Pages

Saturday, 18 July 2015

MENGAPA YANG TUA PUN SOKONG "HARAPAN BARU"?

Ada orang tua duduk rumah saja main dengan cucu,
Ada orang tua ulang alik surau saja mengqada ibadah dulu,
Ada orang tua dengar cakap enggang, apa pun tak tahu,
Ada orang tua tak percaya orang lain kecuali anak menantu,
Ada orang tua sanggup dirinya berkali-kali kena tipu,
Ada orang tua membuat musuh di segenap pintu.

Berikut pandangan seorang yang usianya "tua" tetapi tulisannya tetap muda dan segar. Bagi yang belum membacanya ketika ia diterbitkan, sila baca dulu. Komen Yong di bawah:


Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

********************

Parti baharu bukan kumpulan terbuang
Published: 30 June 2015 

Selepas dikalahkan dengan cara paling hina di muktamar PAS baru-baru ini, golongan progresif dan sederhana dalam parti itu merancang menubuhkan sebuah parti baharu lepas Hari Raya Aidilfitri sebagai memenuhi harapan baharu rakyat Malaysia.

Penubuhan parti ini juga untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyaram Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat terbuka dan demokratik.

Kumpulan ini mulanya bernama Kumpulan 18 (G18) kini dinamakan “Kumpulan Harapan Baharu” kerana jumlahnya bertambah.

Ia memang berhak mendakwa sebagai pewaris perjuangan kedua-dua tokoh yang amat disayangi majoriti rakyat Malaysia itu.

Ini kerana, golongan progresif ini sangat serasi dengan metodologi perjuangan dua tokoh tersebut iaitu menjadikan PAS parti yang inklusif, tidak jumud dan ekstrem, menyebabkan PAS diterima pelbagai kaum dan agama, meskipun ia tetap memperjuangkan Islam.

Atas inisiatif mereka dan disokong oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil, mereka merancang menubuhkan parti baharu, di mana buat sementara ini dipanggil G18 – mengambil sempena 18 tokoh yang dikalahkan itu. Nama rasmi parti baharu itu akan diumumkan sempena pelancarannya beberapa minggu lagi.

Kini perancang parti baharu ini sedang giat mengadakan perbincangan demi perancangan ke arah penubuhannya yang dilihat sangat dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat.

Namun pada awal-awal lagi sesetengah pemimpin PAS yang ada sekarang begitu segera memperkecilkan penubuhan parti baharu itu. Ada yang mengatakan, kononnya parti serpihan PAS itu tidak akan panjang umur dengan mengambil contoh parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dulu.

Ada juga pemimpin PAS memperkecilkan tokoh progresif itu sebagai daun yang gugur selepas pohonnya digegarkan ribut. Golongan profesional ini dianggap daun gugur yang langsung tidak ada nilai, sedangkan pohonnya, kononnya, tetap teguh.

Ada yang juga yang berkata tindakan menubuhkan parti baharu itu hanya akan menguntungkan musuh, Lebih jauh, ada pula ustaz muda tokoh segera PAS yang dengan segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang PAS selama ini.

Saya kira pandangan negatif pimpinan PAS terhadap parti baharu ini perlu dijawab untuk memberitahu tahap tidak matangnya mereka dalam politik.

Pertama, parti baharu ini tidak akan menjadi Hamim dan Berjasa, kerana situasinya berbeza, keadaan mencetuskan parti baharu ini berbeza, sambutan rakyat juga berbeza dan persepsi umumnya berbeza di zaman penubuhan Berjasa dan Hamim dengan keadaan yang ada sekarang.

Daripada kajian awal yang diperoleh – terutamanya di bandar dan semi bandar – rakyat pelbagai golongan sedang menantikan penubuhan parti baharu ini.

Hamim dan Berjasa adalah proUmno, sementara parti baharu ini menentang Umno/BN.

Hamim dan Berjasa hanya mendominasi kawasan Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu, sedikit di pantai barat Semenanjung, sementara parti baharu bersifat nasional, seluruh Malaysia.

Parti baharu ini diyakini akan disertai pelbagai golongan rakyat yang sedar – terutama masyarakat sivil dan generasi baharu – yang dilihat sedang menantikan penubuhan parti baharu ini, Ini gelombang besar yang akan mengejutkan pemimpin PAS sendiri nanti.

Dengan kehadiran media baharu, perkembangan politik baharu ini mudah tersebar luas. Dari itu, menyamakan parti baharu dengan Hamim dan Berjasa tidak munsabah, malah ketinggalan zaman.

Kelemahan pemimpin PAS sekarang ialah mereka tidak memahami perkembangan politik terkini, kerana tenggelam dengan emosi dan prejudis, hanya berbangga dengan lutut dan siku bukan fakta dan ilmu.

