Pages

Friday, 7 August 2015

CERAMAH TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DI TUMPAT, KELANTAN (GAMBAR)

Inilah hasil yang dituai oleh PAS setelah melalui proses "pembersihan."

Biar gambar berbicara:


PENCERAMAH UTAMA TUAN IBRAHIM

KERUSI YANG SETIA MENDENGAR

TUAN IBRAHIM SEDANG BERUCAP

MAKHLUK GHAIB YANG TURUT MENDENGAR

SESAK SAMPAI TIADA TEMPAT PARKING KERETA

PENUH SAMPAI KELUAR TAPAK CERAMAH

 ERR...SEORANG PUN JADILAH

NAK TIDOR BALIKLAH

SUMBER

Ker lagu mana Wan Rosli?


Lagu ni?
SERU NYAWA KE? (MALAYSIAKINI)

Tuan Ibrahim sedar ceramah di Tumpat (kampung MB Kelantan) langsung tiada sambutan, mengajak pembangkang (DAP, PKR dan GHB) yang diejek, dihina, difitnah dan diumpat-keji untuk kembali bersama.

Terima kasih sajalah. Kami sudah ada formula. Kami bukan dari jenis yang suka dipatuh ular di lubang yang sama berkali-kali. Kami patuh kepada Hadis Rasulullah (S.A.W):

Sabda Rasulullah (S.A.W): 
“Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud).






26 comments:

  1. A'kum Yong

    Bukan tak ada orang. Sebenarnya Yong yang tak nampak sebenar tempat tu telah dipenuhi Jin sebab mungkin mereka ingat Penghulu Jin turun berceramah juga. Jadi kerusi telah dipenuhi (orang kelantan nampak Jin) itu sebabnya sehingga manusia terpaksa mendengar di atas motor tepi jalan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Mamat yang ambik gambor ni agaknya lensa kameranya rosak. Wakaka!

      Delete
  2. pas hanya untuk ulamak yang cakap kotor2 saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zamani

      Ulamak akhir zaman.

      Delete
    2. kalau taraf ulamak cakap kotor kita cakap apa,itulah akhir zaman yang ulamak dihina yang pendusta agama disanjung.Wahyu dari allah diabaikan,ideologi manusia disanjung.bersengkol dengan penetang islam demi menjulan sistem dajjal dikatakan betul.orang jahil disanggung,orang alim dihina.

      Delete
  3. Salam Yong
    Saya sangat sedih dengan situasi begini. Ketika rakyat memulaukan ceramah Umno/BN saya biasa saje, bersorak tidak, sedih pun tidak. Tapi apabila rakyat mengenepikan seruan ostad ostad yg mendapat iktiraf sebagai ulamak satu masa dulu, saya tersentak. Silap siapa? You cannot demand respect, you have to earned it. It will take a very long long time to unwind. Tuan Ibrahim has taken steps to make amends but the damage is collateral. Trust is devine and when you betray trust, you not only betray the ummah but yourself. May Allah be with us.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Li'l Abner,

      Yong sokong PAS disebabkan ulama. Sekarang Yong sokong GHB juga disebabkan ulama. Sekian.

      Delete
  4. Salam Yong:
    Kesihan TITM, Dia masih lagi ber"NOTALASGIA" semasa bersama PR dan di kelilingi kawan-kawan setia G-18 dulu,Di mana mendapat sambutan hangat dari masyarakat setempat.Sekarang semuanya sudah berlalu.Formulanya dicadangkan pada TITM ialah Jika berkawan jangan tikam dari bebelakang,Jika berjanji jangan mungkiri,jika bercakap jgn berbohong,diamanahkan untuk berkerja jgn ponteng dan sudahkan bermuhasabah diri bersama-sama geng di Tasik kenyir.
    Terus terang dikatakan jika TITM dan kumpulan-kumpulannya tiada initiative memperbaiki diri dipercayai percakaran sesama sendiri antara geng Hadi dan TITM akan tetap berlaku,dgn cerita kebanyakkan orng2 TITM diketepikan di Pahang.

    WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam omar daud,

      Apa yang dimuhasabah di Tasik Kenyir sudah berhasil. Terimalah hasil itu.

      Delete
  5. Wah .... betoi la...ramai nya umat! Maklumlah ceramah ni kan buat kat dalam Kelantan yang sedang berada dalam keadaan rakyatnya hidup mewah dan tanpa banyak masalah kehidupan. Dengan sebab itulah Timbalan Presideng dgn Presideng yang dah takde kerja lain bagi menyenangkan rakyat, dok sibuk mengusulkan RUU yang dilabelkan sebagai HUDUD.

