Pages

Sunday, 16 February 2014

PAS NAK IKUT NYANYI LAGU INI? (KHAS UNTUK YANG MASIH BERMIMPI)

Pemimpin kena faham apa sebenarnya kehendak kami,
Ingin hidup makmur dan wujud daya saing yang tinggi,
Tiada ISA, tiada undang-undang zalim dan tiada polarisasi,
Negara Berkebajikan menjadi matlamat kebahagiaan yang lestari.

Al-kisah politik umno semuanya untuk periok nasi,
Kini tercapai impian bapa anak jadi sudah menteri,
Pakai kopiah dan jubah biar macam ikut nabi
Selain banyak duit  anak juga pandai menari,

SATU KELEBIHAN UMNO

Heboh di luar sana pula kisah bakal menantu dan besan yang amat misteri,
Sudah habis belajar di Sandhurst Military Academy?
Rakyat Malaysia malu tapi pemimpin macam tak peduli,
Terus balun harta rakyat untuk melancong dengan anak bini. 

18 hingga 25 Mei 2012, Washington, Milan dan Dubai demer bercuti,
Kos RM273,799.57 boleh buat 20 buah rumah PPRT,
Banyak duit sebab pandai menabung sejak kecil lagi,
Sampai boleh buat filem porno PAS jangan iri hati.

SUMBER ASD

MB ke Antartica kononnya buat kajian tentang masalah bumi
Semuanya bukan keluar dari poket sendiri,
Sumbernya duit pembayar cukai yang kerja sampai mati,
Tapi di tempat sendiri bangunan runtuh silih berganti.

Bersama Kedah, PRU13 berlalu dan pergi,
Namun kebangkitan rakyat tidak dapat ditandingi,
PAS terus dihasut "marilah ikut kami,"
Supaya BN dapat hidup 50 tahun lagi.

WARGA EMAS MENUNGGU RUMAH PPRT (SUMBER UM)

Petronas untung tapi hak rakyat Kelantan terus dinafi,
Harta peneroka pula dipajak pemimpin ikut suka hati,
Rakyat yang enggan, "Haramjadah!" mereka dimaki,
Bolehkah kita menaruh harapan kepada pemimpin begini?

Inilah erti wasatiyyah ala k-pop yang ditatangi,
Rakyat “bertuah” dapat BR1M RM650.00 untuk setahun sara diri,
Jangan peduli hasutan Pakatan Rakyat yang dengki,
Biar saja Dreyfus dan Lynas gelak ke Bank dengan duit berguni-guni.

SUMBER YSK

Tuntutan rayuan pilihanraya semua ditolak tepi,
Islam dihina, keadilan dinafi dan rakyat terus dizalimi.
Sampai bila rakyat harus menanggung kepiluan ini?
Terujakah PAS dengan janji BN yang tak pernah ditepati?

Aduh, pilu tangisan anak kecil yang sakit minta diubati,
Tapi simpanan ubat sudah kosong tiada isi,
Harga barangan pula terus naik tiada berhenti,
Rakyat sengsara di mana sara hidup hendak dicari?

KEMPEN MEMBAZIR (SELANGORKU)

Scorpene belum tenggelam, hantu Altantuya masih menanti,
Timbul bersama Thales dan Terasasi,
Menteri Pertahanan dan PM enggan jadi saksi,
Demi PRK Kajang, kembali rancak drama sodomi.

Media, TV, NGO, Perkasa, Isma dan Jati,
Semua diguna untuk menabur fitnah tanpa henti,
Nilai ringgit jatuh macam harga getah dan padi,
Pemimpin tolong jawab siapa pengkhianat dan siapa dikhianati?.

BARANG NAIK TAPI NILAI DUIT SEMAKIN KECIL

Pemimpin yang khayal hentikan semua mimpi,
Penyakit BN tidak akan dapat diubat lagi,
Jangan sebab berebut kerusi MB,
Sanggup berpaling dari rakan sendiri.

Walaupun kami cuma gantung bendera dan susun kerusi,
Walaupun kami hanya berkumpul demi keamanan dan kemakmuran lestari,
Peluh dan darah mengalir - tanpa wang ringgit - hanya keikhlasan di hati,
Setulusnya kami mohon - JANGAN KECEWAKAN KAMI! 


5 comments:

  1. Aku apa peduli kalau para peneroka FELDA merempat di tanah air sendiri.
    Bukan kah “ANAK” kerap muncul untuk memberi peneranga bersiri
    Malang nya kehadiran mereka di anggap menyusahi
    Kini tunggulah kehadiran “DREYFUS” yang akan membuat peneroka gigit jari.

    Aku(para peneroka) tak kesah kalau kesudahan nya begini.
    UMNO yang wasatiah pasTI akan membantu kami.
    Mereka yang di “HARAM JADAH” itu yang pasti menanggis sambil berlari.
    Kami yang setia akan tetap bersama walau pun terpaksa merempat di bumi yang bertuah ini.
    UMNO pembela bangsa, agama dan tanah air
    Jangan lah biar kan kami yang “SETIA” menyokong mu tidak di ambil peduli.
    Hargai lah jasa kami yang telah bembuat kamu tegak berdiri
    Walau pun kami terpaksa mengemis umpama kuli kami tidak peduli.
    Kerana cinta dan sayang kami kepada mu UMNO yang tidak berbelah bagi.

    ReplyDelete
  2. Malaysia negara pelik.

    Sertai kami disini....

    http://stayreward.com/index.php?share=115728

    ReplyDelete
  3. PAS (bukan semua) berpegang kepada falsafah;" If I cannot beat them, I join them".Paling meruntunkan hati dan kecewa sekali yang berpegang pada falsafah ini, mereka yang dianggap hebat kelulusan agama dan hampir setaraf dengan ulama.Apakah mereka dah lupa
    pesanan dan ingatan imam Malik, imam Shafie dan ramai ulama tersohor di masa lalu! Apa pesanan mereka?"Jangan kau hampiri istana.Berkata benarlah kamu walaupun pahit ".
    Bila ceramah berhamburan perkataan keluar menyindir mereka yang menjilat dan membodek kerajaan dengan menyatakan ulama suuk atau ulamak jahat yang bersekongkol dengan pemerintah yang zalim, yang tidak mahukan Islam.Difikir fikir dan direnung secara mendalam mereka yang hebat dan istiqamah perjuangan Islamnya ada mereka yang professional dan intelektual yang komited dengan perjuangan Islam contohnya, seperti Khalid Samad, Dr.Hatta, Sallehudin Ayob, Muhammad Sabu, Anwar Ibrahim, Dr.Zulkifli , Kamaruddin Jaafar dan lain-lain lagi termasuk Yong.Malah memperkenalkan pakaian tudung wanita sekarang inipun adalah usaha gigih intelektual Islam ini juga yang mana harus diberi kredit kepada ABIM yang mana presiden nya pada masa itu Anwar Ibrahim.Kalau tidak dulu-dulu kalau isteri ustaz atau ulama mahupun imam, isteri mereka hanya memakai selendang atau tudung yang dikulubung di kepala saja seperti wanita UMNO pakai sekarang bila ada perhimpunan UMNO ataupun majlis keagamaan yakni semipro.Amat dikesali dan kecewa tersangat melihat dan mendengar kebobrokan dalam PAS ini.Terima kasih Yong.wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nazi kelawar

      Rasulullah s.a.w. :

      "Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."(hadith Riwayat Muslim).

      Kita buat apa yang terdaya... Kita tidak mahu bersekongkol dengan kemungkaran itu walau atas nama apapun.

      Selamat berjuang nazi kelawar!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.