Pages

Sunday, 26 January 2014

TERIMA KASIH CIKGU. TAPI KENAPA RAMAI GURU SAKIT MENTAL?

Tunggu! Ini bukan kes pertama guru denda murid secara keterlaluan. Apalah yang budak umur 10 tahun tahu. Demer belum balighpun.

Hukum rotan sudah cukup. Itupun entah boleh entah tidak. Kalau tak salah Yong hanya guru disiplin yang boleh merotan. Cikgu-cikgu tolong betulkan jika Yong tak jelas tentang perkara rotan ini. Misalnya, di sekolah Yong dulu, cuma guru besar saja boleh merotan.

Alhamdulillah, Yong menjadi dewasa dan dapat belajar sampai ke PhD. 

Terima kasih cikgu.

Yong datang dari keluarga guru sejak entah zaman bila. Dulu nenek moyang guru agama... Sekarang cucu-cicit jadi guru macam-macam disiplin. 

Jadi Yong amat faham, memang banyak dugaan menjadi guru ini. Tapi bukankah tindakan ini melampau?

GURU GILA ATAU RASIS?

Menurut berita Utusan, dua orang yang tidak dihukum itu berbangsa Cina. 

Jika dakwaan ini benar dan guru itu bukan sahaja tidak bersikap professional, tetapi juga zalim dan rasis; dia wajar dijatuhi hukuman yang berat. Ditukarkan ke sekolah lain hanya akan membawa masalah ke sekolah berkenaan.

Kenapa guru jadi begitu? Adakah kerana beban kerja yang terlampau? Atau didorong oleh semangat parti perkauman yang melampau?

Ingat! Sebelum ini kita dengar seorang ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya Teluk Sengat, Johor, Pang Ah Ngang dan guru besar Chiew Swee Tuan menyuruh seorang guru Mualaf membuka tudung. 

Walaupun MCA menafikan dua malaun ini ahlinya, tapi kita semua tahu...

MCA PARTI PERKAUMAN (ASTRO)

Itulah kenyataan bekas naib Presidennya Gan Ping Sieu. Tapi dia kalah dalam percubaan menukar imej MCA. Maknanya MCA enggan keluar dari kepompong perkauman! 

LU DUDUK DALAM PARTI PERKAUMAN, LU MIMPI KA?

Hanya macai bangang nak pertahankan parti perkauman ini.

16 comments:

  1. Assalam..
    Memang benar kata Yong tu guru tak boleh mendenda atau menghukum murid sembarangan. Sebelum mula sesi 2014 sudah keluar pekeliling dari Kementerian untuk guru-guru mengamalkan konsep Guru Penyayang. Tapi konsep Guru Penyayang ini telah dirahsiakan kepada murid-murid mungkin kerana bimbang mereka tahu hak-hak mereka. Akibatnya ada guru-guru yang tak bertimbangrasa terus menghukum murid mereka tanpa belas kasihan.

    Banyak saya hendak perkatakan tentang tindakan disiplin ke atas pelajar yang tidak adil oleh guru-guru yang tidak bertimbangrasa. Contohnya, adakah patut kerana tidak bawa buku teks murid disuruh ketuk ketampi seratus kali? Kasihan saya tengok budak yang kena tu tingkatan 1 yang baru memulakan persekolahan di alam menengah.

    Saya sangkakan apabila sudah keluar pekeliling melarang guru menghukum murid guru-guru akan berubah. Malang sekali ini tidak berlaku. Saya memerhatikan ini dengan perasaan sedih kerana yang melakukannya adalah rakan-rakan sejawat. Nak ditegur tak kena tak ditegur pun tak kena. Sebab tu kadang-kadang saya terfikir ingin mengundur diri dari alam perguruan ini lebih awal kerana tidak tahan dengan perkara-perkara begini. Bukan kerana letih dengan beban tugas tetapi sebenarnya layanan guru terhadap murid membuatkan saya jadi tawar hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Yong pernah jadi cikgu mengajar budak estet dan kampung sebelum masuk universiti. Yong mengajar sains. Kekadang memang panas hati bila satu bendapun demer tak reti.

