Pages

Tuesday, 22 April 2014

YONG TAK PERCAYA ADA PEGAWAI TENTERA MALAYSIA YANG BODOH MACAM INI

Bila baca paparan dalam akhbar, Yong macam tengok TV cerita "Ironside" pulak. Cuma cerita ini takde siapa yang mati.

Yong tak tahu nak kata Mamat ini bodoh macam mana...

Adakah dia bodoh kerana menyeludup pistol sedangkan dia tahu perbuatan itu salah?

Adakah dia bodoh kerana tertangkap menyeludup pistol sedangkan dia tahu perbuatan itu salah?

PERBUATAN ITU MENYUSAHKAN KELUARGANYA

Yang paling bodoh ialah perbuatan itu menyusahkan keluarganya.

Bayangkan ye...

Seorang penjawat awam yang didapati bersalah dan dipenjara akan kehilangan pencennya.

Walaupun Yong berpendapat yang bersalah patut dihukum, tetapi Yong berpandangan hukuman penjara disertai dengan hilang wang pencen itu bersifat double jeopardy. 

Yang bersalah dihukum penjara sudah cukup menyiksa keluarga yang ditanggungnya. Tetapi hukuman itu ditambah dengan kehilangan pencen adalah tidak adil. Ini kerana ia bukan hanya telah menjadikan penjawat awam itu dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama, tetapi peraturan ini juga menghukum keluarganya secara berterusan...Sedangkan keluarganya tidak bersalah.

Hukum hudud tidak begitu rasanya.

Yong berpegang pada prinsip: Setiap manusia ada hak untuk pemeliharaan diri (self preservation).

Bagi yang pakar hudud, mohon pencerahan...

14 comments:

  1. A'kum Yong

    Bodoh atau besar kepala?
    Mungkin dia merasakan boleh berlagak seperti di dalam negara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Adakah kerana bodoh juga MH370 dikesan tapi dibiarkan ghaib?

      Delete
  2. agoknya ahli seumur idup umno kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Yong bersangka baik le... Mungkin masalah sosial deviant dia sendiri... Apapun, kita harap dia menerima penghakiman yang adil dan insaf.

      Delete
  3. Macam ada sesuatu yg tidak kena, sama ada major itu melakukannya secara bersendirian atau diperkenakan sedemikian. Mungkin juga ada tekong disebalik semua itu, contohnya kirim untuk membelikan satu barangan. Jika dia dlm keadaan sedar melakukan kesalahan, anak dan isteri juga terpaksa menanggung akibatnya.
    Kemudahan pencen adalah mengikut batang tubuh penjawat awam yg masih hidup, melainkan mati semasa dlm tempoh perkhidmatan, barulah ganjaran pencen terus dibayar pd isteri atau anak bawah umur. Itu pun hanya jika setelah memasuki skim pencen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Apa benda yang tak sedarnya? Dia baru habis training di US tu. Dia dah mengaku membeli dan cuba menyeludup pistol.

      Ini bukan zaman dulu di mana seseorang boleh keluar masuk negara membawa keris...

      Bab dia buat sendiri atau diminta oleh orang lain, tak tahulah...

      Mengapa dia tak beli di Siam jer???

      Delete
  4. Sdr. Ahmad Salleh

    Persoalan tuan punya rumah adalah tahap cerdik pegawai ini dan akibat dari apa yang dia lakukannya adalah penderitaan keluarga tanggungannya berpanjangan sekiranya didapati bersalah bukan masalah siapa yang berpencen atau tidak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Takpelah...Encik Ahmad Salleh nak bagi tahu secara umum bila dan bagaimana pencen boleh dipotong setelah dijatuhi hukuman bagi penjawat awam...

      Delete
    2. Terima kasih sdr mountdweller. Perihal tahap kecerdikan major telah dikupas oleh tuan rumah. Jadi rasanya tidak perlu menjadikan ianya redundant dan repetition. Perkara melibatkan pencen juga ada disentuhnya, alangkah malang nasib tanggungan major itu. Dlm isu ini sayangnya, tiada jalan untuk tanggungan menikmati faedah kemudahan pencen.

      Delete
  5. Trap?
    4 pertuduhan jadi 1 aje?
    Mereka dah dapat maklumat ketenteraan?
    Macam2 boleh jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous

      Berfikir di luar kotak? Hmm...

      Delete
  6. Wsalam yong intan, maaf saya sering keluar dan memandang kedalam.
    Waktu diluar negara, saya meneliti sebenarnya orang luar kutuk malaysia.
    Sayang sekali, atasan kita saja yang sering rasa perfect.
    Kasihan malaysia ku sayang

    ReplyDelete
  7. atau yg ada difikirannya mahu menunjuk sistem keselamatan usa boleh dikaburi dengan percubaannya....

    ReplyDelete
  8. Saya tak tau nak cakap apa. Rasanya latihan yang diterima sebagai tentera menyebabkan tentera kehilangan kewarasan dalam diri. Dan mengakibatkan major ini cuba menyeludup senjata.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.