Pages

Thursday, 3 July 2014

GEMPAR! TIADA MAAF BAGIMU FACEBOOK

Ramai pengguna-pengguna laman sosial popular, Facebook tidak sedar bahawa mereka telah dijadikan bahan kajian psikologi oleh Facebook:

FACEBOOK JAHAT DALAM BAIK

Menurut portal berita CBC NEWS, pihak pesuruhjaya maklumat, UK tetap meneruskan siasatan terhadap Facebook walaupun Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg, memberitahu rangkaian televisyen NDTV di India:

"we clearly communicated really badly about this and that we really regret." Later she added: "Facebook has apologized and certainly we never want to do anything that upsets users."

Maknanya Facebook mengaku tidak pernah memaklumkan pengguna mengenai kajiannya dan memohon maaf.

Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2012.

Para penyelidik memanipulasi suapan berita kira-kira 700,000 pengguna yang dipilih secara rawak untuk mengkaji kesan "penularan emosi," atau bagaimana keadaan emosi dipindahkan kepada orang lain. Penyelidik berkata, bukti-bukti menunjukkan bahawa penularan emosi berlaku tanpa interaksi secara langsung antara manusia dan "dalam keadaan tiada langsung isyarat bukan lisan."

Pejabat Pesuruhjaya Maklumat, UK sedang meneliti sama ada facebook telah melanggar undang-undang perlindungan data, European Union.

Walaupun dapatan itu mungkin memiliki nilai saintifik mengenai kelakuan manusia, tetapi disebabkan kajian tersebut dijalankan tanpa pengetahuan pengguna, ia dianggap tidak beretika. 

Bermacam-macam manipulasi boleh dilakukan oleh pihak yang memiliki hasil kajian untuk menjaga kepentingan perniagaan Facebook.

Adakah rakyat Malaysia terjejas? Siapakah 700,000 pengguna itu? Mungkin kita salah satu daripadanya. Mungkin tokoh-tokoh korporat.  Mungkin penguasa keselamatan. Mungkin pemimpin-pemimpin kita.

Sudah tentu kajian ini amat merbahaya kepada keselamatan awam, jika hasil kajian mendedahkan keadaan "vulnerability" (kelemahan) pemimpin-pemimpin negara.

Bagaimana jika hasil kajian jatuh ke tangan penjahat (atau negara pengganas) dan identiti 700,000 pengguna dikenali oleh penjahat?

Apakah tindakan yang akan dijalankan oleh pihak Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK setelah siasatan selesai?

Pandai-pandailah kita melindungi diri. Seharus kita berhati-hati ketika menggunakan Facebook supaya emosi kita tidak dijadikan bahan untuk dimanipulasi oleh pengkaji yang tidak dikenali. 

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.