      Satu hari Yong pergi pasar dan jumpa anak murid Yong menjual buah-buahan kampung. Baru Yong tahu, rupanya budak ini memang tak pernah buka buku di rumah. Bukan itu saja, Yong mengajar sekolah petang. Rupanya ramai anak murid Yong yang keluar rumah pukul 10.00 pagi dan sampai rumah pukul 8.00 malam. Bila masa dia belajar?

      Harap perkara begini tidak berlaku lagi sekarang.

      Jadi cikgu kena sabar. Kalau jenis tak sabar, cari kerja lain sajalah...Hahaha... Yong bunyi macam menteri UMNO pulak. Tapi itu hakikat. Jangan jadikan profeson guru yang mulia ini sebagai pilihan terakhir.

      Delete
    2. berlaku lagi .... pukul 1 habis kelas biasa ...sambung pukul 2.30 kelas kafa ... habis 4.30, sambung pulak koko sampai 5.30 atau 6 .... balik rumah mandi, makan, tidur keletihan .... hanya yang hyper masih terloncat-loncat lagi .... pagi besok nak pergi sekolah, nangis sebab kerja sekolah tak buat .... cikgu bengang .... !!!!!

      Delete
  2. yong dah termkn umpan..ulas pasal isu ni.setiap hari seluruh negara,ramai murid dirotan,denda guru tapi knp tv3 sanggup membelanja utk menyidangmediakan en mustakEEm ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dukun

      Sumimasen. Yong tak tengok TV tiga suku. Apa demer cacai Yong tak ambik pot. Yong pun tak kisah en mustakEEm tu mamak ke apa. Tengok muka anakpun kita tahu.

      Tapi Yong appreciate ibu bapa yang hantar anak ke sekolah jenis kebangsaan. Paling kurang ibu bapa tentu mengharap anak akan jadi pandai cakap bahasa Cina.

      Tengoklah nanti, jika ada orang kata cikgu ini pemuda MCA, tentu MCA melompat kata bukan. Lepas itu macai UMNO akan pertahan cikgu Cina itu.

      Yong tak rasis. Yong hanya menuntut keadilan, tak kisah budak itu bangsa apa.

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Wife gua berkhidmat sebagai guru... memang gua tau cabaran sebagai guru nih memang teruk... Dan gua bersetuju kalu guru mengenakan hukuman dan denda kepada murid jika melakukan kesalahan...

    Rotan pada gua adalah perkara wajar... sebab takder beza budak zaman dahulu dengan zaman sekarang... Biler merotan dilarang... tue yang jadi "mua" bebudak zaman sekarang... dulu kalu kena rotan disekolah,... mak bapak tak kacau... sebab biasanya yang kena rotan tue mesti dier bersalah,...

    Sebab masa tue guru hanya buat kerja perguruan sahaja... mendidik dan mengajar.... tapi... sekarang nih guru lebih banyak buat kerja pengkeranian dari pada kerja mendidik dan mengajar..... sebab tue la guru ramai yang stress..

    Ader ramai kerani disekolah.,... tapi banyak yang melepak tak sibuk kerja sebab kerja pengkeranian dibuat oleh guru... Tambah plak ,.. kerani sekolah cuma support guru besar dan pengetua jer... tabley ditugaskan untuk tugasan lain... Hampeh...

    Panjang kalo nak citer,,, tak larat dah..

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Memang betul ada ibubapa yang terlampau manjakan anak. Ada juga yang terlampau menekan anak. Kecik2 sudah dihantar ke tuition. Semuanya kerana kurikulum yang hampeh. Budak tidak dapat menjadi budak.

      Sebab itu kita kena tukar gomen. Yang ada sekarang buat semua orang stress.

