perbuatan menjana filem keji maka fikirlah (secara moral cukup) perbuatan tu betul ke tidak?

      Delete
    3. Salam nasa

      Terima kasih kerana menyokong Yong. Kita berdakwahlah setakat kebolehan kita...Nak bagi tazkirah kat surau tak layak...

      Delete
  3. agak2nya puak mana yg suker bab2 porno ini wlupon hitam putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Alahai...buat2 tak tahu pulak...

      Delete
  4. Assalamualaikum, Yong.
    Akhir zaman nanti akan keluar dajjal, menurut hadis Rasulullah SAW.Ciri ciri dajjal telah didiskripsikan oleh ulama.Antaranya mereka yang mengajak kepada keburukan, menghina syariat Islam, tidak mahu menerima perintah Allah dan Rasul.Termasuklah mereka sponsor dan mengeluarkan perbelanjaan terhadap hal hal yang bertentangan dengan Islam.Sudah terang lagi bersuluh Yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nazi kelawar

      Seram dan sedih bila teringat dajjal yang nak keluar ni...Sedangkan umat Islam masih bercakaran. Kat Malaysia ada yang kunun nak pertahan kalimah Allah, tapi hal rasuah buat buta...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.