Pages

Friday, 14 August 2015

PENYELESAIAN KES YANG BUAT UMNO MEROYAN

Berita berkaitan:

'Kes saman Abdul Khalid dan Saifuddin selesai luar mahkamah' - Rafizi

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersetuju menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, isu itu diselesaikan selepas kedua-dua pihak mengambil kira kepentingan masyarakat terutamanya dengan latar belakang kemelut politik negara.

"Abdul Khalid menarik balik saman dan Saifuddin serta KEADILAN memohon maaf kepada Khalid.

"Abdul Khalid juga memohon maaf kepada Saifuddin dan KEADILAN.

"Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama," kata Rafizi pada catatan di laman Facebook PKR hari ini.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnahnya.

Dokumen itu didakwa dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkannya dengan penyelesaian hutang Bank Islam.
Bagaimanapun, pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor. 

SUMBER: ASTRO AWANI

Yong menyambut baik penyelesian kes ini. Ia sebagai petunjuk bahawa:

Musuh kita ialah UMNO dan BN, bukan antara satu sama lain.

Selepas selesai kes ini, PKR betulkanlah rumahtangga kamu. Kami rakyat Marhein muak dengan "politiking" dalaman yang tak berkesudahan ini. 

Berita di bawah ini pula Yong anggap hanyalah kosmetik politik jer. Tiada apa yang diselesaikan. PKR tentu berharap kes Sungai Acheh, Kota Damansara dan lain-lain tidak berulang:

PESETUJUAN YANG MUSTAHIL  (TMI)

Persetujuan PKR-PAS ini umpama kek yang hangus disalut dengan ising. 

Harapan Baru tak makan kek hangus.

Sekian.

11 comments:

  1. Yong ,bukanya kek.tetapi sotong yang telah busuk dan dicadangakn untuk digoreng dan di ajak makan bersama2 di 3 penjuru meja,Nak tanya 3 penjuru tu siapanya.setahu aku mungkin ada 5 penjuru,.PKR,DAP,GHB,Umno dan PAS.Kalau ada satu kerusi kemudian Umno nak duduk tetapi itu kawasan PKR.sdah tentu DAP menarik diri.dan GHB pasti tidak rebut kerusi tersebut,Pas bolih kita percya ke.? Atas pakai srban .kaki pakai selipar dan guna jubah,Oleh itu kita tak nampak lututnya dan sikunya.macaman yong,boleh ke kita percaya.

    ReplyDelete
  2. Fokuskan sasaran untuk menyerang BN dan Umno yang semakin longlai dengan 1MDB, RM 2.6 billion duit derma yangmasuk akaun peribadi, pembunuhan altantuya yang tiada motif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam asri

      Yong setuju sangat. Pemimpin PAS perlu buktikan lawan mereka adalah UMNO, bukan PKR, bukan DAP dan bukan GHB.

      Delete
  3. Betul ke musuh kita UMNO dan BN?? Macam tak percaya je!! Jangan lupa Trojan Horse pakai serban!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abdul Said

      Hat yang pakai serban, perangai serupo UMNO tu PAS jadian!

      Delete
  4. Memang betul..... Fokus pada pihak yang sepatutnya. Jangan bazirkan tenaga dengan berkelahi....melabel....bermusuhan sesama sendiri. Nanti menang jadi abu, kalah jadi arang. Rugi tak berkesudahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Shahrul

      Setakat ini Pemimpin PAS tidak menunjukkan kecenderungan untuk melawan UMNO. Sebab itu ia dipersoalkan oleh GHB.

      Delete
  5. knp pkr mesyuarat dgn pas? tidakkah ini akan menggambarkan seolah2 pkr nak berselingkuh dgn pas spt pas dgn umno?

    aku harap tiada lagi mesyuarat dlm gelap antara pas dan pkr krn ini akan membuatkan dap ghb curiga.

    dlm tahaluf siyasi yang dipersetujui:

    1. hadi tetap meletakkan calon2 pas di kerusi2 pkr yang memberi kemenangan kepada bn. wlp dah setuju dlm mesyuarat pr.
    2. hadi memfitnah calon2 pkr. disahkan oleh makhkamah.
    3. hadi cuba rasuah ahli pkr. ahli pkr terlibat yg beritau.
    4. hadi hina presiden pkr. tak layak jadi mb tp dia sendiri tak berani nak jadi ketua pembangkang sbb takut nak debat.
    5. hadi tak sokong calon pkr di permatang pauh.
    6. pj pas perak nak letak calon2 mrk di semua kerusi dan ini sudah tentu termasuk kerusi pkr.
    7. hadi biadap pd ketua umum pkr.

    kalau nak mensyuarat mesti jemput dap, ghb, pasma dsb.

    pkr TIDAK SEKALI2 boleh mempercayai pas selagi hadi dan kuncu2nya memimpin pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mr XYZ

      Sebenarnya bukan mesyuarat pun.

      TITM dan rombongannya datang berhariraya di rumah DSAI.

      Sambil menyelam minum air.

      PKR tak katapun sudah mencapai kata putus bagaimana pembahagian kerusi untuk PRU14 akan dilakukan. PKR takkan percaya bulat-bulat dengan PAS dan vice-versa.

      Pertandingan 3 penjuru tidak dapat dielakkan.

      Correct me if I am wrong.

      Delete
  6. Yong, bincanglah until the cows come home. Setujulah dengan pembahagian kerusi. Come nomination day, Aku, aku. Engkau, engkau. Tak caya? Musuh sebenar pun masih belum dikenalpasti. Macam moving target je...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.