Pages

Sunday, 16 February 2014

SYUKUR! MASIH MAMPU BELI MAKANAN...


Pagi tadi...err...lewat pagi, dalam jam 11.00 am, Yong pergi Pasar Tani Seksyen 13 Shah Alam. Tujuan cuma nak cari sayur dan lauk jer.

Sebab dah nak tengahari orang pun tak ramai. Dapat le parking dekat pasar.

Mula-mula nampak ikan rebus

4 ekor = RM5.00

Jalan lagi...

Cabai, tomato dan labu. Semua RM5.00

Jalan lagi... nampak ayam. Ada ayam daging, ayam kampung dan ayam pencen. Teringat ayam ni kata Jakim, tak tahu siapa yang sembelih. Tak jadi beli.

Jalan lagi...nampak puyuh. Hmm..boleh ganti ayam.

4 ekor = RM12.00

Toleh kiri, ada penjual daging. Tinggal daging cincang dan tulang. Boleh buat sup untuk buat hidangan bila orang kampung datang nanti. Demer jarang dapat merasa sup tulang.

Tulang rusuk = RM32.00

Teringat kena beli santan. Patah balik.

Kelapa parut 1 paket = RM1.30. Tetiba penjual masukkan 2 paket. Yong terkejut. "Sedekah." Katanya. "Terima kasih," Jawab Yong.

Semasa nak balik, kona tempat jual buah-buahan. Nanas nampak terlebih masak.

Takde pilihan, 3 biji = RM5.00. Yong ambik 3. Penjual tambah lagi 1.

Wah, hari ini banyak rezeki. Alhamdullillah.

Jumlah semuanya: 5.00 + 5.00 + 12.00 + 32.00 + 1.30 + 5.00 = RM60.30. Jumlah tak masuk duit minyak

Syukur. Masih mampu beli makanan.

Oppp! Mana gula, garam, asam, limau, halia etc...etc...?

Garam bubuh sikit jer...Banyak makan garam kena darah tinggi.

Gula?...Kalau boleh tak payah...Nanti kena diabetes.

Asam? Jangan selalu masak asam, nanti kena gastrik.

Limau, halia, daun kari....ah...semua tanam sendiri. Jimat!

Mujur ada sekangkang kera tanah - dah penuh dengan pokok, setengah kena tanam dalam pasu jer...Tapi kot yang duduk di flat tu...maaf le...

Ini semua Yong kena ucap terima kasih atas jasa sesetengah pemimpin PR yang bercakaran antara satu sama lain kerana kepentingan entah apapa...sehingga bagi peluang pada BN untuk menang dalam PRU13 yang lepas. Contohnya:

INI PANDANGAN PERIBADI PENULIS DAN TIDAK SEMESTINYA MEWAKILI PANDANGAN YONG (TMI

Dekat PRK Kajang ni...nampaknya masih tak serik bercakaran...

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.