Pages

Monday, 24 November 2014

NAJIB SUKA JUMPA DALAM GELAP, ADA SIAPA YANG NAK JOIN?

Setelah diserang dengan teruk kerana isu IMDB yang rugi dan berhutang berbillion ringgit, diikuti dengan kecaman penarikan subsidi minyak RON95 dan diesel, Najib mengeluarkan kenyataan ini:

PERANGKAP UMNO (TMI)

Dengan bahasa yang lembut gigi dari lidah, Najib mendakwa kononnya terdapat pihak yang tidak suka Islam sedang melaga-lagakan umat Islam dan Melayu di Malaysia, seperti yang dipetik The Malaysian Insider:

"Senjata mereka ialah menggunakan orang Islam menyerang kita dan mengurangkan pengaruh Umno," katanya.

Kerana itulah, pemimpin Islam harus bertanggungjawab melaksanakan penyatuan ummah di negara ini - bukan bentuk pakatan, kononnya, tetapi sekadar "kerjasama dalam perkara berkaitan kepentingan masyarakat Islam."

Berita dari BNBBC News pula mempaparkan gambar Najib dan Haji Hadi dalam keadaan mesra (tarikh gambar tak pasti):

PERANGKAP UMNO

Gambar itu untuk menjentik minda supaya menyangka Haji Hadi sudah setuju untuk kerjasama. Nampak tak perangkap UMNO?

Kerjasama, bukan pakatan.

Ada siapa percaya?

Ada siapa percaya kerjasama ini demi Islam dan bukan usaha untuk meruntuhkan pakatan PAS-PKR-DAP?

Ada siapa percaya ancaman terhadap umat Islam di Malaysia itu bukan berpunca dari dasar yang ditunjangi UMNO?

Retorik Kerjasama UMNO-PAS ini sering diulang-ulang setiap kali menjelang Perhinpunan Agung UMNO. 

Ini semua sandiwara.

Pemimpin PAS tidak layak menjadi ketua jemaah kalau percaya dengan sandiwara UMNO ini.

12 comments:

  1. Dh phm sgt dh perangai umNOoo..dari dulu kini dan selamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gurustress

      Janganle stress. Kita sama2 rosakkan agenda jahat demer.

      Delete
  2. kenapa tk kerjasama dgn PKR, ramai org melayu islam juga dalamnya?

    kerana umnolah yg sebenarnya buli PAS. umno sebenarnya yg anggap PAS bodoh dan boleh dipedaya.

    bila lemah mulalah hulur tangan utk islam dan melayu. bila kuat lokap dipenuhi pemimpin PAS.

    umno nk berkuasa sampai kiamat tkde sapa halang. betulkan pertadbiran, jgn rasuah, bela rakyat, jgn menipu, jgn fitnah berdekad2.

    jika umno boleh sebersih itu, maka PR akan sendirinya berkubur, anwar kit siang dn hadi boleh tidor lena layan cucu saja.

    selagi umno tidak berubah, selagi itulah rakyat akan lawan. bukan setakat anwar kit siang dan hadi, anak cucu mereka pun akan lawan umno.

    susah sgt ke formula itu? susah bila hati sudah karat dan dijangkiti sawan yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MakoFSA

      PAS ni ibarat protagonis dalam drama Venezuela...asyik kena buli sebab bendul.

      Di kelilingi SB pun tak sedor. Sendiri tak pernah salah. Semua orang lain yang salah. Itulah masalahnya.

      EGO!

      UMNO hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan PAS.

      Delete
  3. DAP pun buli PAS juga. Buli Islam lagi. Mana-mana yang kritik kerajaan DAP...akan dambil tindakan. boleh harap ke DAP ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapak singh

      Dah berapa orang pengkritik kerajaan DAP sudah didapati bersalah dibawah akta hasutan 1948 dan sedang merengkok didalam penjara sekarang?

      Tak payah nak menyamar jadi singh la. Jenis hangpa ni kalau me yamar jadi alien pun orang tau hangpa macai UMNO. Jadilah pejuang Islam dan melayu yang tulin. Cam ni cara, hanya pun sebenaqnya tak yakin dengan perjuangan UMNO. Hangpa pejuang perut je...

      Delete
    2. Yong

      Tuan MSO ada tulis satu artikel yang menarik pasai ni. Dia propose satu idea. Saya juga juga propose satu idea yang lebih mudah - pemimpin PAS Kelantan, Terengganu serta beberapa kerat ahli MSU yang dok tergila2kan UMNO supaya masuk UMNO je.

      Ini link artikel tersebut.

      http://msomelayu.blogspot.com/2014/11/berikan-kuasa-otonomi-kepada-pas.html?m=1


      Delete
    3. Salam bar8

      Thank you. Belum baca. Nanti singgah baca.

      Delete
    4. Salam Kapak Singh

      Terima kasih kerana memberitahu DAP pembuli.

      Selama ini Yong ingat yang menggantung dua orang ADUN yang menyelamatkan Kerajaan PR Selangor dari jatuh - tanpa bicara - itu AJK PAS Pusat dan MSU; Rupanya DAP!

      HAHAHA!

      Delete
  4. DeeDee Yong...

    Hahaha.... Bukan ker Najib Razak tue berjumpa ngan Ahli Parlimen London??

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Entahle...Satupun Yong tak percaya dah puak2 lebai ni...Baik PAS, baik UMNO.

      Delete
  5. Saipol bontot jumpa najib di banglo jalan duta selepas kn buntut.. Bincang perpaduang...untuk kenakan anwar

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.