Kedua, golongan progresif ini bukan daun yang gugur dan terbuang akibat ribut. Golongan ini masih gemilang dan terbilang. Mereka tetap berharga di kaca mata masyarakat yang sedar, bukan golongan yang jumud dan ekstrem.

Malah, tidak mustahil pula ribut besar yang melanda PAS boleh menumbangkan batang tubuh PAS itu sendiri kerana masyarakat melihat PAS kini sedang melakukan “reverse gear” yang amat menghairankan. Akhirnya ia kembali menjadi parti politik Pantai Timur.

Ketiga, Penubuhan parti baharu ini tidak menguntungkan musuh, malah menggerunkan mereka. Ini kerana ia sebuah harapan baharu dan kekuatan baharu yang didukung oleh majoriti rakyat.

Berbanding dengan krisis yang dialami PAS memang jelas menguntungkan musuh dipandang dari sudut apa pun kerana ia memecahkan Pakatan Rakyat.

Keempat, adapun ustaz muda yang menjadi tokoh segera PAS yang segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang PAS selama ini perlulah mereka mencerminkan diri sendiri lebih dulu.

Pada ketika mereka masih belajar di Timur Tengah, tokoh veteran G18 ini sudah pun berjuang dalam PAS dengan keringat dan air mata mereka. Merekalah yang mengukir sejarah kegemilangan PAS selama ini menerusi kepimpinan Fadzil dan Nik Aziz.

Tokoh inilah yang berjuang di dalam PAS hasil inspirasi pendedahan perjuangan Ikhwanul-Muslimin, Jamaat e-Islami Pakistan, Jamaah An-Nur, Turki, pembacaan buku dan pertemuan dengan tokoh gerakan Islam rantau ini dan antarabangsa.

Oleh itu jangan ada sesiapa dengan penuh angkuh cuba menafikan keunggulan tokoh PAS ini.

Di sini mari kita renung dengan pemikiran jernih penubuhan parti baharu ini sebagai harapan baharu masa depan rakyat Malaysia di mana ia akan menyertai gabungan parti pembangkang yang ada sekarang.

Saya tetarik dengan pemikiran terbuka, pemimpin parti baharu ini, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi “rahmat yang tersembunyi” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Beliau yang menjadi setiausaha jawatankuasa bertindak G18 itu berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

Parti baharu ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan NGO Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

Beliau yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini.

Selain akan bergabung dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama. – 30 Jun, 2015.


********************

A. Shukur Harun awal-awal lagi sudah nampak apa yang akan dicanangkan oleh pemimpin PAS yang menang dalam pemilihan paling kotor yang pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Ia lebih kotor dari pemilihan dalam Perhimpunan Agong UMNO.

Umum yang peka kepada senario politik tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar ke 61, kumpulan pemimpin yang kemudiannya membentuk G18 dilabel dengan berbagai gelaran yang jelek termasuk jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya selain Erdogan dan Anwarinas. Di kawasan dan di cawangan, di dalam surau, di kedai kopi, dan dalam media sosial mereka dicaci, disindir dan dimaki. Malah ada yang menggunakan Hadis dan ayat Quran. Selain itu facebook hantu tumbuh dan dibaja dengan berbagai-bagai fitnah yang manusia biasa tidak dapat terfikirkannya.

Kononnya mereka mahu menjatuhkan presiden dari luar kotak undi.

Malahan sampai dijaja, golongan ini adalah pemimpin pilihan DAP.

"Bukti" yang kononnya wujud, bagi menyokong tuduhan-tuduhan tersebut tidak pernah ditunjukkan. Yang dituduh tidak pernah dibicarakan, tetapi telah dihukum. Presiden pula diam membisu.

Berbeza sekali sikapnya apabila yang dituduh itu pemimpin UMNO

INGAT SAMA MACAM KES LIWAT KE?

Adilkah ini?

Sesal dahulu pendapatan.

SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA (TMI)

Harapan Baru bukan cetusan minta budak-budak baru balik belajar. Tetapi hasil kerjasama antara generasi, tua dan muda - antara yang telah berada dalam persada politik Malaysia berpuluh-puluh tahun lamanya (di dalam PAS) dan yang baru berjinak-jinak mengenali alif-ba-ta realiti politik.

Tidakkah kamu berfikir? Kenapa yang dah tua pun masih sanggup bersusah payah berpolitik?

Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

HARAPAN BARU GABUNGAN ANTARA GENERASI

Bagi pemimpin Harapan Baru yang tua hanyalah usia:

Orang tua ini bijaksana dan akal masih segar, tidak celaru,
Orang tua ini bersama orang muda berjalan dahulu,
Orang tua ini tidak putus sokongan kerana pintu dibuka selalu,
Orang tua ini ingin membina masa depan bersama anak cucu,
Orang tuan ini anggap segala cemuhan itu debu-debu yang berlalu,
Orang tua ini bersambut salam dengan orang muda demi "HARAPAN BARU."

