Pages

Tuesday, 18 March 2014

APA KOMER JAWAB APABILA ANAK KOMER BAGI TAHU CITA-CITA HEBATNYA? (TIADA KAITAN DENGAN ANWAR IBRAHIM)

Beberapa orang bapa telah bertanya kepada anaknya yang akan menduduki  peperiksaan SPM tahun ini. Bapa-bapa itu bertanya, apakah cita-cita anaknya. Berikut sedutan perbualan bapa-bapa tersebut yang dicatat oleh transponder, hahaha:
  • ANAK A: Pak, Along nak jadi doktor...
  • BAPA A: Jangan! Nanti kerojer kamu tak sudah asyik tengok jubor dan turun-naik mahkamah jer

  • ANAK B: Pak, Along nak jadi peniaga...
  • BAPA B: Jangan! Nanti bankrap kamu menteri paksa kamu jual ayam sekor singgit kat dia.

  • ANAK C: Pak, Along nak jadi pilot...
  • BAPA C: Jangan! Nanti kamu cuti disuruh kerja, lepas tu kapal terbang hilang kamu kena tuduh hijack pulak.

  • ANAK D: Pak, Along nak jadi peguam...
  • BAPA D: Jangan! Nanti kamu kena tolong bela pembunuh, perasuah, penipu pilihanraya dah lain-lain.

  • ANAK E: Pak, Along nak jadi pendidik...
  • BAPA E: Jangan! nanti kamu asyik kerja buat report PBS, OBE dan entah apa lagi, kerja mengajar hanyut ke mana.

  • ANAK F: Pak, Along nak jadi tentera...
  • BAPA F: Jangan! Nanti kamu kena hantar jaga keselamatan negara asing, negara sendiri orang ceroboh kamu tak nampak. 

  • ANAK G: Pak, Along nak jadi ustaz...
  • BAPA G: Jangan! Nanti kamu kena bersekongkol dengan penguasa yang buat konsert maksiat, kasino, gudang arak dan lain-lain benda haram boleh jadi halal.

  • ANAK H: Pak, Along nak jadi bomoh...
  • BAPA H: Hmm...Nah ini borang permohonan jadi ahli UMNO, gerenti kamu dapat jadi jutawan.

Cerita ini takde kaitan dengan Kehilangan kapal terbang MH370.

KATA-KATA SEMANGAT DARI BOMOH JUTAWAN

PERALATAN SCANNING (KREDIT FACEBOOK AHMAD DHUHA)

7 comments:

  1. A'kum Yomg

    Interesting!

    Teringatkan anak sulong (along) dari kecik bercita-cita nak jadi askar. nak buat rekod jadi the 'fist woman general' in malaysia. saya galakkan dan motivate dia. Dah tu masuk ATMA/UPNM dan masuk navy. sekarang Lt. Komander umur 31 tahun tapi tetap berjiwa pembangkang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai MountDweller....

      Terbaik la... ader chan anak lu anak dapat jadi First Malaysian Woman Genaral ..... InsyaAllah...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    2. Salam mountdweller

      InsyaAllah tercapai!

      Delete
  2. niccola machiavelli@mamak madey dah mula bersuare yg ekonomi malaysia akan merundum agok2nya sapey yg beritahu dia klau bukan kwn baik dier penyangak matawang george soros..jagey2la sumua biley si mulot longkang dah bersuarey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Makin lama makin bercelaru negara kita ni. Vision 2020 entah kemana. Tak heran Chedet hot, Vision 2020 tu dia akiteknya. Mana boleh senang2 nak ganti dengan Endless Possibilities.

      Delete
  3. Kecuali cita2 nak jadi bomoh serta tauke judi dan konsert, yg lain2 tu sebenarnya boleh asalkan tidak di Malaysia. Itulah antara sebabnya banyak pengaliran pekerja mahir dan pakar ke luar negara. Robert Kwok pun tidak akan menjadi lebih berjaya jika masih berniaga di sini. Nak naikkan harga gula 5 sen pun bising riuh rendah menteri masa itu membela rakyat konon, nah sekarang lihatlah apa sudah jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Memang ramai pekerja mahir dan pakar yang lari keluar negara. Sebabnya, kroni diutamakan. Kualiti diketepikan. Yang ada tinggal penasihat2 Najib yang dah jadi punahsihat.

      Jadi bomoh dan pakar mulutbasi ameno saja yang ada prospek.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.