Pages

Friday, 26 December 2014

KEME ADA SULTAN YANG PRIHATIN, SOLTAN BANDARAYA KL PULAK CAMNE?

Kami yang menghadapi bencana alam banjir dan yang selamat dari banjir amat menghargai keperihatinan Tuanku Sultan Perak Raja Nazrin:

JADIKAN KEBIASAAN

Tak mengapa Baginda tidak tolong mengangkat beras. Tetapi titah pembatalan acara tahunan yang membazir itu amat dialu-alukan. Jadikannya sebagai tradisi - tak perlu buat acara berlebihan sampai habis jutaan ringgit.

BATALKAN JUGA PROGRAM INI!

 PROGRAM MEMBAZIR

Kita semua tahu, setiap tahun ada program perayaan tahun baru (New Year) secara besar-besaran yang tiada apa-apa faedah.  Aktiviti ini wajar dihentikan dan diganti dengan yang lebih sesuai buat memperkukuhkan budaya kita. 

Ini bukan bermakna kita mahu dunia yang sunyi sepi tanpa hiburan langsung. Tetapi kita tidak perlu kepada hiburan yang keuntungan hanya masuk tembolok si-penghibur.

Adakah Rasulullah minta kita buat semua ini di ambang tahun baru Masehi?

Sudahlah! Hentikan perbuatan Commoditifation of Religion!

3 comments:

  1. Fuyyo.......commoditification of religion la pulak......nak bagi senang faham projek jual agama untuk sara anak binilah katakan. Ada yang berselawat, ada yang tumpang acara selawat untuk raih sokongan macam yang dibuat DPM...tersengguk-sengguh nahan ngantuk demi menunjuk-nunjuk kepada rakyat akan ketakwaan mereka kah kah kah... ada pulak dalam UG PAS yang terpekik terlolong jual HUDUD HUDUD setahun sekali menjelang pilihanraya atau pemilihan dalam parti.....tu semua jual agama lah tu.....Dah ditimpa bencana kalau tak sedar lagi entahlah. Apa pun Tahniah Tuanku Sultan Perak yang perihatin.

    ReplyDelete
  2. Salam Asrul Sani

    Kampung2 Melayu di Kuala Lumpur sudah habis dikomoditi-kan. Sekarang agamapun nak dijadikan komoditi - bukan amalan.

    Kalau kita laknat gerombolan ini macam mana?

    ReplyDelete
  3. Teman nengok pun gayat ! Ape ke bendernya boat float ker apa ker tu Sultan teman naik tu... Malaysia ni takder hovercraft ker ape ker yg besor boleh muat selesa orang (kenamaan atau mangsa keadaan) naik ?! Ape tak beli 'asset' yg lebih efisien & praktikal ?

    Kecik benor ... Buatnyer terbalik, naye aje .. rakyat nak kena berkabung lagi 100 hari ~! hehe

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.