Pages

Thursday, 16 July 2015

SENANG CERITA, HARAPAN BARU PROXI RAKYAT YANG BERKEPENTINGAN



6 hrs · 

8 PERKARA BERKENAAN GERAKAN HARAPAN BARU (‪#‎harapanbaru‬)


SIAPA HARAPAN BARU?

1. HARAPAN BARU lahir dari desakan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan negara khasnya NGO-NGO Islam serta anak muda dan pimpinan mahasiswa agar Politik Islam terus diperkukuhkan bagi memegang AMANAH membuat perubahan dalam ruang lingkup Perlembagaan Malaysia dan sistem demokrasi yang diamalkan.

2. HARAPAN BARU disertai aktivis pelbagai latar belakang, ras dan agama dari kalangan aktivis, profesional dan agamawan dengan membuka ruang dan peluang kepada bakat muda untuk diketengahkan – selagi mana kesemuanya berpayung kepada Nilai-nilai Teras HARAPAN BARU.

3. HARAPAN BARU memelihara Hak Asasi Manusia (Huquq al-Insan) berteraskan Kemuliaan Insan (Karamah Insaniyah) yang diiktiraf Allah (Human Dignity), sekaligus menyatukan warga besar rakyat dalam anjuran Persaudaraan Insan (Brotherhood of Man) serentak menolak pelbagai amalan perkauman dan rasisme.

APA MISI HARAPAN BARU INI?

4. HARAPAN BARU berusaha menterjemahkan Islam sebagai Rahmat Seluruh Alam dengan meletakkan agenda PEDULI rakyat sebagai tunggak utama aktivisme serta merangkumi semua aspek kehidupan nasional dan kenegaraan.

BAGAIMANA HARAPAN BARU MELAKUKANNYA?

5. HARAPAN BARU komited meneruskan legasi perjuangan Politik Islam yang ditunjukkan Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang Politik Islam yang Menyeluruh, PROGRESIF dan Inklusif.

6. Menjelang PRU14, HARAPAN BARU meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik - PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.

7. Pendekatan dan tindak balas HARAPAN BARU bersifat tidak jumud (Dinamis) selari dengan realiti semasa dan setempat serta Sederhana (Wasatiyyah) namun tetap Tegas dalam berpegang kepada Prinsip.

8. Komited dengan politik baru, HARAPAN BARU berpaksi kepada politik yang berasaskan Ilmu dan Akhlaq, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.

AMANAH . PROGRESIF . PEDULI

********************

Pemimpin PAS meroyan HARAPAN BARU proxi DAP, proxi PKR, proxi IKRAM atau apa saja group yang menyokong HARAPAN BARU sebenarnya tak relevan pun. 

HARAPAN BARU sudah menjelaskan sikap kumpulan itu yang inklusif seperti yang disenaraikan di atas. Maknanya HARAPAN BARU "aspire" untuk mewakili semua kelompok rakyat yang berkepentingan.

Ingat! Berkepentingan bukan kepentingan peribadi - bukan kehendak peribadi. Yang tak faham perkataan berkepentingan pergi buka buku sains politik. Ada beribu-ribu buku di dunia dalam pelbagai bahasa. Hanya orang malas dan bodoh yang guna sebuah buku sahaja sebagai rujukan.

Pamerkan akhlak sebagai Muslimin.
Segala teguran diterima.
Cadangan diambilkira.
Tetapi...
Berhentilah memfitnah!

6 comments:

  1. As Salaam Yong......
    Den ghaso topat bona maso ea GHB ni ditubohkan. Toghaso boto ghindu ea den kek TGNA & TGUFN.......AL FATIHAH

    ReplyDelete
  2. Ana dah daftar online sbg ahli parti baru. T/kasih Abg Mat, Pahrolradzi dan semua G18. Selamat hari raya Tuang Presideng. (dari bekas ahli PAS, DUN Sg Limau, (Parlimen Yan) Kedah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi tahu bagaimana nak daftar on line?

      Delete
  3. Wa mahu ucapkan salamat hali laya ! Sila latang rumah terbuka Dap ......... manyak hidangan spt babi goleng , babi pangang dll ........ semuanya ditonggeng halal kelana itu tuan galu LKS dan LGE kasi sembelih ......... lagi itu yam seng pun ade sama itu main majong pun ade . ....... kalau mahu lebih enjoy itu amoi Ipoh mali pun ade ......... jgn takut jgn segan itu dosa semua tuan galu LKS dan LGE boleh kasi ampun dan ada applovement dpd itu ulamak2 DAP punya ........ ini mcm punya balu butut2 Islam bukan itu macam tuan gulu haji hadi yg mahu hudud kasi susah sama melayu Islam mahu enjoy dan bikin kacau ekonomi olang cina mahu niaga itu judi , babi , yam seng sama itu amoi jual body maaa ........ kalau talak suka itu amoi , itu pondan pun wa ade boleh main bontot maaa ..........haiya itu pasal wa suka sama PKR dan Halapan Balu punya macai .......... ini macam wa butut2 ada halapan niaga kasi untung sebab olang melayu Islam boleh jadi customer wa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya Yong tak terbitkan komen tak berakhlak seperti ini. Tapi kali ini Yong sengaja terbitkan supaya Dunia boleh lihat bagaimana bahasa dan akhlak penyokong ulama.

      Mungkinkah kita boleh anggap ini komen makhluk sasau, mereng atau gila?

      Delete
  4. Biar la mereka hdk berpolitik dgn party baru....kita hidup mesti sangka baik.....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.