Pages

Tuesday, 1 July 2014

YONG TAK BERANI MACAM USTAZ INI

USTAZ MOHD LOTFI ARIFFIN

Mungkin kalau ada apa-apa terjadi kepada umat Islam di Malaysia, Yong boleh bergantung kepada orang yang ada karektor seperti ustaz ini.

Tak payahlah kita nak beretorik pertahankan Islam, tetapi menerima perbuatan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Awal-awal lagi ustaz ini sudah meletakkan jawatan dalam PAS kerana tidak mahu melibatkan partinya dalam keputusan yang dia ambil untuk berjihad di Syria.

Yong respect ustaz ini. Dia dah jelaskan apa dia buat di sana:

DIA KE SANA BUKAN BERPERANG SAHAJA (SINAR HARIAN)

Ada yang kata dia militan. Ada yang kata buat apa cari mati di negara orang. Ada yang kata baik buat jihad ekonomi.

Alahai...

Jihad ekonomi tu Yong sokong 100% juga. Macam-macam jenama katanya jihad ekonomi 
- TEKUN,
- AZAM...dll

Nama bunyinya canggih-canggih belaka.

Tapi kalau datang dari mulut orang yang mengejek ustaz itu, atau suku-sakatnya Yong langsung tak yakin.

Tak yakinpun 100%

INI KIRA JIHAD EKONOMI?

Tak payah cakap banyaklah. Macam mana kita hendak berjihad ekonomi? Tiada sampel mantap yang boleh dibuat contoh:

WAH! BANYAKNYA DUIT UMNO

Semuanya wajar bermula dari atas:

JIHAD EKONOMI PADA BILANGAN MENTERI?

Mungkin bilangan menteri tak patut dibandingkan dengan negara kaya seperti USA, Jepun dan UK. Tapi boleh banding dengan Peru yang penduduknya sama ramai dengan negara kita.

Jika tak berani buat macam ustaz ini tak payahlah kita memperlekeh tindakannya.

Lebih baik jika kita berdoa mudah-mudahan seluruh umat Islam di Dunia kembali aman dan dapat mengamalkan tuntutan agama tanpa sekatan dan tekanan.

16 comments:

  1. Terbaekkkkkkkkkkkkkk !!! mohon share boleh ??

    ReplyDelete
  2. salam yong,aku memang tak setuju apa yg berlaku di syria dan iraq tu,mereka konon2 pergi berjihad ,apa keh membunuh org2 islam itu di namkan berjihad,adakah kompom mem bunuh org2 syiah tu dapat pahala,apakah klu mati boleh dikira mati syahid,apakah kompom syiah tu kapir,adakah ayat quran yg menghukum syiah tu kapir,adakah hadith yg keluar dari mulut rasulullah yg menghukum org2 syiah itu kapir,berani ke yong mengatakan kumpulan2 isis dan di turuti ustaz2 dan wahabi dari malaysia yg menuruti kumpulan al qaeda yg di biayai kerajaan saudi yg juga penaja penganas al sisi di m esir yg telah merampas kuasa dari kerajaan islam ikhwanulmuslimin yg telah meruntuhkan satu2nya kerajaan islam ahlussunnahwaljamaah yg telah di pilih oleh rakyat mesir,kerjaan toghut morsi yg telah memrampas kuasa secara ganas dan m embunuh secara kejam rakyat mesir dan penyokong2 ikhwan muslimin,kejatuhan kerajaan islam morsi ini di sokong kuat oleh parti salafi mesir yg berfahaman wahabi dan di taja habis2an oleh raja saudi yg telah menyumbang 3bilion dolar amerika pada al sisi dan juga beberana negara teluk macai2 kerajaan saudi,mereka2 ini ada lah penaja 2 kumpulan alqaeda yg sedang membunuh dgn kejam dan menghuruharakan dan menumpahkan darah di bumi iraq dan syam atas alasan memerangi golongan syiah,APA KAH SYIAH ITU KAPIR.....apa kah yong juga berani mengkapir syiah,org2 yg bermazhab syiah berjumlah lebih 200 juta,klu syiah tak kapir...cuba bayangkan agak siapa kah yg kapir........jgn kita berbangga dgn pembunuhan sedang bermandi darah di sana,nabi doa org islam yg berhunus pedang yg di bunuh masuk ne raka dan yg terbunuh pun masuk neraka,walwahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong terbitkan pandangan kamu supaya satu dunia boleh baca. Semua orang berhak memberi pandangan.

      Baca N3 Yong yang lepas. Ada Yong menghina atau menggelar syiah tu kafir?

      Yang ditentang ialah kekejaman! Walau di bumi manapun.

