Pages

Wednesday, 7 May 2014

JANGAN PERCAYA! DIA BUKAN SETIAUSAHAKU... KAHKAHKAH!

Mula-mula mamat ini tulis begini:

MACAMLE WANITA/PUTERI UMNO TAK BERDEMO?

Lepas itu dia cuba menambah hujah:

SU ILMU YANG MULUT JEGHABEI

Tetapi dia dikecam hebat oleh Ustaz Asri (baca di sini):

JOM PAKAT BELASAH BUDAK TAKDE ADAB TU, DR ASRI!

Tetapi yang anehnya, Fathul Bari tak mengaku mamat yang memakai nama Abu Amru Radzi Othman Setiausaha ILMU!:

SAHIH KE TIDAK KENYATAAN INI?

Bukan kita yang kata Abu Amru Radzi Othman ini Setiausaha ILMU. Tapi dia sendiri yang mengaku:

TUDIA SIAP DENGAN CAP MOHOR!

Agak-agak komer kenapa Fathul Bari sampai sanggup disown mamat ni erk? Adakah kerana ini?:

POMPUAN UMNO BERDEMO (SUMBER)

Tolong jawab. Yang berdiri di belakang pompuan-pompuan yang tengah demo tu bukan lelaki ke? Kalau bukan lelaki, mungkin pondan.

Takkan Fathul Bari sampai hati nak kata pendemo wanita UMNO itu pelacur, kan?

TAKAT MANA NAK NAFI FATHUL BARI?

ENDLESS POSSIBILITIES

12 comments:

  1. ilmu mungkin banyak tetapi akal mungkin dengkel dan hidayah pula sudah jauh .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rantai

      Baik taubat dan minta maaf semasa masih ada hayat. Itu jer komen Yong.

      Delete
  2. Terdapat hanya dua kemungkinan utama sahaja yang menyebabkan akhlak dalam percakapannya itu jadi amat biadab sekali, iaitu:

    1. Tidak/Kurang dididik oleh kedua ibu/bapanya supaya berakhlak baik sentiasa, dan/atau
    2. Ibu/bapanya mempamerkan perilaku tidak berakhlak di hadapannya untuk dijadikan ikutan.
    Pengecualian:-
    a) Orang yang tidak waras atau tidak normal akalnya SAHAJA.
    b) Sedang berlakon contohnya dalam drama, dengan watak begitu.

    Sekiranya BUKAN kerana salah satu sebab tertera di atas, sama ada rakan2, guru2, media dan hatta syaitan sekalipun, tidak mungkin dapat mempengaruhi seseorang yang berakhlak baik dengan pekerti mulia bertukar menjadi sebaliknya. Orang bukan Islam yang terdidik akhlaknya (pada mereka disebut moral atau sivik) oleh ibu/bapanya, tidak akan melakukan kebiadaban seumpama itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Dia masuk kedua kategori a) dan b).

      Delete
  3. agama apabila berada ditangan yang hak, indah jadinya...tapi bila berada ditangan yang tak layak, buruk kelihatannya.Ulama UMNO(Ulama masuk bakul angkat sendiri???) Radzi menunjukkan betapa DIA UMPAMA BEROK dihadiahkan bunga...akan dijadikan alat menggaru gatal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mansor

      Bila UMNO jadi tuannya, itulah jadinya...

      Delete
  4. Salam Yong,
    Ilmu banyak tak semestinya iman sempurna sebab itu kita pohonkan iman yang sempurna.Si Munafikpun beriman juga, malah bersolat di belakang Nabi lagi,seperti Abdullah bin Ubai (Penghulu munafik).
    Di universiti-universiti di Barat,pensyarah yang mengajar perbandingan agama ramai orang Yahudi malah ramai yang hafal Al Quran.Apakah tidak lebih berilmu daripada setiausaha ILMU ini?Mereka tetap juga kafir dan menulis menghentam dan memburukkan Islam.Ulama silam telah mengingatkan,jangan kau hampiri istana, yang dikhuatiri dan ditakuti duit tak seberapa yang diperolehi, Iman makin menipis.Tk.Yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nazi kelawar

      Ya. Tepat sekali. Ada di antara ilmuan kita di Malaysia yang memperolehi Masters dan PhD dari pensyarah kafir di luar negara...

      Malangnya yang dapat ilmu dari pensyarah Islam pun sama ngoknya. Amacam?

      Delete
  5. Cuba tanya pak pak arab, kalau jenis jubah yang lengan pendek tu kaum macamana???

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Yong.

    Usah dilayan orang gila (kuasa, populariti a.k.a. attention seeker & else).. kita boleh jadi gila dibuatnya.. hehe.

    Debat/ muzakarah pun kena tengok tahap mentaliti/IQ/EQ/SQ orang yang mengkritik/ bertanya, kalau boleh bagi pencerahan, peringatan kita buat le secara berhikmah.

    Kalau le muslimat berdemo jalanan tu memang sah nampak sangat berakhlak buruk, terpekik telolong, pukul anggota polis anjing ke atau dia ketuk kepala anjing polis ke..tu pun TAK BOLEH lagi dikiaskan sebagai "pelacur" !!

    Baik dia pegi rujuk Dr. Mashitah definasi "pelacur" ni!!

    Biasa le tu orang berdemo sebab dia tak puas hati, mesti le ada emosi sikit sebanyak tapi masih dia "muslimah" sebab zahirnya dia tutup aurat penuh. Mana ada orang berdemo sebab dia puas hati, seronok dengan sesuatu perkara? Tu perarakan le namanya tu...lagi pun kita tak sokong "muslimah" yang pegi berdemo..kita sokong the course of the event !! ..apa susah sangat deme nak paham? haha

    Apa tak kata muslimah tu buat kerja subversif perlu dicop sebagai "Bughah" saje...maka halalkan darah deme untuk dikorban.. ditembak saje ke? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Hahaha...Rujuk pada Dr Mashitah itu satu analogi yang terbaik.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.