Pages

Friday, 7 March 2014

HANYA YANG BEJAT SAHAJA MERAIKAN KEBEJATAN INI: KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Payah sungguh nak tuduh Anwar Ibrahim jahat;
Hanya liwat saja yang mudah lekat;
Kerana ia tak perlu dokumen dan surat-menyurat;
Hanya perlu pelakon yang ada sedikit bakat.

Payah sungguh nak aibkan Anwar Ibrahim empunya diri;
Kerana tuduhan yang direka tiada akal waras yang mengerti;
Jenayah qazaf ditertawa si pencacai dengan iringan hamun dan maki;
Rakyat marhaen tolak budaya politik fitnah yang keji.

Payah sungguh nak buat rakyat percaya Anwar Ibrahim bersalah;
Walaupun dijatuhi hukuman oleh kuasa mahkamah;
Walaupun diupah blogger pencacai yang tidak ada maruah;
Rakyat marhaen tahu siapa sebenarnya yang hidup dikelilingi rasuah.

Tahniah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS kerana pantas bertindak menentang kebejatan!

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

“HUKUMAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM :

SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.

PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.

PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014

14 comments:

  1. Keputusan ikut skrip yg tersedia sedari awal, semata-mata untuk menyekat kemaraan DSAI via Kajang. Kelihatan amat nyata SPR, UMNO dll itu telah berkomplot bagi memastikan DSAI tidak dapat bertanding dlm PRK Kajang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ahmad

      Walaupun harapan untuk DSAI bebas itu seperti miracle, tapi kita tidak putus asa untuk mengharap. Akhirnya apa yang kita duga akan berlaku itu telah berlaku. Yong setuju, memang ini direncanakan untuk menghalang DSAI dan mengekalkan kuasa dengan cara yang amat keji.

      Delete
  2. Pemuda pas gembira khalid proxy ubn kekal jadi mb(mat biol)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Ketahuilah...kemenangan yang dijanjikan Allah (SWT) itu bukan bermakna menghalalkan bersekongkol dengan penzalim.

      Delete
  3. I'm a Chinese from Penang. I feel sick to the core hearing this 'judgement'. Kalau tak berubah, negara ini tiada harapan. No sense of fairness or morality; can't even fight fairly - our pemimpin2 BM. I am neutral towards DSAI, but it's evil on earth that they do this again, I feel SICK to be a Malaysian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Unknown

      It is a very sad situation. Yes. I am not a PKR member, but justice is justice...it has no race, creed or colour.

      Delete
    2. Dear Yong,

      I forgot to say that I like your blog for some time already... but today, I am upset and sad and sick.These UMNO-BN leaders in their lust for power and wealth, have no qualms to be really Zalim to throw an innocent man to jail, or cause an innocent man's death, as in Teoh Beng Hock's case. I think the average Chinese by and large have awakened to the awfulness of the current leaders in power, and realized that Malaysia can be a so much better nation if managed well,. But to effect change, PKR and PAS must close ranks & convince more of the Malay electorate as the majority, to vote for a change. Because sad to say, by their actions, the BN leaders do not fear even God...

      Delete
    3. Dear Unknown

      Thank you. Keep the momentum. InsyaAllah, we will see light at the end of this dark tunnel.

      Delete
  4. Salam Nana

    Rakyat semakin benci BN dan segala jentera yang digunakannya.

    ReplyDelete
  5. Salam,Yong.
    Cukup-cukup mengecewakan dengan berita yang seperti halilintar ini.Simpati dan kesedihan saya kepada Dr Wan Azizah dan anak-anak DS Anwar.Yang ironisnya Yong,sosok yang memperjuangkan keadilan dan kebahgiaan rakyat,yang dianggap sebagai pejuang Islam dibungkamkan dan disumbatkan ke dalam penjara sementara mereka yang memperjuangkan kerosakan akidah dan ke arah kemurtadan bebas lepas menyebarkan ideologi mencerca Rasulullah SAW.Dengan mengatakan tak perlu kepada Sunnahnya,tak perlu kepada syahadah yang menyebut nama Nabi Muhammad serta mencerca Nabi Adam,sebab kebodohan Nabi Adamlah manusia dikeluarkan dari syurga.MasyaAllah.Ini rosak lagi merosakkan.Inilah gambaran dunia akhir zaman.Bagi DS Anwar,ini adalah ujian dan semakin tinggi keimanan seseorang makin berat ujiannya.Kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai.Jadilah pejuang Allah dan bukan pejuang manusia kerana pangkat dan harta.Berillahlah kepada Allah bukan kepada manusia.Terima kasih,Yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nazi kelawar

      Astaghfirullah!

      Yong amat takut Allah akan menghukum kita semua kerana kejahatan pemimpin kita. Kerana kita yang beragama Islam tidak berbuat apa2 untuk merubah keadaan ini, sedang kaum lain telah jauh meninggalkan kita. Malahan ada yang terus menerus menjaja fitnah tanpa segan silu kepada Allah (SWT).

      Delete
  6. allah telah menunjukkan jalan bahawa apa cara pon jgn percaya bkpd umno & bn kerana mereka akan berbuat apa saja demi survival politik terutama simamak madey, semoga allah swt menutup hati2 mereka yg bersekongkol...nauzubillahminzalik...zaman kita adala zaman fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Yong doa, mudah2an terbukalah hati pemimpin2 parti yang kini dalam Pakatan Rakyat, yang hati gelap demer masih ingat ada masa depan Malaysia di dalam UMNO melalui UG.

      Hari ini DSAI yang dizalimi. Esok lusa siapa pula?

      DSAI dulu rakan demer. Tapi demer sanggup menzaliminya. Bagaimana kami rakyat marhaen yang tiadak kenal siapa2pun dalam kepimpinan UMNO?

      Delete
  7. Salam kak Yong.

    Sad but true...In this short lives of ours, to bring down "the devils we know too well" from the reign, we've got to move on. With or without DSAI, TGHH, TGNA, LGE & the likes.

    Rasulullah s.a.w. pun wafat baginda pergi jua, tetap perjuangan Islam perlu diteruskan dari masa ke semasa. Didokongi & disokong, ramai atau sikit, kuat atau lemah, Allah s.w.t. saja akan menilai perjuangan kita.

    Justeru, demi Allah & rasul + ikhlas hati, jangan le kita sedih sangat...Jom kita berdoa sekejap. Tenang diri, jiwa & minda...we need it, through & through, until the end of our time.

    اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،

    وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

    “Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

    (HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)


    لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

    “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.
    Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”

    (HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)

    اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئً

    “Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”

    (HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)

    Perjuangan = 1 perjalanan pengembaraan ke 1 destinasi.
    Pejuang = Hanya syarat/ alat/ wadah/ watak yang menyulusuri perjalanan perjuangan.

    We pick our choices. We can be either tools for others or else like many out there they can always be fools.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.