      Delete
  3. tq tuan blog.

    bagi yg mengatakan ust begini bahaya jika balik, itu adalah fikiran dangkal dan munafik. jika dia nk menganas, tk perlu pergi syria, dulu lagi boleh buat kt malaysia.

    pejuang jihad memang tidak memikirkan utk balik kampung kerana mereka berhajat balik kampung syurga. bukan kah pergi berjihad memikul senjata itu seperti sain mati. jika tk berani mati dan masih cintakan dunia mcm kita ni, takkan lah nk pergi ke sana.

    kepada pemimpin negara,

    ketika bencana tsunami, MH370 dll, byk negara membantu, tidak pula dikatakan mereka bodoh campur tangan negara orang. malah malaysia juga atas PBB menghantar tentera utk terdedah kpd mati dinegara yg tidak ada pak penakan kita pun kt sana.

    malah tentera kita berperang memnyelamatkan tentera kafir US dlm peristiwa Black Hawk Down di Somalia, takde yg bantah dgn hujah2 agama pun, takde fatwa pun.

    bila pergi memberi bantuan ke pelarian palestin, bosnia dll tidak ade yg bantah pun. tiba2 ust ni pergi memberi BANTUAN KEMANUSIAAN MENYELAMATKAN MANUSIA ISLAM daripada ancaman binatang2 bashar syiah, maka ramai pula tanduk2 yg komen.

    bygkan saudara2 kita di sana disembelih, dirogol, dibunuh, bangunan dan masjid dibom dan dipaksa sembah berhala bashar, maka kita melawan membela diri... tiba2 kita dituduh TERRORIS. bukankah org yg berkata begitu tidak siuman namanya.

    mati adalah pasti, biarlah mati dalam membela kebenaran

    ReplyDelete
  4. memang terbaik, kamu yang rasuah kami yang tanggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat. Dah menang pilihanraya...

      Delete
  5. PEPAT DILUAR RENCONG DIDALAM....Itulah Islam yg diamalkan diMalaysia. Semoga yg memahami erti Islam yg sebenar tidak ternoda dg puak2 ni. Erti JIHAD diputar belitkan seperti PENGGANAS yg dilabelkan kpd penentang PENJAJAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mohon perlindungan Allah supaya rakyat tidak dihukum kerana kebejatan pemimpin.

      Delete
  6. DeeDee Yong...

    Nasib baek gua dah tamat perkhidmatan... Kalu tak.... hehehe...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  7. wakakakakaka hanya pandai buat posting je,tapi kosong mcm kelapa komeng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya Yong tak masuk rumah orang dan menghina tuan rumah.

      Delete
  8. bloger ni hebat tapi otaknya menguncup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kehidupan kamu terang benderang cikmat gelap!

      Delete
  9. salam yong,aku masuk rumah org beri salam juga,tapi isis ni nak pi mekah dan berniat sungguh nak robohkan rumah ALLAH tu apa ke benda perjuangan apa ke nama pulak tu,aku nak tanya apa kah puak2 pembela wahabi isis ni setuju dan redha dgn niat puak2 wahabi sesat ni nak robohkan kaabah,maaf yong klu aku ni gelap sekali pun tapi hati dan otak aku terang,klu ada org kata ustaz2 wahabi dari malaysia nak pi bantu rakyat2 di syam dan iraq,buta ke mata dan buta ke hati,ustaz2 ni bukan pegang guni2 beras dan gandum akan tetapi mereka pegang senjat2 api dan mereka2 berasa bangga dgn melakukan kemusnahan di sana,lihat banyak video2 kemusnahan yg berlaku dan tak hiba ke hati lihat tangisan anak kecil dan ibu2 yg kematian ahli keluarga,apakah macai2 yg berbangga dgn ustaz2 yg konon pergi berjihad tu mengebom rumah2 org awam dann memusnahkan kehidupan manusia yg di namakan insan,apakah ahli keluarga dan sahabat handai ustaz2 ni berasa bangga dgn ustaz2 ni mati kelak sebagai pemusnah satu tamadun manusia yg di nama insan,bangga ke pemuja2 jihad yg konon2 akan dapat pahala syahid dgn membunuh org2 islam yg tak bersalah,dan apa kah kamu2 macai penyokong2 isis golongan wahabi sesat ni yg berikrar nak merobohkan kaabah rumah ALLAH,apa dah jadi ni.....woi manusia2 pemuja kesesatan ...se dar lah...insaf lah.... RUMAH ALLAH nak di runtuhkan dgn hujah bahawa org2 pergi menunaikan fadhu haji tu ....di katakan penyembah batu....nauzubillahiminzalik....apa dah jadi ni....sunnah ke tu....dulu golongan syiah qaramitah yg ghulat sesat dari baharin dan yaman datang berperang di kota suci mekah dan dapat menawan kota mekah pun tak berniat dan tak berani merobohkan dan merosakkan kaabah....ini al qaeda wahabi isis sesat ni yg sangat2 di bangga kan oleh pemuja2 wahabi nak runtuhkan kaabah.....kamu setuju dan redha ke.....baik le cepat kita tobat.....perbetulkan niat kita,astagafar banyak2 sebelum nyawa sampai di halqum......yong aku mintakmaaf krn masuk rumah kau tanpa izin tapi di sebabkan hati aku terdetik....aku menanggis melihat kemusnahan yg berlaku di sana,bukan kemusnahan dari puak kpir tapi yg melakukan kemusnahan dan pembunuhan yg menyayat hati iti ialah di lakukan oleh org2 yg mengucapkan kalimah LAILLAHAILLAH MUHAMMADARRASULLAH..ya ALLAH kau beri lah kami petunjuk mu yg ALLAH,wassalam yong dan maaf klu terkasar bahasa dan bersikap agak biadap dan keterlaluan

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.