Pages

Wednesday, 26 March 2014

SAMPAI MASANYA MAS BERSIHKAN NAMA KAPTEN ZAHARIE

Macam-macam teori konspirasi yang timbul dalam facebook dan blogs - ditulis dalam pelbagai bahasa. Siapa yang minat teori konspirasi itu, pergilah tanya pakcik Google.

Sekarang usaha sedang dibuat untuk mencari kotak hitam. Pencarian dibuat di Lautan Hindi kerana sekeping kayu pallet dan beberapa benda yang nampak macam tali pinggang dapat dilihat di sana (Baca: telegraph.co.uk). Itulah yang dilaporkan oleh media.

Maka gomen mengambil kesimpulan, penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi, yang membawa maksud, pesawat ini terbang tanpa minyak sebelum jatuh di selatan Lautan Hindi yang bergelora.

We are made to believe that!

Tetapi ada yang berpendapat pesawat ini mungkin jatuh di Andaman, dan hanyut sehingga ke selatan Lautan Hindi. Ini berdasarkan apa yang dilihat oleh seorang wanita dalam kapal terbang semasa perjalanan pulang dari umrah.

Pandangan ini juga tidak mustahil sebab pernah terjadi sebuah jeti hanyut ke Oregon dari pantai Jepun yang dilanda Tsunami (Baca: bbc.com/)

Tak kira di mana pesawat itu, walau apapun, sebaik-baiknya MAS jangan terseret dengan pemikiran macai yang memfitnah Kapten Zaharie, hanya kerana dia penyokong Anwar Ibrahim. Adalah lebih baik bagi MAS memulihkan kredibilitinya sebagai syarikat penerbangan yang menjalankan servis yang baik dengan membersihkan nama Kapten Zaharie. Ini kerana Yong pasti, 100% terdapat ramai lagi yang kini memegang jawatan utama, dalam syarikat swasta dan GLC adalah penyokong Pakatam Rakyat.

Adakah selepas ini apa sahaja malapetaka yang menimpa negara kita adalah salah Pakatan Rakyat? Jika kepala lutut macai-macai ini dibiarkan bercambah, adakah masyarakat antarabangsa akan mempercayai lagi perkhidmatan yang diberi oleh syarikat-syarikat Malaysia?

Jika dibiarkan penyakit memfitnah ini berleluasa, Malaysia akan menjadi bahan ridicule antarabangsa.

TIADA BUKTI

Selagi bangkai pesawat dan kotak hitam tidak ditemui, selagi itu kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370.

Menuduh Kapten Zaharie, atau membiarkan tuduhan tersebar tanpa pembelaan dari pihak majikan adalah amat mendukacitakan. 

Video ini hanya hiasan. Tiada kaitan dengan kes kehilangan pesawat MH370.

2 comments:

  1. inilah akibat memilih pemimpin yg punya seribu mcm masallah & rahsia di pegang olih kuasa besar..buat keje mcm nicollo machiavelli@ simulut iwk mamak madey dia suruh org lain buat pastu dia kutuk..kah3x taktik kurun 18 tapi mungkin baru pada yg otak macai.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum kak yong.

    it's a norm lepas ni berbulan-bulan le media akan main perasaan kita semua, ulang tayang cerita ni & kita diseru meratapi for as long as possible to countenance WHILE

    ... the truth remain unaccountable & those failure, weaknesses by the ignorance bigots at helm of power manage to break loose. As per usual.

    YB Raub, Dato' Mohd.Ariff Sabri, ada tulih benda ni... bila orang atas seperti Ketua Polis Negara & likes "dibolehkan pula buat speculation", hence whetting the media appetite to make up diversionary narrative & inferring Cpt. Zaharie as a "spacegoat".

    No wonder some "macai" would dare weighing the blame on Captain Zaharie ...It's really surreal...it's unjust to him & his co-pilot. Utterly BS.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.