Pages

Saturday, 8 March 2014

INIKAH STRATEGI BN DEMI MEMENANGI KAJANG?


SUMBER ANTARA POS

Inilah hasil karya hebat abad ini demi menyumbat Anwar Ibrahim ke penjara.
Semuanya bagi menggagalkan usaha rakyat ke Putrajaya;
Namun tiada Anwar Ibrahim rakyat akan tetap ke sana,
kerana semakin zalim pemerintah, semakin benci rakyat kepada UMNO dan sekutunya.

Inilah hasil karya hebat abad ini demi menjauhkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat,
digembeling segala kuasa, bicara pantas dan hukuman yang mengikat;
Sambil diupah ulama, NGO dan agensi suku-sakat;
Namun akan bangkit tokoh, mu'allim dan anak muda demi mempertahankan keadilan dan harta rakyat yang dirembat!

Inilah hasil karya hebat abad ini demi mensabit Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara.
Namun rakyat marhaen bertanya siapa yang beli kelengkapan tentera terlebih harga?
Siapa yang hilangkan pulau dan tanah di Singapura?
Siapa yang menyimpan harta di luar negara berbillion dollar?

CONTOH

Inilah hasil karya hebat abad ini demi menghasut agar dengan Anwar Ibrahim rakyat menyampah,
Di depan cakap mahu UG demi pembangunan dan perpaduan ummah;
Di belakang persenda hukum Allah, perlekeh hadis dan suka bersumpah.
Satu ingatan buat pencinta UMNO - selamat jalan dan jangan kelirukan jemaah.

Inilah hasil karya hebat abad ini demi membunuh karektor Anwar Ibrahim pemimpin reformasi,
Namun apa yang penting bukan Anwar Ibrahim empunya diri,
Perjuangan perlu kesepakatan, bukan kepentingan diri dan peribadi.
PAS+PKR+DAP bersama menegakkan keadilan, kebajikan dan keselamatan negara yang dicintai.

7 comments:

  1. Insya Allah Yong matlamat dan hasrat rakyat akan tertunai.
    Segala kebobrokan akan terburai!

    ReplyDelete
  2. dari apa yang berlaku .... pimpinan pakatan ambil iktibar dan berkerja keras untuk rakyat

    ReplyDelete
  3. Haha uols yg siang mlm dok kena main ngan anwar. Ular sepanjang zaman time ponggal dia la raja banggara masuk gereja dia la juara hak samarata masuk mesjid dia la ulamak. Canang 40k bangla alih2 dlm parliament divert ke blog bn. Ni lg 1 hampa dok kena kencing. Which 1 come 1st? Rayuan sepul since 2012 dia dok tangguh mc tipu, g obersea, rayuan tukaq hakim, tukaq pendakwa la apa lg? Dia tau dh bullet dh nk abih pasai tu dan2 suruh bdk dia stepdown kajang. Untuk rakyat ka? Hampa demi nk jatuhkn bn apa pn bleh noo.. Baik hampa doa moga2 as best candidate to be pkr president, khalid bleh wat something perbetoi pkr moga2 org bn ada wadah br yg lg reliable pakat ramai2 masuk pkr.

    ReplyDelete
  4. assalam yong,
    yong perhati dak muka tiga orang hakim mahkamah rayuan yg membuat keputusan bersalah DSAI,tak sampai 2 jam,mereka dah membuat keputusan.pelik kan?.
    lagi satu,muka muka ni kalau berjalan ditempat kami,semua tak akan kata mereka ni hakim,sbb tak ada tokoh,kata orang sekarang.
    yang saorang muka dia mcm penjual bihun sup,yg pompuan tu mcm penjual laksa,lagi sorang mcm ejen insuren. mcm mana jadi hakim....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin juga nak tahu maksud nama yg pompwan itu, jika diterjemah dari bahasa arab ke bahasa melayu

      Delete
  5. With or without Anwar the majority of the people in this country would move on with relentless efforts to replace this incompetent and corrupt government. Our only hope is that the leaders among the opposition coalitions, especially the over-ambitious younger generation of PAS leadership would not betray this struggles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. me 2nd that, bro...ameen o` Allah ye Rabbul Jalil!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.