      Demer yang nak berUG itu kena sedar. Walaupun tak jadi cikgu, hanya buat ceramah di surau dan dapat duit banyak tidak akan dapat barokah kecuali kita menginsafi perjuangan orang lain dalam usaha melangsungkan perjalanan hidup ini.

      Delete
  4. selepas ini..pasti lebih ramai guru yang terasa dan makan hati, akibatnya murid-murid lantaklah apa nak jadi..ditegur tak dengar..diberi nasihat..buat bodoh..diperli,sindir dan marah..kata dihina..nak rotan tak boleh..pukul sikit tak boleh..semua serba serbi salah..last-last..lantaklah apa kau nak jadi

    ReplyDelete
  5. Kerja guru sememang banyak, kerja rumah tidak dibuat, guru tension dan letih melayan kerenah murid-murid, nak sentuh tak boleh nanti ibu bapa melenting. Jadi biarkanlah murid-murid tu dengan lagaknya. Jadi ibu bapa kena sokong anak-anak supaya mereka lagi 'mua' dan jangan disentuh oleh guru-guru. Guru-guru jangan sentuh murid-murid anda. kalau ada yang nakal tengok sahaja, tak buat kerja, biarkan. periksa yang buat sahaja. Biarlah murid-murid tu nak jadi apa-apa, pelesit ke, setan ke atau hantu ke. Sebab itulah kehendak ibu bapa mereka. Cukup bulan dapat gaji. beres.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih bila sistem pendidikan sudah jadi caca-marba. Cikgu tak kisah, murid jadi hantu.

      Delete
  6. Bak kata SM Salim ' Dulu lain Sekarang lain". Dulu kalau anak buat hal di sekolah, mak bapak suruh cikgu pukul asalkan jangan sampai patah riuk. Sekarang kalau anak buat hal kat sekolah, mak bapak datang pukul dan sepak terajang guru. Anak yang berperangai macam setan diminta oleh ibu bapa mereka ditukar jadi malaikat oleh guru di sekolah. Bila anak2 ni balik sekolah, mak bapak bagi motor supaya mereka boleh berlatih jadi Mat Rempit. Berapa persen mak bapak ambil tahu atau periksa kemajuan anak2 mereka atau periksa beg2 anak mereka apabila mereka pulang dari sekolah??? Lagi teruk mak bapak Melayu, bila guru bukan-melayu denda anak mereka yang malas atau berperangai buruk cepat2 tuduh macam2, anti-melayulah, rasislah. Yang hairannya kenapa ibu bapa melayu berlumba2 hantar anak2 mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina. Dah tau disiplin di sekolah itu ketat, kenapa hantar? Angan2 tinggi supaya anak2 jadi bijak tapi bila guru usik sikit dah melatah. Dan cerita2 murid2 ni dipaksa makan rumput..... mengarut. Kat sekolah cina yang biasanya padat dengan bangunan bukan senang nak cari rumput. Jangan cepat percaya kepada pembawa berita yang terkenal munafik. Aku dulu pun guru juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Ada yang nak tuduh guru itu penyokong DAP ke?

      Delete
    2. Sekarang ni sebenarnya dalam apa keadaan pun kalau masuk mahkamah guru tetap salah,itulah hakikatnya arahan kementerian pendidikan,wahai guru.......... ambillah langkah selamat.Mengajar saja anak murid yg nak belajar secara bersungguh-sungguh.yang tak mau belajar biarkanlah.Customer is always right

      Delete
  7. semuda umur 10 tahun, kita sudah "kangkung"kan budak-budak itu ... apa dia tahu baru 10 tahun..? ... bodohnya memang banyak, cerdiknya mungkin sedikit ... tugas cikgu mengurangkan bodohnya dan menambah cerdiknya ... semua sudah diberi tahu, sudah diberi amaran, semua sudah ditetapkan ... tetapi masih ada yang kangkung sampai ke tua iaitu ibu-bapanya ... tak beri perhatian, tidak membantu, tidak cakna terhadap tugas-tugas si anak .......!!! akhirnya si anak kena tindakan

    ReplyDelete
  8. Tak kira bangsa atau agama...sy rotan jer mana yang degil...ikut peraturan sangat...satupun tak jadi...janji murid aku jadi ORANG....

