Pages

Tuesday, 18 March 2014

SIAPA BERBOHONG MENGENAI PILOT YANG SEPATUTNYA MEMANDU KAPAL TERBANG MH370?

Yong sebenarnya taknak tulis bab kehilangan kapal terbang MH370. Ada masanya tak mahu dengar lagi PC yang dijalankan kerana tiada berita yang menggembirakan.

Seolah-olah sekarang macam ada usaha untuk mencari kambing hitam. Tugas mengkambing hitam diserah pada macai.

Sementara itu pihak pengurusan MAS kelakuannya dilihat pelik. Sudah lebih seminggu riuh dalam facebook, baru buat statement Kapten Zaharie bukan dipanggil ketika sedang bercuti tetapi tugasnya adalah ikut roster.

Facebook itu bertarikh 8 Mar 2014, iaitu pada hari kapal terbang itu hilang. Maknanya apa?

TOLONG HULURKAN DOA UNTUK KELUARGA INI

Maknaynya, dari sudut psikologi, penulisan status dibuat pada waktu itu, kerana didorong oleh perasaan yang amat lega. Kelegaan yang harus dikongsi dengan rakan-rakan facebook, untuk memberitahu bahawa dia ok. Suami tersayang juga ok.

Takde salah apa-apa jika seseorang ingin berkongsi kesyukuran dengan rakan-rakan facebook.

Jelas dia sebut jadual suaminya telah dibuat sebulan yang lepas.

Lihat pula tarikh berita Astro Awani. Pihak MAS mengambil masa lebih satu minggu untuk menafikannya. Kenapa susah sangat nak semak jadual pekerja?

SIAPA YANG BOHONG? (ASTRO AWANI)

Penafian yang lewat ini menimbulkan tanda tanya.

Siapa yang berbohong?

Tidak munasabah Noor Olya berbohong pada saat berita cemas ini didengar, kerana ketika itu dia hanya bersyukur terhadap nasib baik suami dan keluarga. Kita pula hanya tahu kapal terbang itu hilang.

Siapa yang ada motif untuk berbohong?

Perhatikan senario ini pula:

Pilot Kapten Zaharie digambarkan sebagai pengikut fanatik Anwar Ibrahim. Di rumahnya ada flight simulator hebat yang menampilkan landasan-landasan di dunia termasuk di Diego Garcia, pangkalan tentera US di Lautan Hindi. Apa tujuannya?

Tak lain tak bukan hendak mengaitkan dia dengan kehilangan kapal terbang MH370 tersebut. Dalangnya ialah Anwar Ibrahim.

Selain daripada misteri kapal selam yang tidak boleh tenggelam, Altantuya meletupkan dirinya dengan C4 dan pencerobohan Lahad Datu yang entah apa terjadi kepada penceroboh itu; kehilangan kapal terbang ini menambah satu lagi misteri...

Logiknya kalau seseorang itu ada niat untuk hijack kapal terbang, dia akan bina flight simulator senyap-senyap di rumahnya. Dia takkan terbitkan video youtube dan kongsi pengetahuannya dengan rakan-rakannya di alam siber.

Kalau dia sudah riuh rendah bagi tahu 1 dunia siber dia memiliki flight simulator, lepas tu dia hijack kapal terbang, maknnya dia biol.

Kebetulan Kapten Zaharie ahli seumur hidup PKR.

Yong nak tanya: Penyokong dan ahli parti mana yang diketahui biol?

Menteri kata jangan politikkan isu kehilangan kapal terbang MH370. Betul cakap menteri itu. Kesian dengan waris, saudara-mara dan sahabat-handai penumpang dan krew kapal terbang malang itu.

5 comments:

  1. pegawai kanan mas dan pegawai kanan gomen yg biol termasuk menteri nya !! Nazar Osmond

    ReplyDelete
  2. Diperingkat awal dulu keluarga penumpang MH370 dikawal dari ditemubual oleh wartawan, disitu dah nampak ada agenda gelap. Mana nak sangka Noor Olya yg tidak terlibat dgn kawalan itu, telah berkongsi kesyukuran dengan rakan2 fb. Mereka merancang Allah SWT juga merancang, mana boleh lawan. They think that their plan too smart, mereka ingat rakyat ni macam lembu ke.

    ReplyDelete
  3. Korang yang diliwatkan ANwar.

    Allah dah tunjukkan sikit2 balasannya pada rakyat Malaysia dan kebohongannya kepada mata dunia sekarang.

    Korang yang x kenal dari dekat Anwar tu memanglah dihasut ANwar supaya benci kerajaan.

    Yang menuduh ANwar tu media Daily Mail dgn Mirror dari UK lah BAHLUL...

    Rak tau kenapa otak korang ni semua bahlul...cakap semua salah kerajaan


    Sebelum kau orang jawab komen aku lepas ni..kau orang kena akui dulu fakta yang media asing yang keluarkan berita tu..

    Kalau setakat maki2 komen orang lain...memang sahlah kau orang ni pengikut totok Anwar,,,patut kena sontot jer ngan Anwar.


    Tapi aku yakin korang x akan akui tapi terus maki hamun..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Macam2 sangkaan depa fitnahkan Pilot...,bukan sibuk nk cari MH370....katamkt Diego Garcia pergilah siasat kt situ.....ni kata kt Maldive pegilah check kt situ.....susah sangatke...,kita ada hubungan diplomatik..,..yg disibukan kambing...kambing....kambing...memang haramjadah tk rasa maluke menipu sepanjang zaman......

    ReplyDelete
  5. tunggu lps prk kajang....niccolo machiavelli@simulut longkang & berhati kaulu mamak madey alkutty akan bersuara

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.