Pages

Tuesday, 25 March 2014

KENYATAAN NAJIB TENTANG MH370: ADA YANG KOMEN KERANA SIMPATI, ADA YANG KOMEN KERANA BUSUK HATI

Macam-macam komen dalam media sosial selepas Najib mengumumkan kedudukan terakhir MH370 adalah di Lautan Hindi...Implikasinya di sanalah pesawat itu terkubur bersama-sama kesemua isi kandungannya, 227 penumpang, 12 krew, 4 tan buah manggis dan bateri litium (tak sebut berapa tan).

Sudah tentu kenyataan Najib ini bukan yang ingin didengar oleh kebanyakan rakyat Malaysia (termasuk Yong) dan warga China serta waris penumpang pesawat malang itu.

Antara yang menarik dua komen berikut:

MENGHARAP KEAJAIBAN ALLAH

Sudah tentu Yong juga mengharap keajaiban daripada Allah SWT. Walau tipis mana harapan itu, Yong tetap berharap. Walau Yong tiada kaitan langsung dengan mana-mana penumpang atau krew, Yong tetap berdoa...dalam kesedihan...

Tetapi yang paling celaka ialah status yang dibuat oleh makhluk ini:

MACAI TAK TAKUT DOSA 

Tiadakah sedikit cahaya dalam apa yang dibayangkan si macai ini? Sedangkan kita semua maklum, tiada bukti menunjukkan Kapten Zaharie (ahli PKR) adalah dalang nahas MH370. 

Tidak kira apa dukungan parti Kapten Zaharie, dia tetap seorang yang cemerlang dalan menjalankan tugasnya. 

Jika benar Kapten Zaharie telah pergi bersama-sama krew dan penumpangnya, tiada lagi kesempatan untuk macai memohon maaf kepadanya di atas kata-kata yang zalim dan menyakitkan hati keluarga Kapten berkenaan.

Seharusnya kita insaf, bala Allah dan kemalangan tidak mengira apa pegangan parti seseorang. 



6 comments:

  1. A'kum Yong

    Tak usah nak ambil pot sangat dengan makhluk jenis macai ni. Mereka sudah kekeringan otak kerana kekurangan zat iman!

    ReplyDelete
  2. innalillahiwainnalillahiraji'unn....al-fatehah
    hanya allah jua yang tahu apa sebenar yg berlaku!

    ReplyDelete
  3. dia buat onar dengan orang ramai, hanya orang ramai yang boleh memaafkannya kalau dia hendak bertaubat ..... JANGAN SESEKALI MAAFKAN DIA ......!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. mungkin yang memburukan imag pilot tu anak luar nikah kot.

    ReplyDelete
  5. Kesian...anak luar nikah pun perangai jauh lagi terbaeek dari mahluk yang jauh lagi bodoh...nak mampos. Sedih kata2nya seperti tidak berterima kasih dgn izin Allah ia hidup didunia dan tidak berterima kasih pada ibu yg melahirkannya

    ReplyDelete
  6. disaat dia melihat nyalaan api neraka..maka disaat itu dia mencari2 orang yang telah dia zalimi dengan kata2 fitnah untuk memohon maaf..maka disaat itu tiada lagi maaf baginya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.