Pages

Tuesday, 6 May 2014

MASIHKAH ADA YANG PERCAYA MANGGIS ITU TELAH DIMAKAN IKAN PAUS DI LAUTAN HINDI SELATAN?

Semakin lama semakin hancing baunya skrip kehilangan pesawat MH370. Itu saja yang kita dapat rasa dari ratusan juta RM yang dikeluarkan untuk mencari pesawat yang penerbangannya berakhir di Lautan Hindi selatan (Baca: bukan terhempas, atau meletup atau semua 239 anak kapal dan penumpang terkorban). Akhiran manggis tidak disebut...

Kelmarin bersilat lagi Hishamuddin menjawab soalaan-soalan...

Kali ini Malaysia membawa backup dari China dan Australia. 

Yang menarik perhatian Yong ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss. Seperti yang dipetik oleh Guardian, Katanya:

“It’ll also look again at the satellite information that has been accumulated so that we can make sure that it’s been accurately interpreted, whether it should lead to some further search for information, and look generally at the way in which we’ve been able to extrapolate from the hard information that’s been received to actually identifying a search area.”

Komer faham ke apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri Australia tu?

Yong idak le faham...

Jadi Yong tanya Pakcik Google. Ini jawabnya:

"Ia juga akan melihat sekali lagi pada maklumat satelit yang telah terkumpul supaya kita dapat memastikan bahawa ia telah dengan tepat ditafsirkan, sama ada ia perlu membawa kepada beberapa carian lagi untuk maklumat, dan melihat secara umumnya pada cara di mana kita telah dapat membuat penentuan berasaskan maklumat keras yang telah menerima untuk benar-benar mengenal pasti kawasan carian. "

Foyooh! Boleh tahan juga artificial inteligence Pakcik Google ni... 

Apa sebenarnya dalam bahasa mudah MAKSUD Timbalan Perdana Menteri Australia itu?

MAKSUDNYA: Ada kebarangkalian maklumat satelit Inmarsat tu tak tepat TIPU. Oleh kerana maklumat itu TIPU, maka tafsirannya juga TIPU. 

Noktah.

Ikut suka komer kalau masih percaya MH370 tenggelam di Lautan Hindi Selatan. 

Yong tak baca buku tulisan penulis kontroversi Syed Hussein Al Atas. Yong dah lama tak percaya 4 tan manggis tu jatuh di Lautan Hindi Selatan. Jadi, soal manggis itu tidak ditemui kerana semua sudah dimakan oleh ikan paus adalah tidak relevan.

Yong kesian pada Hishamuddin. Malang sungguh nasibnya...Bila dia pegang pertahanan, penceroboh Sulu bertandang di Lahad Datu. Bila dia pegang pengangkutan, pesawat hilang. Nasible. Kata orang kekasih boleh dipilih, tapi sedara tak boleh... 

SEBAB INIKAH GST TU MESTI DILAKSANAKAN?

Memang Yong amat simpati terhadap waris kepada 239 yang masih belum ditemui. Yong rasa berat nak menulis mengenainya...Tetapi, kalau Yong tak tulis, mungkin MH370 akan dilupakan.

Mujurlah lidah Hishamuddin petah cakap omputih. 

Tetapi, tidak dapat dielakkan, penyakit pun ada yang jenis genetic.

Yang faham tu faham le yer...

CAKAP BERBELIT-BELIT

Bagi yang ingin refresh apa Yong kata sebelum ini:


Teringat pulak pada pantun dua kerat yang cikgu BM ajar di sekolah rendah:

Siakap senohong gelama ikan duri,
.......................................................
(Komer fill-in the blanks sendirilah).

7 comments:

  1. Assalamualaikum Yong,

    Begitu lah jadi nya kalau satu satu perkara itu nak di tutup kesahihan nya. Berbohong memanjang. Jangan lupa manifesto PRU 13 dulu, tanpa segan silu puak puak yang tak bermaruah ini sanggup melanggari akur janji yang mereka "CIPTA" sendiri. Kesah misteri MH 370 ini lagi mudah lidah yang berbelit belit itu mengolah cerita, maklum lah kebanyakan rakyat Malaysia mudah terpesona dengan kata kata yang keluar dari mulut busuk mereka yang di anggap "KETUA". Pada mereka kalau ketua misti mempunya kuasa istimewa dari segala gala makhluk yang melata di muka bumi ini.