    Ye..lah, keadaan negeri aman makmur, rakyat dalam keadaan selesa dan mewah tanpa ada kemiskinan serta sentiasa mendapat kelengkapan dan infrastruktur awam yang serba cukup hasil dari usaha pihak2 walak Ulamak kat dalam pentadbiran negeri. Maka sebab itulah rakyat berduyun2 datang mendengar serta dengan asyik menghirup setiap kata2 para pemimpin PAS sebab mereka tidak lagi sibuk mencari keperluan asas hidup. Mereka tidak lagi menghadapi masalah berkenaan kemudahan asas dan infrastrutur yang ada amat berkesan meningkatkan taraf hidup rakyat.

    Apatah lagi para pentadbir yng terdiri dari Ulamak serba alim yang arif dalam hal akhirat serta bijaksana dalam hal2 dunia telah berjaya menunjukkan contoh terbaik bagaimana pentadbiran oleh ustaz2 yang belajar khusus dalam ilmu agama berupaya menjadi teknokrat serta pemimpin yang diredhai. Maka sebab itulah terlampau ramai orang yang datang mendengar ceramah kerana mereka amat berpuashati dengan gerak kerja, akhlak dan tarbiah yang telah di tunjukkan oleh pimpinan baru PAS.

    Oleh kerana terlampau ramai yang amat ....maka lensa kamera langsung tak berupaya mengambil gamabr manusia2 yang datang. Bahkan kalau diambil gambar dari atas dengan menaiki helikopter macam yang berlaku semasa perhimpunan bersih dulu pun berkemungkinan juga kamera akan gagal menangkap gambar jumlah rakyat yang beratus2 malah berjuta2 ataupun berbillion2. Sudah tentu tin2 derma dipenuhi dengan duit yang berbillion. Berkemungkinan juga atas sebab PAS berupaya memanggil berbillion rakyat datang mendengar ceramah sambil berderma maka Najib pun berani mengatakan bahawa duit berbillion dalam akaun peribadinya itu pun datang hasil dari derma jugak!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nick,

      Kikiki, sekian.

      Delete
    2. Betullah ...Tin tin milo kena tukar dgn tong2 drum sbb kutipan derma terlalu byk dari hadirin.

      Delete
  6. tak elok fitnah. serupa bunuh humankind. tak takut ke?

    kalau tak ada org, sebut aje tak ada org. bila sebut sambutan hebat boleh membawa kepada dua keMUNGKINan.

    1. Fitnah.
    2. Perli.

    kalau ada ramai jin sebut aje ada ramai jin. cuma tambah aje sbg seloka - sapa tak nampak dia tolol mcm org yang kata tu!

    kita kena bersangka baik. MUNGKIN mereka tak sempat nak beritau umum. MUNGKIN mereka tak sempat pasang banner sbb MUNGKIN orang yang biasa pasang banner dah cabut lari sokong GHB.

    hahahahaaa...

    dulu ada orang itu MUNGKIN kerana ada ilmu kasyaf mengumumkan bahawa jangkahayat GHB cuma dua tahun saja. biasanya orang yang kena kanser jangkahayat maksimum 2 tahun. kiranya MUNGKIN dalam ilmunya, GHB ini hanyalah kanser.

    Akan tetapi MUNGKIN tersilap tafsir agaknya, jangkahayat tersebut bukanlah jangkahayat GHB tetapi MUNGKIN pas atau hadi. jangan lupa bahwa hadi pernah masuk hospital semasa di turki.

    banyak sangat keMUNGKINan. MUNGKIN ada yang kempunan tak dapat jadi menteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mr XYZ

      Payah.

      Kata takde sambutan nanti demer tuduh fitnah. Kata hebatpun demer tuduh fitnah jugak. Ayoyo...

      Maap yer...Yong tak nampak jin!
      Yong pun takde ilmu ramalan.
      Maklumle, Yong tak mimpi jumpa nabi atau jumpa suhabat nabi.

      Delete
  7. Ini adalah hikmah apa yang telah ditakdirkan pada G-18... Tahniah GHB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam iqmal

      Manusia merancang. Allah SWT sebaik-baik Perancang.

      Delete
  8. as-salam kak yong !

    Sambutan hebat bebenor, yek ? Demer ler ni pentingkan "Kualiti" tu pase demer tak kesah dah kuantiti dah.. bior tak rame datang ceramoh, takper, hapoh demer tak hajap !

    ulamak-"siku lutut"-PAS akan cuba tempting to mend the broken hearts@ damage control & guna all sorts of 'ayat penunduk, penyembuh' ... thus cliches like "Islam dulunya dagang, akan kembali dagang";"PAS tak kisah kalah PRU, asal Islam (TGHH sorang aje) menang"; "PAS cari redha Allah (+ kereta besor, kumpui harta, pojek juta-2 RM) saja" ....slowly but surely will make the rounds !

