Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 18 October 2014

WAHAI ANAK, PERJUANGAN ITU TIADA SKIM PERSARAAN (VIDEO KENYATAAN ANWAR IBRAHIM DI UK)


SUMBER VIDEO

Berikut ialah surat terbuka daripada Koordinator Pusat LENSA, Ekhsan Bukharee (Komen dihujung): 

SURAT UNTUK ANWAR IBRAHIM “BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT NAMPAKNYA SUDAH LETIH”

28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Sama ada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini? Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri.

Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.

Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari ‘sebelah sana’ yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional? 

Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.

Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.

Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalan raya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?

Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri.

Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA.

Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara.

Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah ‘Semua Salah Anwar’ sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.

Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang.

Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.


Mula-mula Yong mengucapkan syabbas kepada kumpulan anak muda LENSA kerana berani menegur pemimpin-pemimpin negara.

Yong baca surat ini dengan rasa sedih. Bukan sedih kerana mungkin benar Anwar Ibrahim akan ke penjara lagi. Tetapi sedih kerana anak muda ini masih tidak memahami apa erti perjuangan.

Perhatikan pemimpin politik di seluruh dunia di era modern ini:

Nelson Mandela bersara dari politik selepas dia berjaya memerdekakan Afrika Selatan dan menghapuskan dasar apartheid. Itupun, dalam persaraan, dia tidak duduk diam. Dia terus bercakap menentang kuasa-kuasa barat, sehingga ke akhir hayatnya pada usia 95 tahun.

Yasser Arafat, disebalik perjuangan politiknya yang kontroversi, tidak pernah bersara sehingga dia meninggal dunia pada tahun 2004. Usianya ketika itu 75 tahun.

Mohamed Morsi, kini berusia 63, Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi masih lagi dalam tahanan. Mungkin sedang menghadapi hukuman mati. Adakah dia akan memilih tawaran pangkat atau bersara?

Dr Burhanuddin Al Helmy, pejuang kemerdekaan, juga tidak pernah bersara, walaupun telah di penjara oleh British dan Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 akibat penderitaan penyakit kerana seksaan di penjara.

Mungkin para sejarahwan boleh beri nama-nama pemimpin dunia yang hebat yang mengakhiri perjuangan dengan kematiannya, bukan persaraannya.

Jelaslah surat itu datang daripada suara anak yang letih.

Tetapi sebagai anak muda yang banyak tenaga, istilah letih tidak wajar keluar dari mulutnya. Orang tua seperti Anwar Ibrahim tidak letih. Kenapa kamu letih? Usia muda adalah anugerah Allah untuk dihayati sepenuhnya. Hayatinya dengan semangat juang - bukan dengan despondency (kesedihan dan keletihan).

Jika tidak mahu pergi bersolidariti dengan Anwar Ibrahim pada tarikh berkenaan, tidak usah pergi. Tetapi jangan patahkan semangat anak muda lain yang nak pergi.

Jangan patahkan semangat orang lain yang sedang berjuang untuk menghapuskan kezaliman.

Belum lagi sampai masanya kamu patut berkata "Letih."

Fikirlah! Adakah kesengsaraan rakyat masakini akan berakhir jika Anwar Ibrahim bersara?

TIADA ISTILAH BERSARA BUAT PEJUANG, WAHAI ANAK.


13 comments:

  1. DeeDee Yong....

    Pada pandangan peribody (betul .. gua tulis peribody) gua... Gua tetap memperjuangkan kepentingan golongan Mustad'afin yang ditindas oleh dua-dua puak (BN dan PR) .... dan selagi golongan Mustad'afin tidak dapat dibebaskan.... selagi itu gua takkan letih....

    InsyaAllah

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      InsyaAllah. Semoga kita semua diberi kekuatan

      Delete
  2. Agak mengecewakan semangat segelintir anak muda era selepas 1998, cepat patah semangat juang, kerana mereka tidak merasai kemanisan berjuang dan hidup dalam zon selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tok janggut

      Parents jugak terlalu protective dan mengongkong.

      Delete
  3. Salam Yong....

    Syabas Yong....begitu cara berfikir....orang muda ni gopoh...gelojoh dan mudah tewas...tapi kalo orang tua macam hj Bakhil ni....ganteng...sabbar dan mampu bertahan dan tak mudah mengaku kalah cukgu Murni....kah kah kah....

    Jika DSAI bersara dari perjuangan ini, dan tatkala Malaysia sudah hancur lebur, negara sudah bangkrup dikerjakan rejim BN dan masyarakat porak poranda....barangkali bebudak LENSA ni suatu hari akan menulis begini pula....

    SAYANGNYA ANUAR IBRAHIM MEMILIH UNTUK BERSARA ....TERNYATA BELIAU KELETIHAN SETELAH BLA BLA BLA...PERJUANGAN RAKYAT UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARI BN TERGENDALA BLA BLA BLA ....".....

    Saya cuma nak tanya bebudak LENSA...hangpa suruh DSAI bersara hangpa dah ada pengganti yang setaraf dengan dia ka nak ambik alih...tak kan nak bagi kat Hj Hadi dengan geng MSU mengepalai perjuangan ini kot....saheh depa heret PAS join UMNO bersama-sama merompak negara. Baru saja dapat perintah Selangor dah mula merompak saham ESSOS la EKSOZ la....