    ReplyDelete
  9. Yong,
    Jangan percaya bahawa budak 10 tahun pada zaman la ni tak tahu apa-apa.
    Denda pelajar ni sangat subjektif soalnya. Tahap penerimaannya berbeza dari satu individu ke satu individu yang lain.
    Kalaulah kita selalu memulakan sesuatu cerita dengan kalau ... mungkin ... Kenapakah .... Bermakna kita tidak tahu cerita sebenar. Utusan Malaysia memang keturunan munafik. Jadi haruskah kita mempercayai apa yang tertulis di dalamnya?
    Janganlah kita cepat menaruh perasaan prasangka pada seseorang semata-mata kerana perbezaan kulit antara kita. Benarkah apabila seorang guru Cina mendenda seorang murid Melayu atas dasar perkauman?????? Kita yang bersifat perkauman yang akan terasa sedemikian. Hanya manusia yang rasis akan berfikir sedemikian. Yang lagi satu ialah puak munafikun yang suka memutarbelitkan fakta.
    Aku, waktu kecil bersekolah di SRJK Cina. Rotan adalah budaya biasa dalam mendenda murid. Belajar di SRJKC bermakna kamu harus rajin. Dari Tahun 3 lagi, kami sudah diberi kelas tambahan dan mesti menghabiskan 50 soalan Matematik pada kelas petang. Aku bersyukur kerana berkat kerajinan yang dipupuk waktu sekolah rendah dulu, hari ini aku menjadi guru juga. Aku merotan murid saya juga atas dasar agar mereka jadi rajin dan pandai. Tak terlintas sedikit pun perasaan rasis semasa merotan. Teringat aku akan kata-kata Tok Guru, Kita harus mengajar dengan penuh kasih sayang dan ini membawa makna semasa kita denda murid bermakna kita denda mereka atas dasar kita menyayangi mereka. Kira marah mereka kerana kita sayang mereka. Ini adalah salah satu prinsip Cina,"Marah kerana sayang, Denda kerana Cinta". Adakah kerana kita sangat terpengaruh dengan pendidikan ala barat? Tapi jangan lupa yang kita ni orang TIMUR. Kita ada budaya kita yang dah mencapai ribuan tahun. Adakah budaya kita tidak bagus untuk mendidik kita menjadi manusia yang berguna? Adakah dengan konsep penyayang bermakna tak boleh marah, tak boleh denda, tak boleh perli, tak boleh tinggikan suara, tak boleh jeling, tak boleh jentik, tak boleh melukai perasaan murid walaupun perasaan kita selalu dilukai oleh orang atas kita, .... Aku takut di akhirnya, yang rugi ialah kita.
    Kita harus ingat bahawa GURU itu ialah manusia siuman. Tak ada GURU yang mendenda muridnya tanpa sebab. Guru itu hanya berumur 26 tahun. Guru yang tengah bersemangat mendidik. Aku khuatir lepas ni bertambah lagi seorang guru yang hanya mengajar sahaja. Tahniah atas tindakan tuan-tuan dan puan-puan. Malaysia Boleh. Salah satu sebab pendidikan kita menjadi sebegini kerana kita ditadbir oleh orang bukan bidangnya. Kebanyakan pegawai di KPM, JPN, PPD, tu naik atas platform politik, jadi adakah mereka mampu menakhodai pendidikan sedang mereka adalah guru yang bermasalah di sekolah waktu di sekolah dulu? Ingat, hanya JAUHARI yang kenal MANICKAM.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.