Pages

Thursday, 24 April 2014

BILA ADA PEGAWAI TENTERA YANG CERDIK, MAKA PAKAT-PAKATLAH KERJAKAN DIA...

Terlanjur Yong ngomel bab pegawai tentera yang bodoh, menyeludup pistol, adalah adil kalau Yong berkisah juga tentang pegawai tentera yang cerdik.

Mula-mula Yong petik kisah ini dari TMI dulu:

Mejar Zaidi: Terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar

OLEH: LOOI SUE-CHERN
February 15, 2014

Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.

Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik. 

Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya dipertanggungjawabkan (TMI). 

MENGAPA TIADA SIAPA BERANI DAKWA DR HARON DIN (INSERT)

Rupanya berani, bercakap benar dan cerdik itu menjadi kesalahan bagi pasukan tentera Malaysia. Patulah ada mejar yang bodoh (baca di sini) dan timbalan menteri yang bodoh juga (baca di sini).

Tahap apa bodohnya timbalan menteri tu?

MENTERI CAP AYAM (ASTROAWANI)

Dalam kes Major yang ditangkap cuba menyeludup pistol itu, TUDM "dulu kemudian" (istilah orang Perak bermaksud dengan segera) buat statement katanya akan menjaga kebajikan keluarga yang dituduh.

TUDM MENGAMALKAN SIKAP PRIHATIN TERPILIH?

Tetapi dalam kes Major Zaidi, semua senyap sunyi. Takde sapa di pihak TUDM yang bercakap nak jaga kebajikan anak isteri Major yang cerdik dan bercakap benar ini. Seolah-olah confirm Major Zaidi bersalah. Confirm satu keluarga bersalah. Confirm pengkhianat negara.

Syukur! Malaysia masih aman!

ENDLESS POSSIBILITIES


10 comments:

  1. Replies
    1. Salam opisboi

      Kekadang kita ketawa kerana tidak boleh menangis

      Delete
  2. ingatlah kita kisah hang nadim, budak bijak di zaman silam, akal bijaknya membawa maut, dirantai kaki tangan di campak ke laut... dan sejaran itu nampaknya memang berulang2...dan kita jadi bangsa yang bodoh kerana tidak belajar memperbaiki diri, malah menambah2 lagi kebodohan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puspawangi

      Sepatutnya tidak berlaku di zaman modern yang penuh dengan manusia yang belajar tinggi sampai keluar negara...

      Delete
  3. D' Harun bolih buat selap mata tu . pas tengok lain umno tengok lain .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zainal abidin

      Silap mata kot mana tu? Kalau dia buat silap mata tentu dia dah menang dalam pilihanraya itu...

      Delete
  4. Mendedahkan dakwat kekal yg tidak kekal merupakan ancaman besar kpd pertahanan negara, mengatasi bahayanya jika ada pesawat yg boleh menerobosi ruang udara kita. Dgn pendedahan tersebutlah maka harga gula, minyak, tarif elektrik dll terpaksa dinaikkan, harga getah pula jatuh dan juga negara terpaksa berdepan dgn serangan GST. Ini telah menyebabkan rakyat termasuklah anggota tentera terbeban. Pd masa yg sama, pendedahan Mejar Zaidi juga menyebabkan scorpene malu untuk menyelam melakukan operasi search & rescue, sama ada laut itu dalam atau tidak.
    Menyeludup senjata oleh Mejar Mohd Faiz itu pula ada kebaikan yg tidak diketahui umum, kendatipun ia sebenarnya demi untuk keselamatan rakyat. Disebabkan ia telah terdedah maka penerangan perlu diberi. Sebenarnya ia boleh digunakan untuk menembak buaya, jika sekiranya bomoh tampar buaya sibuk atau keluar negara kerana misi tertentu.
    Itu pun rakyat masih tidak tahu 'bersyukur' kpd kerajaan yg ada hari ini.
    Note Bene: Kenyataan di atas telah dapat di'hack' dari pemikiran menteri atau bakal menteri cap ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Wow! Cerita miker ini boleh buat drama bersiri yang mengalahkan drama Taiwan, drama Filipina, drama Indonesia, drama Siam, drama Venezuela, drama Hindustan, drama Tamil dan drama2 Melayu.

      Mungkin Dallas pun boleh kalah...

      Kerana kemenangan Malaysia itu Obama pun mencemar duli datang ke Malaysia...Kahkahkah...

      Delete
  5. Salam kak yong.

    Haha ...i love it, mr. ahmad salleh...brilliant !

    Here we go again... cerita kartun dah mula. Yang jahat adalah sapa saja yang berani cuba mendedahkan kelemahan sistem & mekanisme badan kerajaan yang tertentu & kesalahan kepimpinan seseorang. The rest we know too well the ending of the story. Kepimpinan elit tentera pun dah ikut rentak UmNo jugak ke? Suka sangat pancung orang yang only exercising his rights, meluahkan perasaan ikut channel, pun jadi salah? Sudah sudah le menganiya orang.. insaf le wahai penzalim yang gila kuasa.

    Dun'ya nak kiamat ghope ni le. Hanya orang yang benak hati@ buta mata hatinya saja akan "mera$ionali$ikan" tindakan yang zalim, seleweng, rasuah, jenayah orang atasan kerajaan sebagai wajar & tepat. They can't think straight no more.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah3x..koh3x..kih3xx..sukenye ati teman tak lame lagi kita sumua kene juai kat obambamma.tima kasih geng otak burung unta

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.