    Bukan kah ikan paus itu makan daging, bila pulak dia makan buah buahan. Tak tau lah kalau ikan ikan puas itu silap pandangan, buah manggis itu di sangkakan buah buah "CIKU" Najib dan Hishamuddin. Agak nya untuk cover kos "MENCARI" MH 370 maka GST perlu di kenakan.

    "Ya ALLAH di manakah agak nya MH 370, anak anak kapal dan para penumpang nya. Hati ku berat mengatakan bahawa MH 370 itu di sorok dan kesemua manusia yang berada di dalam nya selamat. Namun begitu Ya ALLAH Kau lah yang maha mengetahui. Sebagai mana yang Kau telah tunjuk kan semasa pencarian melintasi Igari dengan mengkomform kan bahawa 21 telaga minyak yang terdapat di kawasan itu ada lah milik Negeri Kelantan. Hamba Mu yakin bahawa cerita MH 370 yang kerap berubah ubah menyerupai royalti untuk Negeri Kelantan yang di nafi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Saadun

      Tulisan miker amat menyentuh hati.

      Tetapi hati batu UMNO mungkin tidak ada rasa apa-apa.

      Yong juga percaya anak kapal dan penumpang disembunyikan. Tetapi tak tahu di mana... Mungkin waris juga terasa begitu. Waris tentu memiliki hubungan yang istimewa dan lebih rapat dan dapat "merasai" sama ada tersayang masih ada di dunia ini atau telah pergi mengadap Ilahi.

      Hari-hari Yong berdoa supaya demer selamat kembali...

      Delete
  2. Masih ingatkah lagi, ada seorang menteri sebelum 8/3/14 pergi meninjau ke Antartika, mungkin untuk pembukaan ladang manggis di sana, agaknya. Manggis2 itu ditanam di bawah lapisan ais dan tidak perlu pengairan, itulah sebabnya ia tidak ditemui di lautan. Jika usaha itu berjaya mengeluarkan hasil besar2an nanti, dapatlah kita menikmati isi manggis yg dingin segar terus dari ladang. Bayangkan betapa enaknya terutama jika isi manggis yg dingin gebu mulus ini, dihidang sebagai juadah berbuka puasa beberapa tahun akan datang. Disebabkan ini projek rahsia, mana boleh dedahkan perkara sebenar.
    Teman dah pikiyo di luwo kotak dan juge dalam kotak, itu je yg mampu teman bekabo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Skrip asyik ditukar...Kejap kata ada debries, kejap kata mati, kejap kata hidup, kejap ada ping, kejap dah tenggelam, kejap nak tengok balik data...

      Kejap kirim fatihah, kejap kata syahid akhirat...

      Kejap kata manggis, kejap kata bateri...

      Obama datang, orang yang nak berjuang untuk syahid ditangkap.

      Endless possiblilities.


      Delete
    2. Dah mereka tu lemparkan hal2 dongeng dan karut, tentu yg melantun balik adalah dongeng dan karut juga. Contohnya jika dilemparkan getah buku, yg akan melantun semula tetap getah buku, tak kan Hasan Malik pula yg melantun balik. Mereka memperbodohkan kita semua dan mereka pula spesis bodoh yg tak boleh diajar. It is a paradox.

      Delete
  3. Salam kak yong...

    me echo that sentiment... Deme PM Aussie pun macam dah "give-in" selepas deme "tunjuk pandai" in leading the SAR... hampeh! Tapi deme untung le jugak berapa juta dollar & dapat pulak free "global publicity".

    haha... apa lagi Malaysia tunggu, dah kena main & lagi nak caya deme??

    " ... (IF) we’ve been able to extrapolate from the hard information that’s ... " beacons their white lies... an utter rubbish, BS, i must say!

    IF ONLY our Air Force TUDM back then lekas lekas take off pegi monitor apa ke "mysterious commercial plane" yang buat "air-turnback" lalu sempadan negara kita, kan senang... tak payah Aussie, Jepun, India, China tolong SAR MH370?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Bila cakap guna bahasa bombastic dan berbelit-belit, kita tahu ia temberang. Titik.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.