Pages

Wednesday, 19 March 2014

MENTERI BOLEH BUAT SPEKULASI KE?

Listen, listen, listen!

Jangan buat spekulasi. Begitu amaran polis.

ADA SIAPA DENGAR?

Yong dengar amaran polis. Yong tak buat spekulasi.

Yong hanya tulis inferens dari beberapa dapatan, contohnya, pesawat dilihat di Selat Melaka. Jadi inferensnya, pesawat mungkin ada di Pulau Weh, kerana di situ ada landasan.

Okay, inferens yang stinks. Alasannya, takkan Indonesia tak tahu ada pesawat besar gedabak di Pulau Weh? So, inferens Yong dah jadi hipotesis jer...Yong stop di situ.

Tapi semalam ada seorang menteri bercakap:

INI FITNAH ATAU SPEKULASI?

Kalau komer keluarga pilot tu, komer tersinggung tak? Komer sedih tak? Komer terluka hati tak?

Kejap cakap "jangan buat spekulasi."

Kejap cakap, "fikirkan perasaan keluarga penumpang dan krew."

Tapi diri sendiri, cakap loq laq.

Bila polis kata jangan buat spekulasi, Yong anggap, amaran ini untuk semua orang. Bukan orang biasa saja. Tapi termasuk juga menteri.

Sebab apa? Sebab jika menteri cakap, orang biasa ingat spekulasi itu kebenaran! Lebih-lebih lagi bila cakap menteri ini diambil oleh macai untuk memfitnah pilot sebab dia ahli PKR.

Mengapa memfitnah orang yang tidak dapat mempertahankan dirinya? Mengapa memfitnah orang yang mungkin sedang dalam kesulitan?

Sebelum ini Yong sudah mempersoalkan kewajaran melihat latar belakang agama krew pesawat MH370. Yong anggap perbuatan itu sudah cukup "injurious" (baca di sini) dan menghina penganut agama Islam. Walaupun tak sebut penganut agama Islam yang disiasat, tetapi apabila ada percubaan untuk mengaitkan kehilangan pesawat itu dengan al-Qaeda, kita semua tahu apa yang tersirat.

Lupakah kita, seseorang itu innocent until proven guilty?

Tidakkah ada keadilan dan kebenaran dalam negara 1Malaysia ini? 

2 comments:

  1. Cakap ghope ini le yg demer gelo lidah biawak itu kan, ato cakap tak seghope bikin ke bikin tak seghope dicakap. Yg mane satu lebih sesuwe, nampak seghope tapi tak same.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.