    Setakat ini belum ada pengganti dik...percayalah jika watak macam Mat Sabu dapat dinaikkan ke atas bagi mengepalai perjuangan ini...... BN akan rebah tersungkur di Putra Jaya. Malangnya apabila "platform" dibina untuk MS naik atas, ada pulak kawan-kawan sejemaah yang berusaha meruntuhkannya. Hang tak nak suruh Mat Sabu pencen juga ka, dia juga telah melalui berbagai siksaan dan penderitaan....

    Atau adakah bebudak LENSA "already resign to the fate...." Lantak lah apa nak jadi kepada negeri ini, kerna kamu udah letih berlawan. Kalau macam tu hangpa sajalah yang bersara awal dan pergilah bersuka ria telan pil kuda. Pi tanya Hj Hadi kat mana boleh dapat! Biar kami saja yang meneruskan perjuangan ini.....


    Itulah orang muda...gopoh berpikir...gopoh segala-galanya kah kah kah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Apa Yong nak cakap miker dah cakap.

      Malang sekali budak-budak yang ingin mengambil alih kepimpinan di Malaysia tidak cukup ulet. Just not tough enough to face the world.

      Delete
  4. Salam Yong. Jelas anak muda ini fikiran dan pandanganya tidak merentasi keseantero perjuangan kehidupan.Hanya berputar dalam kelambu tanpa melihat rumah yang menempatkan kelambu tersebut.Mana ada perjuangan sekerat jalan.Perjuangan hingga ke titisan darah yang akhir... wahai anak muda.Kalau anda tak sanggup jangan dengki dan sakit hati kepada mereka yang semangat juangnya membara.Perjuangan adalah pengorbanan dan pasti adanya yang terkorban.Lantaran itu perjuangan perlu dilandaskan dan niatkan demi kerana Allah bukan demi kerana rakyat.Islam itu adil jadi perjuangan menuntut keadilan adalah suatu yang dituntut.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nazi kelawar

      Budak-budak ini masih ada banyak kesangsian di dalam hati. Sebab itu bila mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

      Delete
  5. Selamat berpindah ke rumah baru ...Dato Seri

    ReplyDelete
  6. Anak muda dah letih, tak cukup makan makanan berkhasiatkah atau kurang vitamin? Itu belum dilaksanakan GST lagi. Mereka tidak sedar bahawa faktor Anwarlah yg telah membuka luas mata kebanyakan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Seniwoman

      Entahlah... Dengan PLKN, Ko-kurikulum etc...etc...masih tak cukup vitamin jugak. Something wrong, somewhere...

      Delete
  7. Salam Prof @ kak yong !

    Perjuangan apa pun teras, dasarnya mestilah ada visi,natijah, destinasi objektifnya ! Mesti nak kena "BIJAK-SANA" pikir tentang untung nasib kita di akhirat !!

    Mesti nak kena ada ilmu, kaedah, strategi yg sesuai, praktikal & sikap, keyakinan, komitmen disiplin & sifat yang tepat to drive us along the way there. Tu kena ASAS yg JELAS !

    Bukan semua perjuangan perlu "result oriented" ? Not .. surely not all of 'em! Tambahan pulak jenis "money oriented", yg rakus, gelojoh, tamak tu memang takkan tahan lama dalam perjuangan yg holistik ! Depa ni selalunya dipatenkan spesis sebagai "lalang", "katak", "parasit", "perosak" & "munafik" !

    YANG PENTING apa kita niat & buat tu diredhai Allah + ikut ciri-ciri,inspirasi perjuangan Rasullah s.a.w ! Kena check le apa kita niat, buat tu tepat ke idak apa kehendak Islam? Kalau dah tepat, kena le yakin, mujahadah & istiqamah !

    Result dia berjaya ke idak tu terserah kepada keputusan Allah Raja segala Raja/Kerajaan yang Maha Bijaksana mentadbir alam semesta ni. Yang penting kita "enjoy the ride, though thick & thin" !

    Orang yg "bersara awal" tu dah letih lepas seketika berjuang tu makna dia tak dapat teruskan istiqamah tu aje....Sayang le ! Ini berlaku byk sbb ! Mungkin dia rasa daripada segi duniawi dia gain nothing or not handsomely rewarded after such tiring 'journey' ! Dia jemu, DAH tak rasa seronok bahagian dia berupa pahala, nikmat syurga di sana tu dah 'dekat' sebenornya.. actually few steps closer to jannah by each passing days ! Tu pasai ada yg tak dan masuk syurga, dah tersembam di 'pintu syurga'.

    Kes DSAI tu unik & yet still is ! Teman sokong DSAI sbb nyata dizalimi Dr. M & kerajaan, malah dituduh begitu rupa tanpa pembelaaan yang wajar & dianiaya terus di"ISA" ! Dia mungkin ada silap taktikal, dosa sana sini, not perfect to be a PM & never will be BUT darn he is really a fighter.. he won my vote ever since!

    Kita bukan obses DSAI tapi keta yakin perjuangan "keadilan" yang dia & PKR bawak tu masih selari tuntutan Islam...Although he is on borrowing time & his chance 2b PM is slim to none tapi kita appreciate who he is !



    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.