Pages

Thursday, 20 March 2014

HILANG DISOROK JIN (TAKDE KAITAN DENGAN BOMOH BUBU)


POKOK ARA TAKDE KAITAN DENGAN HANTU

Kejadian ini berlalu pada Ella masa dia kecik lagi. Baru tadika. Ella anak Andak.

Suami Andak seorang pegawai kerajaan. Demer tinggal di rumah kerajaan yang agak terpencil.

Petang itu Andak kerja outstation. Seperti biasa suami Andak pergi ke masjid yang agak jauh juga. Tinggal Opah Ella, pembantu rumah (warga tempatan), Ella, Along dan Acik.

Masuk dekat waktu Maghrib, Ella dan adik beradik dikerah mandi. Lepas mandi masing2 dipakai baju tidur yang bersih. Opah Ella solat maghrib dan sambung wirid. Pembantu rumah masuk ke dapur untuk siapkan makan malam.

Dah siap hidangan atas meja, pembantu rumah cari bebudak untuk makan malam dulu. Pembantu rumah manjakan Ella dan selalu suap dia dan Acik. Tapi Ella sudah hilang. 

Tanya Along, tak tahu kemana Ella pergi. Acik belum pandai cakap.

Ella hilang tanpa kesan.

Puas cari dalam rumah yang agak besar. Tak jumpa, tak menyahut. Opah tengok pintu tertutup tapi tidak berkunci. Pembantu rumah kata dia kunci pintu.

Sudah...mana Ella pergi malam-malam ni?

Masa tu handfon takde lagi.

"Cari dulu." Kata Opah.

Pembantu rumah jaga Along dengan Acik. Opah beranikan diri keluar dengan lampu suluh. Mulut komat kamit baca macam-macam doa yang dia tahu. Sambil tu panggil juga. 

Belakang rumah ada pokok besar. Opah pun cuak juga dengan pokok besar ni. Tapi dia beranikan diri, suluh keliling pokok besar. Tak nampak pun.

Opah pergi dekat pokok tu. Hatinya berdebar-debar dengan kuat. 

Di bawah perdu pokok Ella duduk menyangkung. Baju, badan dan mukanya penuh dengan tanah. 

Opah tangkap Ella. Dia macam bingung. Opah terus qamat di telinga. 

Macam mana Ella boleh keluar rumah dalam gelap, badannya boleh penuh dengan tanah sedangkan dia baru selesai mandi dan memakai baju tidur yang bersih?

Setelah dibersihkan dan dimandikan semula, Ella baru boleh bercakap. Katanya dia didatangi seorang budak yang mengajaknya bermain. Dia ikut budak tu dan tak ingat lagi apa yang terjadi.

Mana ada budak datang malam-malam ajak pergi bermain? Anak-anak jiran yang rumahnya agak jauh (juga pegawai kerajaan) masih kecil dan tak mungkin merayap waktu malam.

Alhamdulillah, Ella ditemui. Dia membesar dengan normal.

Kekadang Yong terfikir; bebudak yang jatuh lombong, parit dan sebagainya yang dia dah biasa lalu lalang dan bermain, apakah yang sebenarnya berlaku?

Yong terfikir juga - kapal terbang yang besar gedabak, macam mana dengan menggunakan segala radar yang canggih tak boleh jumpa?

Jangan kita berhenti berdoa mohon kepada Allah supaya ditemui semua penumpang dan krew dengan selamat.

9 comments:

  1. Teman sebenornya orang Perak tapi dah 37 tahun diPenang.Anak teman yang sulong
    dah berusia 31 tahun pernah mengalaminya(ketika umornya 5tahun) tapi jin yang bermain denganya bermain didalam rumah ketika kami semua tidur.Ibunya terbangun mengajak tidur tapi dia bagi tahu kawan dia hendak bermain sampai subuh.Ibunya terus mendukongnya tapi ditendang kuat oleh anak saya sedangkan kekuatanya luar biasa.Ibunya terus memanggil saya dan mencerita apa yang terjadi.Saya terus melihat mata anak saya yang liar dan saya tahu anak saya dirasuki Jin.Tanpa membuang masa dan menggunci laluanya(saya harap semua faham dengan maksud laluan)ketika berdialog dengan oran tua jin itu dia hanya mahu anaknya bermain tidak ada niat lainJin minta dihantar tempat tinggalnya.Saya membuka laluan dan mengikut
    kemana anak saya pergi kesuatu pokok mempelam yang rimbun(ada tempat duduk untuk berehat dibawahnya) dan tiba tiba anak saya jatuh dah menangis lalu memberitahu dia nak tidur.Untuk pengetahuan semua,Anak Jin itu hingga hari ini ber
    kawan anak saya tetapi saya tidak benarkan masuk kerumah walaupun Anak Jin Itu Islam.Setiap waktu subuh Anak Jin itu akan mengetuk tingkap anak saya untuk solat subuh.Sudah 20 tahun Anak Jin melakukan perkara baik.Anak Jin itu sebenarnya perempuan dan sangat cantik tetapi saya telah menasihati anak supaya memelihara isteri dan anak kerana Allah mencipta makluk untuk diuji dan duga sebelum pembalasan.Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dino landu

      Yong naik bulu roma baca kisah anak miker ni. Nampaknya anak jin tu dah jatuh cinta dengan anak miker.

      Mujur Ella takde kena ganggu lagi lepas tu. Kami cari juga cara untuk halang.

      Delete
  2. Yang wajib solat hajat,solat taubat dan berdoa terlebih afdal adalah PM dan pemimpin pemimpin M'sia. Bukan sekali tapi setiap malam dengan kyusuk dan tawaduk.

    ReplyDelete
  3. bagaimana relax & tenangnya, senyap sunyi tanpa berkata apa2 membiarkan org lain menjlnkan kerje..mmg hebat niccolo machiavelli@ si mulut iwk mamak madey main peranan..lanie fbi nakkan simulator..jeng2 apakah tanda2nya??????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Hehehe...Yong taknak buat spekulasi.

      Gasak demer nak pergi menjala ikan atau nak cari kape terobang.

      Delete
  4. Jin mane satu pule yg minat pd kape teghobang ni, jin laut ke jin tanah. Ce sogheh sikit heih, sebab teman pun nak tau juge. Jike jin tanah yg menyoghokkan kape teghobang tu, dah tu demer pule pegi caghi di laut tentu idak akan jumpe. Ce tanye ghaje bomoh tu, sughuh diye kabokan. Walo ape pun Jins Shamsudin dah tentu bukan oghangnye yg nyoghokkan kape teghobang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Entah le. Tapi Yong ingat jin manggis. Sebab kape teghobang tu bawa 4 tan manggis, kabornya. betuikan kalau Yong silap.

      Delete
  5. As salam,saya pon prnah alaminya....jin tu sbaya dgn saya& perempuan..di cume nak berkwn je.... tp cara dia berkwn tu tak berapa betul sgt. alhamdulillah,jin tu pon dh ditgkap oleh seorg ustaz ni....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.