Pages

Thursday, 6 August 2015

BILA SPRM MAHU BERLINDUNG DI BAWAH KUASA ALLAH SWT

SPRM ni geng baik atau geng jahat?

Sudah tentu geng baik. Takkan agensi Kerajaan termasuk jadi geng jahat!

Tapi kalau SPRM geng baik, kenapa pula ia diserbu oleh PDRM?

SPRM JADI KAMBING HITAM? (MALAYSIAKINI)

Soalan itu menjadi tajuk sembang di alam siber. Pastinya ia juga jadi tajuk sembang di kedai kopi, di pasar, di ruang tamu; malahan di tepi surau dan masjid.

SPRM sebuah agensi yang sejak ditubuhkan telah gagal melaksanakan amanahnya secara berkesan. Ini kerana rakyat melihat cuma bilis jer yang berjaya ditahan dan dihukum. Kalau jerung, kalaupun dapat ditahan, tetapi disebabkan gagal mengemukakan bukti kukuh, maka mahkamah lepaskan si jerung tu. Pendiknya, buat kerja macam mencari sungai yang tiada berhulu.

Begitulah keadaannya. Dalam kes yang besar (1MDB) ini, akhirnya SPRM jadi mangsa. 

Tetapi sebenarnya SPRM tak perlulah sampai masuk ke lubang cacing nak cari dalang. Kamu kan ada jentera dan pakar-pakar yang berani (???).

Bersikap jujur. Berkata benar dan Tawakkal kepada Alah (SWT). InsyaAllah akan datang pertolongan dari Allah (SWT). 

Firman Allah (SWT) dalam Surah Ali Imran, ayat 60:

Terjemahannya:

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (Ali Imran 160).

Wallahuaklam.


4 comments:

  1. Salam Yong
    Dah sebulan rakyat disuap dgn kenyataan yg memualkan downright insulting treating us like bloody idiots dr pemimpin2 BN ka...PAS ka....peliknya MCA sepatah haram pon tak kuar.
    Political Malay at lowest ebb. Anwar in jel. PAS fired DP VPs and most AJKPP. UMNO fired DPM nd VP from cabinet.Whither Malay politics?
    Takkan nak harap BrahimAli n RaniKulup kot.
    Kat mana Melayu nak unite under?

    ReplyDelete
  2. Salam Yong
    Saya x tahu kenapa sangat menyampah dengan ungkapan " cari hingga kelubang cacing " " leave no stone unturned " " pantang dicabar " " tak kan hilang melayu didunia " kerana bagi saya ungkapan2 ini adalah ungkapan melambangkan kegagalan sesaorang dlm menjalankan tanggungjawab. Apabila disebut ia memberi conotation ( konotasi? ) sebagai last resort ( jargon kami dulu last kopek ) dan penyebut nya tahu " he doesn't mean what he says ". Hanya 1 saja phrase yg saya percaya dari dulu kini dan selamanya " Hell hath no fury like a woman scorned " particularly so if it's a fat one. Salam 1Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam... all !!

      Soundly vindictive that bloke, eh? Tongue-in-cheek, perhaps ! haha

      They've done bugger all to date, mate !!

      lol...SPRM are havind a laugh ! Mana mungkin 'donation' to personal acc.?? Blimey ! Who these nice donors & what mere purposes? Najib to just explain? yeah right !

      Kalau kena kat commoners, average peeps, surely, they must go to hell & back over this case !

      It's nowt like Hell , i'm afraid !

      ;)

      Delete
  3. Salam

    Hari ni ringgit dah cecah rm3.902 dari 3.802 pada hari raya...

    Target rm4.80 ( biar negara jahanam biar agensi sprm pdrm bnm agcm bertelingkuh biar umno jahanam),asalkan rakyat untung beli Us dolar. Asalkan rakyat tak jahanam dapat bagi makan anak cucu mkn nasi guna matawang u.s Dollar...

    Mohon siapa yg dah beli Us Dollar mgu lepas dan untung tolong derma 2.6b kepada bloger pakatan 2.0

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.