Pages

Sunday, 23 November 2014

N3 HUJUNG MINGGU: KISAH BENAR PADAH IBU BERJANJI DENGAN SYAITAN

Kisah ini diceritakan oleh ibu. Ia berlaku di daerahnya. Walaupun cerita ini telah lama berlaku, tetapi ia tetap terpahat di minda Yong sebagai sempadan.

Nenek Yong seorang guru mengaji Quran yang agak terkenal. Atok meninggal dunia semasa adik ibu masih kecil. Nenek meneruskan usaha Atok mengajar budak-budak mengaji Quran, solat, puasa dan lain-lain. Ada di antara murid-murid datang dari kampung lain. Oleh kerana waktu itu tiada kenderaan, ada di antara anak murid bermalam di rumahnya. Hanya hujung minggu akan pulang ke rumah masing-masing. Yang jauh sebulan sekali.

Salah seorang muridnya anak gadis pemilik kedai makan. Kedai itu juga amat laris. Nama gadis itu Murni. Dia hantar oleh ibu-bapanya ketika usianya 9 tahun.

Gadis itu tidak berapa “terang hatinya” kata ibu Yong. Maksud ibu, gadis itu agak sukar untuk mengenali huruf dan membaca Quran. Setelah 3 tahun, gadis itu masih lagi belum khatam Quran. Walau bagaimanapun mulutnya tidak pernah lepas dari membaca "Bismillahirahmanirrahim" setiap kali memulakan pekerjaan, walaupun hanya dari duduk dia hendak berdiri dan sebaliknya.

Suatu hari rumah nenek gempar. Murni yang baru mencecah usia 12 tahun tiba-tiba jatuh pengsan. Pak Imam pun dipanggil. Kata Pak Imam, Murni sudah tiada bernafas. Ibu bapa Murni pun dipanggil. Oleh kerana ibu bapa Murni kurang arif, jenazah Murni disempurnakan di rumah nenek Yong saja. Jenazah Murni hanya boleh dikuburkan pada pagi esok kerana menunggu saudara mara datang menatap wajah Murni bagi kali terakhir. 

Lepas subuh, ketika jenazah Murni sedang dimandikan, suasana menjadi gempar kerana hujung ibu jari kaki Murni bergerak-gerak.

Rupanya Murni belum mati.

Ketika itu ada yang menangis dan ada yang ketawa. Ibu bapa Murni terpinga-pinga. 

Selepas “dipulihkan” oleh Pak Imam, Murni berkata dia hendak “bercerita” kepada semua orang di hadapan ibu-bapanya.

Murni menceritakan dia telah dibawa oleh pesuruh “Raja Syaitan” untuk dijadikan "isteri."

Ketika di istana raja itu, Murni melihat pagar istana itu adalah manusia yang telanjang dari berbagai rupa. Sangat dhaif kelihatannya manusia-manusia itu.

Entah kenapa Murni sedikit pun tidak berasa takut.

Ketika masuk ke istana, Murni membaca Bismillah sebagaimana yang lazim dilakukannya. Pintu pagar istana syaitan itu runtuh.

Raja Syaitan bersila di atas tahtanya, juga dari tubuh-tubuh manusia yang menjunjungnya. Alat kelamin raja syaitan kelihatan amat panjang seperti ular sehingga membelit manusia-manusia yang menjadi pagarnya.

Raja Syaitan mengarahkan Murni supaya ke dapur memasak nasi dan sup sebagai percubaan untuk mengetahui kebolehannya sebelum dijadikan "isteri."

Seorang perempuan yang mengaku “ibu” kepada Syaitan itu membawa Murni ke dapur. Murni melihat dapur Raja Syaitan itu diperbuat daripada tulang-tulang manusia. Dari senduk nasi sampai kepada periok. 

Setiap kali Murni membaca Bismillah untuk mengambil “benda-benda” itu, setiap kali benda-benda yang hendak diambilnya hancur. Periok yang berisi nasi yang hendak dikukusnya juga pecah berkecai.

Itulah yang berlaku….sehingga tiada apa yang boleh disentuhnya. Semua hancur.

“Ibu” Syaitan tidak dapat berbuat apa-apa.

Lalu “Ibu” Syaitan memberitahu Raja Syaitan Murni tidak layak menjadi "menantunya," dan harus dihantar pulang.

Ketika Itulah Murni tersedar.

Rupanya “Bismillahirrahmanirrahim” itu telah menyelamatkan Murni.

Setelah mendengar cerita Murni, ibu bapa Murni pun menangis. Mereka mengaku telah berjanji kepada Syaitan akan memberi anaknya sebagai "isteri" jika Syaitan itu membantu melariskan kedai makannya.

MasyaAllah…sanggup ibu bapa itu melakukan khurafat sehingga rela menyerahkan anak gadisnya kepada Syaitan demi mencapai keinginan untuk menjadi kaya-raya.

Pak Imam segera meminta ibu-bapa Murni bertaubat dan memutuskan perjanjian dengan Syaitan itu.

********************

Kenapa Yong nak paparkan kisah lama yang dahsyat ini?

Kerana sehingga kini amalan khurafat ini masih berlaku di kalangan umat Melayu Islam. Dari orang biasa, pemimpin dan di kalangan yang mengaku ahli agama.

KHURAFAT PEMIMPIN

KHURAFAT KAPITALIS AGAMA

Mengapa pihak yang berkuasa tidak boleh menghentikan khurafat? Sedangkan sudah ada larangan khurafat di dalam Quran:



Allah SWT amat menyayangi kita. Fikir-fikirlah.

4 comments:

  1. A'kum Yong

    Pertama saya ucapkan tahniah kerana Yong ditakdirkan lahir dari keturunan yang mengamal dan menyebarkan alquran.

    Kedua saya nak sentuh tentang hamba Allah yang bibirnya basah kerana sentiasa membaca bismillah sebagaimana siMurni dalam cerita Yong.

    Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru saya.
    Ceritanya seorang mandur balak telah dikepung oleh sebilangan kuli cina kerana Mandur ini memarahi mereka kerana engkar arahan.

    Setelah diasak Mandur ini undur sehinggalah terdesak merapati satu kolam. Oleh kerana dia tak tahu berlawan dia memang gementar dan serah diri pada Allah. Tiba-tiba dia ternampak sebatang besi panjang besar sikit dari ibu jari tangan. Dengan bismillah dia ambil besi tu dan campak kedalam air di kolam itu. Ditaqdirkan Allah besi itu terapung dan hanyut di atas air. Bila kuli-kuli cina yang mengepungmya nampak besi tu terapung dan hanyut di dalam kolam tu, mereka lari bertempiaran ketakutan. Itulah hikmah dan kehendak Allah berkat BismillahNya

    ReplyDelete
  2. Salam Mountdweller

    Subhanallah!

    Memang benar, kita akan sentiasa mendapat pertolongan Allah dengan kehendakNya. Itu janji Allah. Jadi tak perlu kita mohon pertolongan dari syaitan atau jin.

    Alhamdulillah Yong lahir dalam keluarga sebegitu. Tapi Yong sendiri tak jadi "ulama" sebab tak sekolah agama dan tak tahu bahasa Arab. Walau bagaimanapun, didikan agama dari rumah dapat membantu Yong untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. DeeDee Yong....

    Ader yer perigi 70 Nabi..... Kat mana boleh jumpa yer.... Aiyo...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Itu kena tanya pengeluarnya...Wakaka!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.