    Just get use to it ! hehe

    ye aih, mane idak nye dah demer tu ulamak .. ilmu penuh di dada belajor tinggi sampai hangit, ops, sampai langit, baik sunggoh ler budi pekerti akhlak al-Quran ler katakan ! "Ulamak warasatun anbiya' @Pewaris Nabi" , kan kan?

    far cry from what of any certain "Nabi" .. many're more to that " **bi aje" @ 2-time losers ! Pretty appaling & a-c-9 to believe otherwise !

    Semoga demer tu, oghang UmNO - Tun M, Najib ke sape pun, Sultan Melayu ker Siam ker Wan Rosli sekali & semua kita ni sentiasa bertaubat, sentiasa dianugerah taufik hidayah & "dibimbing ke jalan yang lurus" !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Seperti yang telah Yong sebut, Yong sokong PAS kerana ulama. Yong sokong GHB juga kerana ulama.

      Ulama Yong sokong berada dalam GHB. Maka ke sanalah hala Yong.

      Yong tak kata Dr Haron Din dan Haji Hadi bukan ulama hebat. Tapi ternyata bacaan politik demer langsung tak hebat.

      Lihatlah sekarang, setelah PAS "dibersihkan" pemimpin-pemimpin yang terpilih secara cai bukan hanya hilang arah, tetapi hilang penyokong.

      Dapatkah sesebuah parti itu maju ke hadapan tanpa penyokong yang ulet (bahasa jawa yang bermaksud tough)?

      Delete
  9. Kerosakan yang terjadi pada PAS adalah berat sekali. Tidak mudah diperbaiki dan juga tidak mudah untuk menahan kerosakan tersebut dari merebak. Yang membuat kerosakan senyap macam tikus jatuh ke guni beras. Kalau bertindakan pun bukannya dapat membaiki kerosakan tetapi menambah keburukan lagi. Pernah saya katakan dulu bahawa musuh harus dicari dalam PAS. Ini hampir terbukti. Selepas geng pro dihalau kini tiba pula masanya menghalau geng yang bukan sehaluan dengan presiden. Kemudian geng yang bukan senegeri pula akan dinyahkan dan akhir sekali geng yang tiada pertalian darah atau daerah pula akan diketepikan!!PAS berada diatas landasan yang betul. Landasan itu ialah untuk menjadi sebuah parti daerah yang akan berpusat di Terengganu dan Kelantan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yg saya nampak sejak dahulu.Pemimpin Dan ahli PAS dari Pantai Barat tak nampak lagi.

      Delete

  10. Yong ,

    Saya hormat ulamak kerana mereka ahli agama
    I sokong GHB sbb politik mereka lebih terbuka, politik yg matang dan mempunyai cita2 besar utk mengambilalih puterajaya utk memerintah.

    Dua perkara yg berbeza.

    ReplyDelete
  11. sesak hingga takde kereta parking

    hik lawak juga tu

    tuan berahim ni nampak beriya2 sgt nk pujuk progresif..

    ini akan menyakitkan hati puak2 PASUG yg baru meraikan kejayaan menyingkir erdogan dan anwarinas dan kitsiangrinas dan jebon

    tak lama mungkin lagi mungkin tuan berahim pula akan disingkirkan oleh puak Najibrinas dlm PASUG

    berapa agaknya collection mlm tu ye

    ReplyDelete
  12. sungguh tenang ceramah PAS

    siap ada sorang duduk baca doa selamat lagi

    inilah yg kita mahu

    tak macam dulu, ceramah PAS huru hara nk duduk pun tkde ruang

    ReplyDelete
  13. Apa pun kita tunggu dan lihat ever forever jika berperang ada kalah menangnya sama saja dengan pru14 yang akan datang yang penting susun stratiji baik organasasi dan kerjanbuatya supaya ianya dapat ditangani segala halangan dan rintangan ....

    ReplyDelete
  14. Habih ceramah pan ramai org sangat ker. Yang pernah kena patuk ialah Pas apabila dikhianati oleh dap pada zaman Arwah Ustz Fadzil dan Tuan Guru Haji Hadi. Itu sbb Pas tak mahu bersekongkol lg dgn dap.

    ReplyDelete
  15. Orang lain bimbang nak datang, takut kena sekeh.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.