Kalau orang tua pun sanggup melangkah, jom orang muda! Jangan biarkan peluang pergi meninggalkan kamu!





13 comments:

  1. Geng ustaz timur tengah xpernah kna semburan air gatal dari polis tp balik semua tersedia.. Sbb tu depa alpa dan di perbodohkan oleh amno.. Ni le geng lutut dan siku ckp besar ilmu agama tinggi tapi iman letak kat lutut dan siku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abuarif

      Ada ilmu tapi takde amalan pun tak guna. Ramai yahudi kat universiti luar negara tu pun hafal hadis juga.

      Delete
    2. Nama arif tp syg otak x cukup arif.. so kalau kena semburan air kimia dpt lesenlah utk kurang ajar dgn kepimpinan ke?.. DAP pun suruh hormat pimpinan tau?

      http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=25171

      "Keempat, perlu akur dengan kepimpinan DAP dan bersedia bekerja mengikut selera pemimpin."

      Patutlah LGE tak pelawa G18 masuk DAP.. boleh lingkup parti DAP dibuatnya..

      Delete
    3. Kamu teruskan le baca tranungkite tu. Ada aku kisah?

      Delete
  2. Assalam Yong..

    Baru2 ni TGHH me"ramalkan" parti haru eh baharu akan cuma bertahan selama 2 tahun shj. Apa yg sy tafsirkn dari kenyataan tersebut ialah sebenarnya TGHH mahu G18 merasa tercabar lalu cepat2lah mereka bukak parti baru.. kerana kami golongan majoriti 80% dlm PAS dah sesak nafas menanggung biawak hidup dlm parti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Rosli,

      Baguslah dah ada "juru ramal" dalam parti. Nampaknya parti dah lengkap. Juru tangkap jin ada, juru jentik ada. Juru guna siku dan lutut ada. Juru cakar harimau pun ada.

      Selain itu parti pun dah ada juru fitnah (melalui facebooker hantu) dan juru pemilihan chai.

      Semoga kamu terus sesak nafas sehingga PRU 14. Amin!

      Delete
    2. Saya berusia 55 tahun berkeadaan sedar dan waras fikiran dengan ini menyatakan bahawa saya meninggalkan Parti PAS untuk menyertai Parti GHB demi untuk menumbangkan Barisan nasional. Saya kekal sebagai seorang ISLAM berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman serta berpedoman kepada AlQuran dan sunnah Rasulullah.
      Tukar Parti bukan tukar agama..... Tukar ni kerana nak tumbangkan BN..... Parti PAS sibuk nak buat UG dan memungkiri janji dalam Pakatan Rakyat.... membawa gambaran yang boleh difahami yang memalukan ISLAM.

      Mohon maaf zahir batin, Selamat hari raya.....

      Delete
    3. ameen yong.
      eh.....kami 80% dalam PAS eh. camne ko kira tu eh? ko sekolah ddedulu matematik ko ok ke?
      80% dr undi perwakilan = 80 % ahli ke?
      ramai gak otak biol yg buat kesimpulan gitu....elok le...kihkihkih.......
      wan rosli de can naik pj negeri tu.....sbb tak lama lg semua ahli PAS akan ada jawatan ......bil jawatan > bil ahli....kihkihkih

      Delete
    4. dah sesak nafas tu tanda2 dah nak kojol

      Delete
  3. 80% nak melingkup drp.PAs ada laa..Wan rosli woiii..Tok sah dok perasan la...geli geleman!weeeek..

    ReplyDelete
  4. nasib baik kalau gi ngaji di mesir atau mmano tu benar2 ngaji...lagu mano kalu lulus prekso dgn duduk ssajo dale bilik.....oghe wakt kleik ilmu..kito wakt kleik kertas ijazah hok tok leh wakt krejo...

    ReplyDelete
  5. g18 ni org2 yg oro dap n pkr bukan nk menegakan islam sb pemimpin2 diorng adalah org2 yg KAKI BETINA n mata duitan..dana diorng di supply oleh golongan kaya n pertubuhan yg anti islam n nak jatuhkn ketuanan melayu jadikn sama taraf non bumiputra lgi...gantikn ketua negara DYMM Agung kpd presiden n jadikn kristian sbgai agama resmi scra beransur-ansur so jgn terpedaya dgn tipu muslihat puak2 pembangkang ni GHB yg bersekongkol dgn DAP n PKR ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dapat disangkal lagi, anda amat cemerlang mengikut ajaran guru anda untuk membuat dan menyebarkan fitnah.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.